Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

18 March 2015

Semakan - Penempatan -Rayuan Ke Ting 6 2015




Link Semakan- Penempatan Ting 6 2015
                                           
                                                         

Dah nak penghujung Mac dan pelajar yg berminat untuk memasuki Ting 6 tentu tidak sabar menanti tawaran. Ini kerana permohonan ke ting 6 tidak dimohon oleh pelajar. Tetapi ditawarkan mengikut keputusan SPM yg layak. Kelayakan umum ialah lulus SPM dan mempunyai kepujian dalam Bahasa Melayu. Syarat khusus sama ada ke aliran sains dan kemanusiaan bergantung kpd gred mata pelajaran SPM
Mari mengira gred dan unit mata pelajaran anda sama ada layak ke aliran sains atau kemanusiaan
Panduan gred dan unit pengiraan yg setara:
A+ dan A  = 1
A-               = 2
B  +            = 3
B                = 4
C +             = 5
C                = 6
D                = 7
E                = 8
G                =9

Aliran sains:
Perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 kredit tak termasuk BM dan tidak melebihi 18 unit  dari 3 mata pelajaran.Setiap satu dalam kumpulan yg berlainan dari kumpulan berikut.
Kump1:Matematik/ Matematik Tambahan
Kump 2 :Fizik
Kump 3: Kimia
Kump 4 :Biologi
Kump 5 :Lukisan Kejuruteraan/ Kejuruteraan Mekanikal/ Kejuruteraan Awam/ Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Rekacipta/ Teknologi Maklumat/ Pengajian Agrotech
Kump 6: Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian

Aliran kemanusiaan
Sekurang-kurangnya perlu mempunyai 3 kredit termasuk BM. Tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran yg setiap satunya dari kumpulan yg berlainan

Kump 1 : Bahasa Melayu
Kump 2 : Bahasa Inggeris
Kump 3 : Sastera Melayu/ Inggeris
Kump 4 : Sejarah
Kump 5 : Geog/ PSV/ Komunikasi Vokasional/ Seni Halus/ Teater/ Muzik/ Tarian/ Rekabentuk
Kump 6 : Pendidikan Islam/ Moral
Kump 7 : Matematik/ Matematik Tambahan
Kump 8 : Akaun/ Sains/ Sains Tulen/ Sains Gunaan
Kump 9 : salah satu mata pelajaran teknik/ MPV
Kump 10: Tasawwur Islam/ Pend Al Quran dan Sunnah/ Pend Syariah Islamiah
Kump 11: Bahasa Arab Tinggi/ EST/ Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun
Kump 12: Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ ERT/ Pengetahuan                         Sains Sukan



Aliran Sekolah Menengah Agama/ SABK
Sekurang-kurangnya Memperolehi Gred D (lulus) bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi dan Bahasa Arab Komunikasi dan 3 kepujian.
memperolehi 14 unit untuk 3 mata pelajaran berikut ( tiap satu dari kumpulan berlainan dari kumpulan di bawah

Sekolah Berasrama Penuh (KISAS) dan SMAP Labu

Sekurang-kurangnya Memperolehi Gred C  bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi dan Bahasa Arab Komunikasi dan 3 kepujian.
memperolehi 14 unit untuk 3 mata pelajaran berikut ( tiap satu dari kumpulan berlainan dari kumpulan di bawah



Kump 1 : Bahasa Melayu
Kump 2 : Bahasa Inggeris
Kump 3 : Sastera Melayu/ Inggeris
Kump 4 : Sejarah
Kump 5 : Geog/ PSV/ Komunikasi Vokasional/ Seni Halus/ Teater/ Muzik/ Tarian/ Rekabentuk
Kump 6 : Pendidikan Islam/ Moral
Kump 7 : Matematik/ Matematik Tambahan
Kump 8 : Prinsip Perakaunan
Kump 9 : salah satu mata pelajaran teknik/ MPV
Kump 10: Sains/ Sains Tulen/ Sains Gunaan
Kump 11: Tasawwur Islam/ Pend Al Quran dan Sunnah/ 
Kump 12: Pend Syariah Islamiah
Kump 13:Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab Komunikasi
Kump 14: Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ ERT/ Pengetahuan                         Sains Sukan

Terapi memandu                                         
Kajang - Alor Pongsu                                     
Home sweet home

No comments: