Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

24 April 2015

Latihan perbarisan sukan dan khemah tercantik

Hari ini barulah saya boleh fokus kepada para pelajar perbarisan rumah sukan tahun ini. Biasanya sukan tahunan dijalankan pada Mac atau Julai tahun lepas tetapi apabila diadakan pada bulan April tahun ini...saya benar - benar tidak dapat memberikan komitmen yang baik sebagai guru perbarisan rumah sukan. Ini kerana bulan April adalah bulan pelbagai projek dan mesyuarat di peringkat Zon, Negeri atau Kebangsaan. Ditambah lagi dengan program UBK. Hampir saban tahun juga  perbarisan akan menjadi tanggungjawab saya cuma bersilih ganti partner yang menguruskan perbarisan kerana latihan perbarisan selalu dijalankan hingga pukul 5.00 petang dua minggu sebelum sukan tahunan...dan mungkin sebab itulah saya calon yang sesuai untuk menjaga perbarisan memandangkan saya selalu stayback punch out pukul 5 petang. Tetapi tahun ini format yang berbeza, iaitu latihan kawad dijalankan pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi tetapi saya masih lagi merupakan guru yang in charge ahaks ..dengan rasional saya boleh control ketua komandan yang terkenal dengan sikap barannya. So tahun hadapan adakah ketua rumah sukan masih lagi memberikan jawatan yang sama kepada saya dengan rasional yang lain pula? Ok tunggu dan lihat. Tidak ada masalah di pihak saya, cuma tidak seronok jika tanggungjawab diberikan tidak dapat dijalankan dengan komitmen yang baik. Tetapi dalam masa yang sama tiada pula yang mahu menggantikan tempat saya secara suka sama suka dengan jawatan yang lain.

Tema pada tahun ini ialah SINGA PERDANA hasil cetusan idea dari ketua rumah sukan Perdana. Cikgu Wong Mun Yee berusaha meminta pelajar Cina, Melayu dan India untuk bersama- sama belajar tarian singa. Saya tidak pernah mempunyai kesempatan untuk melihat pelajar perbarisan menjalankan latihan kawad tahun ini. Bahkan kostum dan pergerakan mereka adalah hasil perbincangan dengan Cikgu Wong Mun Yee dan Cikgu Hufaidah..partner saya dalam perbarisan tahun ini. Walaupun saya tidak dapat memberikan komitmen yang baik, Cikgu Hufaidah tetap tidak kisah berpasangan dengan saya..huhuhu. jadi sebagai balasannya, hari ini saya all out bantu bahagian persiapan khemah untuk menghias khemah rumah sukan dari pagi hingga ke petang. Tahun ini ada pertandingan baru iaitu pertandingan menghias khemah. Cukup seronok tengok di padang macam kenduri kahwin dengan 5 rumah sukan masing-masing menderu menghias khemah macam macam stail. Macam nak sambut kenduri kahwin pun ada.  Bila hujan menderu turun...bertempiaran lari semua orang :)

Akhir sekali sebelum balik, sempat bersama-sama peserta perbarisan untuk melihat latihan terakhir mereka bersama pasukan tarian singa, memeriksa barang keperluan masing-masing dan memberikan taklimat terakhir.Semoga kemenangan di pihak mereka !

Diam itu lebih selamat
Dari terlalu banyak bercakap
Salam Jumaat 



No comments: