Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

23 April 2015

Pertandingan Pendidikan Kaunseling Zon Pudu 2015


Pertandingan Pendidikan Kaunseling Zon Pudu 2015 dengan format yang berbeza. Tahun ini Sekolah Menengah Aminuddin Baki terpilih sebagai tuan rumah. Ahli jawatankuasa pengelola oleh Sub Zon C diterajui oleh Cikgu Amirliah dari SMK Taman Maluri. Kami hanya menjalankan pertandingan poster kerjaya, eksplorace kerjaya dengan 5 stesen check point dan kuiz kerjaya dengan dua pusingan. Pameran IPT tidak dijalankan memadai dengan ceramah dari matrikulasi, Unit Pengambilan Universiti dan JPA sahaja. Sebagai pengerusi, saya bertugas selaku AJK Sambutan dan Majlis Penutup disamping mengiringi penceramah, hakim dan tetamu kehormat pada program hari ini. Tuan Haji Jamaludin yang merupakan Biro Pendidikan Yayasan Pendidikan Cheras merasmikan majlis penutup program Pendidikan Kaunseling Kerjaya Zon Pudu 2015. 

Terima kasih kepada semua AJK yang bertungkus lumus melicinkan perjalanan program dan terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menganjurkan program pada tahun ini.

For beautiful eyes
Look for the good in others
For beautiful lips
Speaks only words of kindness
And for poise
Walk with knowledge
That you are never alone
- Audrey Hepburn-

Pertandingan melukis poster
Eksplorace kerjaya
Ceramah matrikulasi dan JPA
Pertandingan kuiz kerjaya
taklimat penyelaras pertandingan

No comments: