Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

21 April 2015

Saringan Status Kesihatan Remaja

Hari ini Klinik Kesihatan Cheras menjalankan saringan kesihatan remaja kepada semua pelajar tingkatan empat. Tahun lepas tidak ada aktiviti saringan kesihatan remaja seperti ini. Slot pertama ialah ceramah dari doktor Klinik Kesihatan memberikan ceramah mengenai HIV dan AIDS. Setelah ceramah dijalankan, pelajar menjalankan saringan kesihatan melalui soal selidik yang terdapat pada modul saringan status kesihatan remaja. Pelbagai sejarah perubatan keluarga dan diri sendiri perlu diberikan respon oleh pelajar. Setelah itu, setiap pelajar kelas demi kelas perlu mengambil timbangan berat dan tinggi untuk mengetahui obesiti mereka. Di bahagian belakang dewan juga, terdapat pameran yang mempunyai pelbagai pamplet untuk kesihatan dari penagihan dadah dan rokok. Terdapat 30 sampel pelajar yang perlu membrikan respon terhadap soal selidik pada bahagian pameran itu. sebagai balasannya , pelajar akan mendapat lencana dari Klinik Kesihatan. Tamat sahaja semua aktiviti, doktor dan staf Klinik menganalisa saringan kesihatan remaja. Para pelajar yang dikenalpasti mempunyai obesiti perlu mendapatkan rujukan dengan pakar nutrisi makanan.

Which one priority?
Please do it






                                      

No comments: