Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

27 April 2015

Seminar Guru Kaunseling Kebangsaan: Pengurusan Kaunseling Berkesan

Seminar Profesionalisme Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan 2015 diadakan selama 3 hari di International College Of Automotive (ICAM) di Pekan, Pahang. bermula 27 April - 29 April 2015. Hari ini merupakan hari cuti peristiwa bagi sekolah saya kerana sukan pada hari Sabtu yang lepas. Nampaknya takda istilah off day hari ini. WPKL menghantar 12 orang perwakilan ke seminar ini yang melibatkan 3 orang wakil dari setiap zon. Memandu ke Pekan, Pahang dalam keadaan hujan lebat memang melambatkan. Perjalanan dari Kajang ke Pekan, Pahang hampir memakan masa 4 jam. Tempat yang saya tuju memang banyak kilang automotif , institut kemahiran dan kawasan di sini juga dipanggil taman automotif sesuai dengan persekitaran disini. 

Program hari ini bermula pada waktu petang mengenai taklimat pengurusan perjalanan program. Malam merupakan slot oleh Encik AB Rahim Bin Othman selaku Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Kaunseling Dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian mengenai pengurusan kaunseling berkesan.
Antara intipati yang dinyatakan ialah mengenai 

Peranan guru bimbingan dan kaunseling 
1) yang perlu memenangi jiwa murid. Menggunakan ayat yang betul sewaktu rapport dapat meneroka lebih banyak info dengan pelajar. 
2) Perkhidmatan yang lebih selesa dengan bilik kaunseling yang kondusif dengan masuk je bilik kaunseling keadaan fizikal bilik kaunseling itu sendiri mendatangkan keseronokan.
3) GBK mendahului jangkaan tindakan:
Guru kaunseling juga perlu mendahului jangkaan tindakan. Perlu KPI dinyatakan untuk setiap program yang berjalan.  Outcome walau sasaran sedikit tetapi ada perubahan yang dapat dicapai. Kaunseling berfokus pelajar, walau 100 peratus tidak berubah masalah disiplin mereka tetapi perubahan yang ada walaupun 90% menunjukkan pencapaian. Perubahan yang terdapat pada murid dalam kaunseling berfokus perlu dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan. 
4) Murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai


Cabaran Kaunseling Abad Ke 21:
1)Mengetahui dan memahami mengenai  pengurusan bidang tugas GBK dengan lebih komprehensif
2) Mampu menterjemahkan kerja buat dan produktiviti berkualiti
3) meningkatkan kewibawaan dan ketrampilan personel
4) Sedia menghadapi bidang tugas dan peranan yang lebih berat dalam hubungan prestasi dan kemajuan serta peningkatan kerjaya
5) Memahami keperluan dan perubahan murid.

Fokus 1: Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Fokus ini ialah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri murid dari aspek sikap penyayang, budi bahasa,konsep kendiri, kepimpinan , komunikasi, kekemasan diri dan ketepatan masa
Outcome : Perwatakan murid Yang Trampil Dan Terpuji

Fokus 2 : Peningkatan Disipilin Murid
Fokus untuk memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang dijalankan bagi mencegah mereka yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah, perlakuan berunsur jenayah, perlakuan berunsur kelucahan, perlakuan kurang sopan, perlakuan berunsur vandalism
Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan sejahtera

Fokus 3; Pendidikan Kerjaya Murid
Bimbingan murid mengenal peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya sesuai dengan potensi diri dan minat
- Melaksanakan program pendidikan kerjaya dengan terancang
- Menyediakan profil kerjaya murid dari sekolah rendah hingga menengah
- Rekod murid selepas tamat persekolahan

Outcome : Murid Yang Tahu Hala Tuju Pendidikan Dan Kerjaya Masa Hadapan

Fokus 4 : Psikososial Dan Kesejahteraan Diri Murid
Fokus untuk membimbing murid supaya mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental
Outcome : Murid yang Sihat Pemikirannya

Peranan pembimbing rakan sebaya perlu ditambahbaik dalam program ini dengan PRS perlu bercakap nilai etika kepimpinan kepada para pelajar. Mereka boleh dilantik sebagai mentor dalam kalangan pelajar.

Tindakan intervensi mesti dijalankan dengan kajian keperluan tindakan merupakan fokus utama. Kajian tindakan wajib dijalankan kerana ia merupakan satu intervensi.yang dapat menilai dan memantapkan perkhidmatan kaunseling sekolah.

Akhir sekali part yang menarik :
KAUNSELOR HEBAT tetapi kehebatan itu bukan atas jawatannya tetapi atas individu itu sendiri.

Bersua kawan -kawan lama
Mengungkit nostalgia remaja

Ceramah Pengurusan Kaunseling Yang Berkesan oleh Encik AB Rahim
Team GBK WPKL

No comments: