Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

22 April 2015

Seminar Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Kesihatan Mental JPWPKL 2015

Hari ini merupakan seminar profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling seluruh WPKL. Program pertama tahun ini dijalankan antara MGKKL, KLCA dan JPWPKL. Kami mengadakan program sehari di Auditorium JPWPKL. Saya bertugas sebagai ketua sambutan dan protokol untuk program peringkat negeri ini. Menyediakan teks ucapan dan mengiringi penceramah dan VIP antara tugas saya. Slot pertama dari ASP Azzamuddin B Ahmad mengenai Penglibatan Remaja Dalam Salah Laku Undang-Undang (PDRM). Menarik  apabila saya mengetahui wujudnya lokap juvana. 

Slot kedua dari Encik Saiful dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian yang menerangkan mengenai perekayasaan kaunseling dan sistem pemantauan instrumen pemantauan kaunseling yang digunapakai di sekolah - sekolah. Ucaputama program dirasmikan oleh Encik Tajuddin yang menyentuh mengenai laluan kerjaya guru kaunseling yang menarik.

Mesyuarat MGKKL dijalankan selepas itu dengan tiada isu berbangkit cuma memperkenalkan En Rofii sebagai Penolong Pengarah Kaunseling di JPWPKL. Isu mengenai pendaftaran kaunselor berdaftar bagi yang belum mendaftarkan diri. Ada sekolah yang tidak dapat membuat tuntutan bayaran yuran lembaga kaunselor dari pihak sekolah. 

Mesyuarat Agong KLCA dijalankan dengan isu mengenai akaun kerana semua MGK daerah tidak dibenarkan menggunakan akaun masing - masing dan menggunakan satu akaun sahaja iaitu melalui bendahari KLCA kerana KLCA di daftarkan.

Akhir sekali slot dari Dr Halim dari Bahagian Psikologi JPA mengenai menangani trauma. Pengisian berinfomasi tapi sekejap sahaja sekitar sejam setengah yang tidak menjemukan.

4 hours on the road :(
My mind stuck



No comments: