31 May 2015

Tahniah ! Sapelele SMK Cheras

Tahniah ! Sapelele SMK Cheras

Hari ini Mingguan Malaysia menyiarkan siaran mengenai sapelele sekolah yang melangkah setapak lagi ke arena antarabangsa. Satu pencapaian yg dibanggakan oleh semua warga sekolah kerana hasil tajaan yg diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Majlis Ulang Tahun ke 10 Yayasan Pendidikan Cheras di Berjaya Hotel pada awal tahun berjumlah RM 100000, tajaan Yayasan Pendidikan Cheras dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berjaya merealisasikan pasukan sapelele sekolah untuk menyertai pertandingan dan persembahan di Turki pada bulan April lalu. Pasukan sekolah berjaya mendapat tempat di hati juri dengan mendapat Anugerah Persembahan Muzik Terbaik di Festival Kesenian Antarabangsa di Sakarya, Turki. Tahniah dan pujian kepada pencetus idea pasukan sapelele ini iaitu Cikgu Umi Salbiah seorang guru muzik yang sangat komited dan dibantu oleh Cikgu Norlaili Ani.

Sapelele ini adalah alat muzik tradisional yang merupakan gabungan ukelele dan sape dari Sarawak. Ia dicipta oleh Jaffrey Yong begitu unik, mudah dikendalikan dan menghasilkan irama yang sedap didengar. 
Pasukan sekolah sering muncul dalam rancangan televisyen dan membuat persembahan biasa dan korporat di luar. Semoga pasukan sapelele terus cemerlang mengharumkan nama sekolah dan kepada diri murid sendiri dapat melatih disiplin yang tinggi dalam mencapai akademik dan kecemerlangan kokurikulum.

Mydin USJ with bff
For our new project :)


Aiman..penyanyi muzik sapelele
Pasukan SMK Cheras dan SMK Aminuddin Baki
Sesi fotografi di sekolah

30 May 2015

Pertandingan Inovasi IMT Murid Thailand

Pertandingan Inovasi IMT Murid Thailand

Pertandingan Inovasi Dan Kreativiti Murid Thailand Tajaan KPM di Sekolah Berasrama Penuh diadakan pad 30 Mei 2015 di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur. Program ini merupakan program yang diadakan pada 29Mei - 1 Jun 2015 khas untuk murid Thailand tajaan KPM sewaktu cuti sekolah. Saya dijemput sebagai hakim pertandingan ini yang membuka mata saya mengenai wujudnya kelompok pelajar Thailand yang dibiayai oleh kerajaan hasil MoU antara kerajaan Malaysia dengan Thailand. Antara sekolah berasrama penuh yang terlibat menempatkan pelajar-pelajar ini ialah dari SM Agama KL, SM Maahad Hamidiah Kajang, SBP Integrasi Rawang, SBPI Jempol

Seawal pukul 9 saya tiba di sini dengan menaiki komuter selama sejam dari Kajang ke Kepong Sentral...dah lama sangat tidak menaiki komuter rasanya berapa tahun lepas dan wow perkhidmatan komuter sekarang memang laju dan rekabentuk dalaman yang moden. Saya meneruskan perjalanan ke sekolah ini dengan teksi berharga RM 10. Bersama -sama 2 hakim lagi iaitu Cikgu Hong selaku guru cemerlang Kimia dan Cikgu Aziz guru dari SM Agama Persekutuan, Labu selaku guru Kemahiran Hidup dan Teknikal. Kami mengadili laporan kertas konsep terlebih dahulu. Memandangkan ini adalah program pertama, masing-masing belum arif bagaimana membina satu kertas konsep yang baik mengikut panduan pemarkahan. Hampir  3 jam juga kertas konsep diadili oleh kami, sebelum kami berhenti rehat dan bersambung untuk pembentangan inovasi di dewan. 

Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu sebelum masing-masing memperkenalkan pasukan mengikut undian yang telah diambil. Masa pembentangan selama 10 minit bagi setiap pasukan. Saya sangat kagum dengan penyampaian murid ini yang dapat menyampaikan dalam Bahasa Malaysia yang agak baik walau adakala dalam slanga Thailand mereka. Ada yang terlalu menggeletar dan ada yang penuh berkeyakinan. Inovasi dan kreativiti yang mereka bentangkan amat menarik. Masing-masing mempunyai kefahaman dan penjelasan bagi setiap inovasi yang mereka jalankan. Ada yang dapat menjawab dengan baik sambil memberi alternatif . Secara keseluruhannya bagi program kali pertama yang dijalankan ini saya merasakan ia satu platform mengasah bakat dan keyakinan mereka dalam pertandingan memandangkan mereka adalah bukan warganegara Malaysia maka kebanyakan pertandingan yang dianjurkan adalah terbatas penyertaan bagi pelajar bukan warganegara. Sekurang-kurangnya penyertaan yang diadakan ini dapat melibatkan mereka dalam aktiviti kokurikulum peringkat tertinggi. Dan seterusnya memberikan gambaran bagaimana guru-guru membimbing pelajar tersebut dari sekolah-sekolah yang berbeza. Kertas laporan juga menggambarkan hasil usaha sendiri dengan ejaan Bahasa Malaysia dan laras susunan bahasa yang agak sederhana penguasaan Bahasa Malaysia tetapi satu pujian untuk mereka. 

Setelah pengiraan markah dijalankan, pada pukul 5.45 petang hakim memberikan taklimat mengenai penambahbaikan kepada semua pelajar agar dapat memperbaiki cara kertas konsep dan pembentangan yang dijalankan. Bagi projek inovasi, adalah lebih baik jika pelajar dapat membina satu inovasi melalui satu permasalahan dan membina tajuk terlebih dahulu yang sesuai untuk inovasi bagi menangani satu permasalahan. Dari situ, satu tinjauan atau soal selidik perlu dijalankan agar inovasi yang dibina dapat membantu menangani permasalahan orang dan persekitaran yang terlibat dalam permasalahan. Setelah inovasi dibina, perlu diuji dan diketahui keberkesanannya .

Pukul 6.15 petang, program tamat dan setelah menyiapkan laporan dan dokumen saya meninggalkan kawasan ini setelah Maghrib dan menaiki komuter pada pukul 8.00 malam. Huhuuhu 9.00 malam tiba di Kajang dengan menikmati pemandangan malam menaiki komuter.

Karnival Sate 1000 Rasa 
Malaysia Book Of Record
Stadium Kajang
Penghakiman pembentangan
Inovasi kipas berherba
Pembuatan sabun
Water pump
Penghakiman kertas konsep

29 May 2015

Hari Koperasi Peringkat Sekolah

Hari Koperasi Peringkat Sekolah

Majlis Hari Koperasi Sekolah 2015 diadakan sewaktu penutup sekolah bagi penggal pertama. Koperasi sekolah kami sangat aktif dan menjual pelbagai barangan dari alat tulis kepada barang-barang makanan dan barangan dapur kering. Koperasi melangkah setapak lagi dengan mengambil alih kedai buku sekolah dalam perancangan tahun hadapan. Sumbangan koperasi kepada Unit Bimbingan Kaunseling juga agak banyak kerana kami selalu memohon bantuan kewangan dari koperasi. Oleh sebab itulah koperasi sangat signifikan kepada guru kaunseling ...huhuhu. Teringat projek ke Pulau Redang 4 tahun lepas, kami memerlukan bajet yang agak besar untuk membawa pelajar ke sana. Guru koperasi mengenakan syarat agar menggalakkan penambahan bilangan guru yang melabur saham kepada koperasi dan saya cuba membantu mempromosikan saham koperasi kepada guru -guru lain. Ini kerana status koperasi ketika itu tidak sestabil sekarang. Tetapi sebelum itu saya dan Rozinani melabur sejumlah saham tertentu kepada koperasi dan rupa -rupanya baru kami tahu bahawa kami adalah pemegang saham terbesar koperasi hahahha. Sejak itu apa sahaja acara rasmi dan jamuan makan sama ada di sekolah atau di luar, saya dan Rozi akan dijemput sama secara percuma. Dividen juga sangat sangat lumayan dengan 18% setahun. Apabila kami ingin menambahkan lagi saham tersebut, permohonan ditolak. Rupa-rupanya selepas saya dan Rozinani masuk saham tersebut, ada juga guru-guru lain yang ingin memaksimumkan pelaburan saham tetapi koperasi sudah menutup permohonan. Rupa-rupanya rezeki kami lah sewaktu peluang itu dibuka dan sejak tahun lepas bagi guru-guru yang baru menjadi ahli koperasi perlu membayar saham maksimum RM 10 sahaja kerana dividen yang tinggi perlu dikawal untuk pengurusan kewangan koperasi sekolah yang berkesan.

Koperasi sekolah juga terlibat dengan peruntukan e-tukar tahun lepas dan sudah menukar rupabentuk koperasi menjadi lebih korporat dengan mengupah seorang pekerja tetap koperasi untuk menguruskan hal ehwal koperasi selain dari AJK Koperasi pelajar yang ada.Semoga koperasi terus maju dengan teraju utama dari Puan Nor Ashikin Ho Bt Abdullah yang memainkan peranan penting koperasi sekolah berada di kedudukan sekarang. Unit Bimbingan Kaunseling menumpang senang :)

Selamat bercuti sekolah!!
Jamuan guru FREE pagi ke petang

Majlis perasmian hari Koperasi

Anugerah panitia pembeli terbanyak : Panitia Agama
dan individu berbelanja terbesar: En Jamil
Anugerah petugas koperasi terbaik
Lencana tajaan koperasi kepada semua guru
Lencana kepada para pelajar
Persembahan sapelele dan boria
Nyanyian lagu koperasi

28 May 2015

Online Profil GBK PPWBP

Online Profil GBK PPWBP

Menerima surat siaran dari PPW Bangsar Pudu yg meminta semua guru kaunseling di PPW ini update biodata guru kaunseling memang semudah dihujung jari berbanding mengisi borang manual bertampal gambar. Ahaks..
Dateline 31 Mei  semua guru bimbingan dan kaunseling Zon Pudu, sila ambil tindakan segera.

Well done Kak Sharin
Anugerah Hari Guru JPWPKL

27 May 2015

Pameran Pendidikan Hari Guru JPWPKL

Pameran Pendidikan Hari Guru JPWPKL

Hari kedua pameran. Sekolah sekolah dari sekitar Bangsar dan Sentul pula yang dijemput hadir untuk melawat pameran. Kali ini saya akan post gambar sekolah sekolah yg mengadakan pameran bersama kebitaraan sekolah masing masing. Melalui pameran yang diadakan ia memberikan info mengenai sekolah tersebut. Pelbagai jenis model sekolah dijemput antaranya ialah sekolah menengah harian, sekolah menengah teknik, kolej vokasional, sekolah menengah agama, sekolah jalinan kasih, sekolah dalam hospital, sekolah rendah. Pameran dari konsultan pendidikan, bank, PTPTN, IPTS, IPTA, IPG, Kementerian Kesihatan juga diadakan. Program derma darah juga menarik perhatian untuk dikunjungi . Di luar dewan di adakan aktiviti mewarna oleh Ana Muslim dan mewarna batik . Pelbagai gerai menjual kain batik, makanan dan permainan. 
Program yang melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah di mana pelajar dijemput untuk melihat pelbagai jenis pameran. Program hari ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang. Post mortem diadakan pada pukul 4.00 hingga 4.30 petang dan akhirnya bersurai. Terima kasih kepada semua yang menjayakan karnival pada hari ini.

Happy tummy
Seafood party  from Sabah
Thank you mak, abah , Katy :)

SJK (C) Tsun Jin
IPG Kampus Pendidikan Islam
Maktab Tentera Di Raja
SM Agama WPKL
SK Jalan Batu
SK Jalan Peel
SM Sains Alam Shah
SM Teknik Kuala Lumpur
Kolej Vokasional Setapak
SJK (T) Vivikananda
Add caption

26 May 2015

Pameran Sempena Hari Guru Peringkat JPWPKL

Pameran Sempena Hari Guru Peringkat JPWPKL

Tiga hari dari semalam, hari ini dan esok saya berulang alik ke Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Cheras. Program pameran Hari Guru dikelolakan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling yg diketuai oleh Ketua Sektor iaitu Cik Rosnah Abdullah. Semua AJK Majlis Guru Kaunseling JPWP dilantik sebagai AJK. Selaku AJK Pameran IPTS saya ditugaskan untuk menjemput 12 IPTS memeriahkan pameran ini. Pameran ini meriah dengan pameran dari IPTA, IPTS, Politeknik, IPG, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah teknik, bank , yayasan guru malaysia, jualan makanan, jualan batik, lukisan batik, lukisan mewarna, derma darah, kesihatan dan lain-lain.  Sekolah saya sendiri diminta mengadakan pameran dan sekolah memilih etos sekolah iaitu sapelele untuk diadakan pameran tersebut. Program bermula seawal pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang. Sekolah saya juga membawa rombongan seramai 40 orang untuk mendengar ceramah mengenai program Yayasan MARA. Slot diadakan hampir sejam dan pelajar mendapat sijil penyertaan dan makanan tajaan MARA. Pameran etos sapelele sekolah juga mendapat tumpuan. Sejak persembahan sapelele digunakan dimerata -rata tempat dan mendapat jemputan dari pelbagai pihak sama ada televisyen atau swasta, maka publisiti melonjak. Sekolah baru sahaja memenangi persembahan terbaik di Turki bulan April lalu dan semakin membuka mata orang lain untuk mengikuti dengan lebih dekat mengenai program ini. Hari ini saya lebih berkongsi gambar pameran tapak sekolah mengenai sapelele dan aktiviti lawatan ke IPTS oleh rombongan sekolah saya. Mungkin esok saya akan berkongsi gambar dari pempamer sekolah-sekolah lain pula.

Langit malam yang cerah
Semoga mimpi yang indah
Segarkan badan yang mengah
Seharian berpenat lelah


Sidang pagi yang sesak dengan pelajar
Memenuhi permintaan penonton yang datang
Guru muzik Puan Umi Salbiah yang memainkan peranan memperkenalkan sapelele
Bersama alumni sapelele bersama PK Kokurikulum
Memberikan penerangan sewaktu sidang petang
Majlis perasmian
Pasukan kadet polis membantu kawalan disiplin
Student MTD di booth MTD
Student SMK Cheras di meja IPTS
 

Telegram Channel