Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

22 May 2015

Ceramah Motivasi Bersama Dr Fatanah: Anugerah Khas Guru Peringkat Kebangsaan

Bulan Mei , bagi projek PPSDM kami mengadakan aktiviti slot ceramah bersama bekas kaunselor dan bekas pengetua yang berpengalaman iaitu Dr Fatanah. Beliau baru sahaja mendapat anugerah khas di Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kedah. Jemputan beliau atas daya inisiatif pelatih praktikal Master Kaunseling di SMK Cheras iaitu Cik Darshini dari Universiti Malaya. Dr Fatanah merupakan pensyarah sambilan di Universiti Malaya dalam bidang kaunseling. Slot hari ini untuk semua pelajar Tingkatan 5 dari kelas sederhana hingga ke kelas lemah bagi meningkatkan motivasi mereka dalam pendidikan menggunakan kuasa minda. Diharapkan kehadiran ke sekolah bagi pelajar-pelajar kelas ini dapat ditingkatkan. Slot yang ringkas tapi bermakna. Tanpa menggunakan sebarang slaid dalam tempoh sejam, Dr Fatanah dapat menyampaikan ceramah dengan baik dan berkesan bagi pelajar yang benar-benar menghayati ceramahnya. Terima kasih doc! Sempat lagi Dr Fatanah berpesan agar menghubunginya lagi jika ada ceramah - ceramah yang memerlukan perkhidmatannya. Kepada warga sekolah lain khasnya, gunakan peluang ini untuk perkongsian pengalaman dari pakar pendidikan.

Antara intipati ceramah:
Apakah yang menyebabkan anda tidak dapat memperolehi 7A?
Apakah yang menyebabkan anda gagal dalam mata pelajaran?
Apakah yang perlu anda lakukan untuk mengubah sikap?

Sesuatu yang ingin dikecapai perlu ditulis untuk menggambarkan kepada minda. Bisikkan kepada minda apa yang kita inginkan. Bayangkan agar seluruh anggota kita merasai apa yang kita inginkan dan jeritlah kata-kata yang positif dengan bersemangat apa yang kita inginkan untuk menggerakkan seluruh minda tanpa sedar dan minda sedar agar anggota badan dapat bertindak.

Happy Birthday Nurfarzana
My dear princess :)





Terima kasih Dr Fatanah
Sesi ceramah bersama Dr Fatanah

No comments: