1.0
Pengenalan
Pembimbing
Rakan Sebaya merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan di bawah bidang kuasa
Unit Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah. Ini kerana guru kaunseling di sekolah
merupakan guru yang ditugaskan untuk membantu pelajar di sekolah yang memerlukan
khidmat nasihat bagi menangani masalah pelajar. Oleh itu, guru kaunseling
memerlukan pelajar yang mempunyai komunikasi yang berkesan di kalangan pelajar
agar dapat menjadi agen guru kaunseling bagi menjadi orang tengah di sekolah.
Mereka yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus dalam
komunikasi dan dikenali sebagai ahli Pembimbing Rakan Sebaya di sekolah. Oleh
itu, PRS perlu dibekalkan kemahiran menolong dan komunikasi agar dapat
berkomunikasi dengan berkesan dengan pelajar-pelajar lain di sekolah. Selain
itu, mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji di
kalangan guru dan rakan sebaya agar dapat dijadikan contoh dan model yang
berguna di kalangan pelajar.
2.0 Latar belakang
Di SMK Cheras, bilangan PRS bagi
sesi pagi mencecah 100 orang apabila pelajar kelas
2C juga diletakkan di sesi pagi.
Manakala sesi petang hanya 20 orang sahaja Tingkatan 2
yang ada. Oleh
itu Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya disasarkan kepada pelajar Tingkatan 1
yang terpilih untuk mengikuti kursus ini dan di akhir kursus mereka akan
mendapat sijil perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya. Manakala bagi pelajar PRS senior, mereka perlu mengikuti Kursus Peningkatan PRS bagi meningkatkan ilmu
tersebut.
2.1 Tarikh
28 Feb – 1 Mac 2015
2.2 Ahli Jawatankuasa
Pengerusi
: Puan
Kamariah Bt Abu
Naib
Pengerusi : Pn Sapura Bt Amat
Setiausaha :
Pn Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Kerja
Penyelaras : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
AJK
Pendaftaran/Makanan : Pn Rozinani Bt Awang
AJK Peralatan/Kebajikan : En Che Mohamad
Padali B Che Mat
AJK
Sijil / Permainan : Pn Raudah Bt Abdul Rahman
AJK
Modul / Penilaian /Dokumentasi : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
2.3 Objektif
1) Agar
PRS dapat menjalani kursus PRS seperti kemahiran lanjutan menolong, kemahiran komunikasi lanjutan dan lain-lain.
2) Agar
PRS yang dapat mengaplikasikan kemahiran
dengan lebih baik dalam membantu pelajar lain.
3) Agar
PRS dapat berkenalan dengan PRS dari semua tahap tingkatan agar dapat
mengeratkan silaturahim.
2.4 KAEDAH PERLAKSANAAN
Ceramah dan Latihan
Dalam Kumpulan
2.5 BAHAN YANG DIGUNAKAN
Modul
untuk LDK, Peralatan permainan seperti surat khabar, tali, kacang, belon,
reben, baldi untuk aktiviti
team building.
3.0 AKTIVITI PROGRAM
1
Mac 2015
7 .30 pagi :
Pendaftaran di Astaka
Pelajar telah diberikan tanda nombor di
pergelangan tangan
menunjukkan nombor kumpulan masing-masing
8.00 pagi :
Taklimat dari guru kaunseling Pn Nurhaiza Che Mat
8.30 pagi :Taklimat dari ketua kem komandan
Berkenalan dengan fasilitator
9.00 pagi : Sesi berkenalan – ice
breaking
Agihan
kumpulan dan pembahagian kumpulan
9.30 pagi : Perlantikan penghulu
Perlantikan penghuluwati
: Agihan kumpulan.
10.00 pagi : Rehat
10.30 pagi : Pengenalan PRS : Tahap Bongsu
Buku Log: Tahap Muda
11.00 pagi : LDK 1 Ice breaking
12.00 t/hari : LDK 2 : Logo kumpulan
Pembentangan
kumpulan
1.00 t/hari : Makan tengah hari/ Solat
Zohor
2.30 petang :LDK
3 : Konsep Kendiri :Kursus Bongsu
: Kemahiran Penyelesaian Masalah: Kursus Muda
3.30 petang : LDK 4 : Komunikasi Sehala Dua
Hala: Kursus Bongsu
: Kemahiran Mengendalikan Emosi: Kursus Muda
4.30 petang : Bersurai
(Ahad)
6.30 pagi : Solat Subuh/ Mandi
7.00 pagi : Riadah
8.00 pagi : Sarapan pagi
8.30 pagi :
Team Buiding
10.30 pagi : Bergotong - royong
11.30 pagi : Majlis Penutup
12.30 t/h : Makan tengah hari
4.0 PENCAPAIAN PROGRAM
1) Di akhir kursus, ahli PRS baru
mengetahui mengenai asas kaunseling
2) Di
akhir kursus, ahli PRS mengetahui mengenai semangat berpasukan untuk
bersama-sama menggerakkan badan Pembimbing
Rakan Sebaya sekolah.
3) Di akhir kursus, ahli PRS
senior dapat mengetahui cara penulisan rekod sesi
membantu
4) Di akhir kursus,
fasilitator PRS Tingkatan 5 berjaya mengendalikan kursus
latihan dalam kumpulan sebagai tugasan
kepimpinan untuk mereka
5.0 KEMAJUAN/ MASALAH
1) Guru praktikal datang membantu untuk
mengendalikan slot Kursus Peningkatan PRS manakala fasilitator PRS Ting 5
mengendalikan slot Kursus Asas PRS sewaktu gurur-guru kaunseling menghadiri
Mesyuarat Agong PIBG.
2) Mengadakan kursus latihan fasilitator
untuk mengendalikan kursus ini dan
fasilitator berperanan dengan baik
menjayakan slot kursus.
Masalah
1) Pelajar sesi petang perlu diserap lebih ramai
sebagai PRS kerana pelajar
PRS Ting 2C ke sesi pagi pada tahun ini.
Oleh sebab itu saringan pemilihan
PRS sesi petang tidak dijalankan kerana
bilangan yang memohon masih berkurangan untuk kuota sesi petang.
2) Cuaca yang panas menyebabkan aktiviti
dijalankan di kawasan yang tertutup selepas pukul 10.00 pagi.
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1) Mengadakan kursus seawal Februari kerana
tarikh yang berdekatan dengan
ujian bulanan dan kerja rumah yang banyak menyebabkan ada peserta PRS
yang tidak hadir.
7.0
PENUTUP
Kursus
PRS ini diharapkan dapat dijalankan dengan jayanya dan diharapkan ahli
PRS dapat memenuhi kedatangan yang ditetapkan selepas kursus ini agar
mendapatkan input lanjut untuk melengkapkan diri sebagai pelajar yang dapat
membantu pelajar lain.
Disediakan oleh, Tarikh:
12 Mac 2015
( Nurhaiza Bt Che Mat)
Disahkan oleh, Tarikh:
12 Mac 2015
( Kamariah Bt Abu)
Can't wait hi tea with my sisters
When the younger open table huhu:)