Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

29 May 2015

Hari Koperasi Peringkat Sekolah

Majlis Hari Koperasi Sekolah 2015 diadakan sewaktu penutup sekolah bagi penggal pertama. Koperasi sekolah kami sangat aktif dan menjual pelbagai barangan dari alat tulis kepada barang-barang makanan dan barangan dapur kering. Koperasi melangkah setapak lagi dengan mengambil alih kedai buku sekolah dalam perancangan tahun hadapan. Sumbangan koperasi kepada Unit Bimbingan Kaunseling juga agak banyak kerana kami selalu memohon bantuan kewangan dari koperasi. Oleh sebab itulah koperasi sangat signifikan kepada guru kaunseling ...huhuhu. Teringat projek ke Pulau Redang 4 tahun lepas, kami memerlukan bajet yang agak besar untuk membawa pelajar ke sana. Guru koperasi mengenakan syarat agar menggalakkan penambahan bilangan guru yang melabur saham kepada koperasi dan saya cuba membantu mempromosikan saham koperasi kepada guru -guru lain. Ini kerana status koperasi ketika itu tidak sestabil sekarang. Tetapi sebelum itu saya dan Rozinani melabur sejumlah saham tertentu kepada koperasi dan rupa -rupanya baru kami tahu bahawa kami adalah pemegang saham terbesar koperasi hahahha. Sejak itu apa sahaja acara rasmi dan jamuan makan sama ada di sekolah atau di luar, saya dan Rozi akan dijemput sama secara percuma. Dividen juga sangat sangat lumayan dengan 18% setahun. Apabila kami ingin menambahkan lagi saham tersebut, permohonan ditolak. Rupa-rupanya selepas saya dan Rozinani masuk saham tersebut, ada juga guru-guru lain yang ingin memaksimumkan pelaburan saham tetapi koperasi sudah menutup permohonan. Rupa-rupanya rezeki kami lah sewaktu peluang itu dibuka dan sejak tahun lepas bagi guru-guru yang baru menjadi ahli koperasi perlu membayar saham maksimum RM 10 sahaja kerana dividen yang tinggi perlu dikawal untuk pengurusan kewangan koperasi sekolah yang berkesan.

Koperasi sekolah juga terlibat dengan peruntukan e-tukar tahun lepas dan sudah menukar rupabentuk koperasi menjadi lebih korporat dengan mengupah seorang pekerja tetap koperasi untuk menguruskan hal ehwal koperasi selain dari AJK Koperasi pelajar yang ada.Semoga koperasi terus maju dengan teraju utama dari Puan Nor Ashikin Ho Bt Abdullah yang memainkan peranan penting koperasi sekolah berada di kedudukan sekarang. Unit Bimbingan Kaunseling menumpang senang :)

Selamat bercuti sekolah!!
Jamuan guru FREE pagi ke petang

Majlis perasmian hari Koperasi

Anugerah panitia pembeli terbanyak : Panitia Agama
dan individu berbelanja terbesar: En Jamil
Anugerah petugas koperasi terbaik
Lencana tajaan koperasi kepada semua guru
Lencana kepada para pelajar
Persembahan sapelele dan boria
Nyanyian lagu koperasi

No comments: