10 May 2015

Kertas Kerja Kursus PRS: Bengkel Euphoria

Bengkel Euphoria

“Meneroka Dan Menemui Diri Anda Yang Baru”


1.0 Pengenalan
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang merupakan persatuan di bawah bidang kuasa unit bimbingan dan kaunseling berfungsi untuk menolong guru kaunseling membimbing para pelajar. Maka, pembimbing rakan sebaya memerlukan kemahiran dari segi cara komunikasi yang berkesan di mana cara komunikasi menentukan keberkesanan khidmat yang disalurkan kepada para pelajar. Pada masa yang sama, pembimbing rakan sebaya perlu didedahkan tentang kemahiran penjagaan kesihatan minda diri. Memandangkan keperluan meningkatkan kualiti di kalangan pembimbing rakan sebaya kian penting, oleh itu program ini akan membawa manfaat kepada pembimbing rakan sebaya dan pelajar sekolah.

2.0 Objektif
A.  Agar PRS dapat memahami kemahiran asas dari segi komunikasi yang berkesan.
B.  Agar PRS dapat mengaplikasikan teknik berkomunikasi yang bersesuaian.
C. Agar PRS dapat menyedari kepentingan penjagaan kesihatan minda diri dan mengaplikasikan dalam masa seharian.

3.0 Tempat
Dewan SMK Cheras

4.0 Tarikh
17 – 18 April 2015

5.0 Sasaran

Pembimbing rakan sebaya SMK Cheras (40 orang pelajar)


6.0 Jawatankuasa

Pengerusi        :  Puan Hajah Kamariah bt Abu
Naib Pengerusi: Pn Sapura bt. amat
Setiausaha:       : Pn Nurhaiza bt Che Mat

AJK KERJA

Penyelaras                  : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Pendaftaran        : Puan Raudah Abdul Rahman
AJK Makanan             : Puan Rozinani Bt Awang
AJK Peralatan             :  En Che Mohamad Padali Bin Che Mat
AJK Penginapan         : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Modul/Sijil / Dokumentasi : Cik Dashini a/p Paramasevam
                                                      Cik Teresa Thoo Lee Kuan 

7.0       Jadual Program

17 APRIL 2015

2.30 – 2.45 petang :    Pendaftaran
3.00 – 3.10 petang :     Ucapan Perasmian
3.10 – 3.40 petang :     Bengkel 1: Mandala
3.40 – 4.00 petang:      Minum petang
4.00 – 6.00 petang :    Ceramah: Teknik komunikasi
6.00 – 6.30 petang :    Demonstrasi
6.30 – 7.00 petang :    Rehat
7.00 – 8.00 malam :    Makan malam
8.00 – 8.30 malam :    Bengkel 2: Stress Ball
8.30 – 10.00 malam :  Movie Time: Spelling Bee program motivasi pendidikan


18 APRIL 2015

7.30 – 8.30 pagi          :   Sarapan pagi
8.30  - 9.00 pagi          :   Ceramah: Kepentingan penjagaan kesihatan minda diri
9.00 -  10.30 pagi        :  Aktiviti Kelompok 1
10.30- 11.00 pagi        :  Dance Therapy
11.00- 12.30 t/hari      :  Aktiviti Kelompok 2
12.30 -1.30 tengah hari :   Makan tengah hari
1.30  - 3.00 petang      :    Aktiviti kelompok 3
3.00  - 3.30 petang      :    Refleksi kendiri
3.30  - 4.00 petang      :  Minum petang
4.00 – 5.00 petang      :  Tunjuk Bakat
5.00  - 5.30 petang      :   Ucapan penutupan
                                       
8.0  Kewangan

Sumber Kewangan

PCG Kaunseling                                                     RM 750


Perbelanjaan

Makan/minum pelajar      = RM 13 x 50 orang   = RM 650   

Hadiah pemenang            =                                  = RM 100


9.0       Penutup

            Diharapkan agar program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang

diharapkan.



            Disediakan oleh,                                                         Diluluskan oleh,




            (Puan Nurhaiza Bt Che Mat)                                      (Puan Kamariah Bt Abu)
            Guru Kaunseling                                                        Pengetua



Happy weekend
When your kids hug & kiss
And give you love letters
Happy Mothers Day :)











 

Telegram Channel