19 May 2015

Kertas Kerja Program Profesionalisme Guru Kaunseling PPW Pudu Ke Sabah

           

Saya ingin berkongsi kertas kerja program profesionalisme yang kami rancang adakan di Sabah. Kertas kerja asal telah di draf oleh penyelaras projek dan saya murnikan hampir 50 peratus untuk menjadikannya ilmiah untuk program profesionalisme dan sebagai projek LADAP Guru Kaunseling. Tunggu untuk kelulusan sahaja dari pihak PPW dan barulah boleh untuk booking tiket :). Nostalgia kali terakhir ke Sabah pada tahun 2001 dengan geng GBK Zon Pudu juga. 


1.0 PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak  pengalaman’, maka Jawatankuasa Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah Menengah Wilayah Pudu Kuala Lumpur telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Sabah. Program lawatan sambil belajar merupakan  program tahunan dalam takwim aktiviti Zon Pudu setiap tahun. Program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada guru-guru Bimbingan & Kaunseling. Selain dari merasai sendiri budaya, pemakanan dan sosialisasi negeri lain, aktiviti yang padat juga memberi peluang kepada guru kaunseling untuk menjalankan aktiviti penanda aras di sekolah yang terpilih agar dapat berkongsi pengalaman sekolah di luar Kuala Lumpur menjalankan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Aktiviti lawatan ke rumah orang tua juga diharapkan dapat memberikan panduan kepada guru kaunseling dalam menjalankan aktiviti Dasar Warga Emas di sekolah masing – masing. Tempat –tempat lawatan sambil belajar juga dirancang dengan penuh ilmiah agar dapat memberikan pengalaman secara langsung kepada guru kaunseling dan membuka mata terhadap negeri lain dalam menjalankan aktiviti kehidupan seharian dalam meningkatkan ekonomi hidup dan negeri Sabah. Diharapkan juga agar pengalaman yang dikutip dari program sepanjang 4 hari ini berjalan dengan penuh kekeluargaan agar dapat mengeratkan lagi hubungan rakan sekerja dalam menjalankan tugas sebagai guru kaunseling.  Melalui hubungan yang baik, maka wujud kerjasama untuk berkongsi amalan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah masing-masing dan bertukar-tukar pendapat dan program dengan penuh profesionalisme.

2.0            RASIONAL
Program yang dirancang dapat meningkatkan pengetahuan guru kaunseling dalam amalan perkhidmatan kaunseling di luar Kuala Lumpur, meningkatkan pengalaman dalam aktiviti lawatan ke tempat menarik di Sabah agar dapat berkongsi pengalaman dengan warga Semenanjung Malaysia.


3.0            OBJEKTIF
3.1       Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan dalam kalangan warga Guru Bimbingan & Kaunseling
3.2       Meningkatkan kemahiran guru-guru Bimbingan & Kaunseling untuk mengendalikan program dan aktiviti yang melibatkan pihak luar, mengikut prosedur yang teratur dan betul.
3.3       Memberikan pengalaman secara langsung kepada guru kaunseling mengenai budaya masyarakat di Sabah dan tempat-tempat untuk menarik dalam lawatan sambil belajar.

4.0       CADANGAN DESTINASI
           Sabah, Malaysia
           
5.0       TENTATIF PELAKSANAAN LAWATAN

Cadangan Tarikh :      19- 22 Ogos 2015 (Rabu - Sabtu)
Tempat Lawatan :       Sabah, Malaysia
                                               

6.0       KUMPULAN SASARAN
             Program ini disasarkan kepada guru-guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah-sekolah
Menengah Wilayah Pudu, Kuala Lumpur
           
7.0       AHLI JAWATANKUASA PROGRAM    
Jawatankuasa Induk
Pengerusi :                  Pengarah Pelajaran , JPWP Kuala Lumpur
Naib Pengerusi :         Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar/Pudu
Setiausaha        :         En Rohaidatul Akmal bin Rosedi
                                  Pegawai Pendidikan PPWBP
 Naib Setiausaha:    Puan Nurhaiza Che Mat
                              Pengerusi Guru Kaunseling PPW Pudu

Jawatankuasa Pelaksana
Penyelaras :                Pn Noraslina Bt Mohd Zainin (SMK Seri Mulia)
Setiausaha :                Pn Noor Asikin Bt Abu Bakar (SMK Dato’ Onn)
Pen Setiausaha :         Pn Liew Siew Fong(SMK Taman Connaught)
Bendahari :                 Pn Nik Ismayati Bt Nik Yusof (SMK Bandar Tun Razak)
Pen Bendahari :          Pn Sharifah Shahida Bt Tuan Othman Aziz (SMK Bandar Tun Razak)
Pengacara Majlis :      Pn Siti Salwa Bt Mohd Arshad (SMK Alam Damai)
Pendafaran Guru :      Pn Fadzila Bt Mohd Yunos (SMK Seri Mulia)
Dokumentasi :              Pn Chen Boon Yee (SMK Seri Mutiara)
                                    Pn Rashidah Bt Ramdan (SMK Seri Mutiara)
Makanan :                   Pn Nur Aishah Bt Jamaludin (SM Teknik KL)
                                    Pn Fazilah Bt Hashim (SM Teknik KL)
Siaraya dan :               En Wan Mohd Agil Btn Mat Yamin (SMK ALAM Damai)
Pengangkutan :           En Chua Kim Ton (SMK Taman Connaught)          
                                  Cik Tan Li Li (SMK Dato’ Onn)
Cenderamata :            Pn Loo Siew Lan (SMK Taman Connaught)
                                    En Yap Yoke Fai  (SMK Taman Connaught)


8.0       TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA (RABU- 19 OGOS 2015)
7.00   Pagi :      Berkumpul Di KLIA
09.30  Pagi :       Menaiki Penerbangan Ke  Kota Kinabalu
11.30  Pagi :       Tiba Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu
12.00 Tgh :       Bertolak Ke Kundasang Sabah
3.00   Ptg :        Makan Tengahari Dan Daftar Masuk Hotel
6.30 petang:      Makan Malam
7.30 malam :    Taklimat program
                        Aktiviti PERASA dan pembahagian kumpulan
 
                      
HARI KEDUA (KHAMIS –20 OGOS 2015)
7.30 pagi :        Sarapan Pagi & Melawat Tempat Menarik Di Sekitar
Kundasang (Poring Hot Spring, Kinabalu Park Tour, Ladang
Tenusu )
2.00  ptg :         Makan Tengahari & Solat Zohor Di Hotel
3.00  ptg :         Mesyuarat J/K Guru Bimbingan & Kaunseling Bil 8/2015
6.30  ptg  :        Makan Malam
7.30 mlm :        Bengkel (Perkongsian Amalan Terbaik Perkhidmatan Bimbingan
            Dan Kaunseling Sekolah Menengah)
10.00 mlm :      Minum malam

HARI KETIGA (JUMAAT – 21 0GOS 2015)
7.00   Pagi :      Sarapan Pagi & Daftar Keluar Hotel
8.30   Pagi :      Bertolak Ke Kota Kinabalu
10.30  Pagi :       Lawatan Penandaarasan  Jawatankuasa Zon Pudu Ke SMK , Kota Kinabalu,
12.30  T/h :        Lawatan Ke Rumah  Kebajikan Orang Tua, Kota Kinabalu
1.30 t/hari :       Makan tengah hari
                           Lawatan Ke Rumah Terbalik
  3.00 Ptg :        Daftar Masuk Hotel
8.00 Malam:     Majlis Makan Malam
                          Aktiviti Team Building
10.00 Malam :  Bersurai

Hari Keempat (Sabtu – 22 Ogos 2015)
7.00 pagi : Checkout  Hotel
8.00   Pagi : Melawat Ke  Pulau-Pulau Yang Terdapat Di Sekitar                                                      Kota Kinabalu
6.30 petang : Bertolak Ke Lapangan 
                     Terbang Untuk Pulang Ke Kuala Lumpur

9.0       ANGGARAN KEWANGAN
            Yuran : RM 600          x 20 orang       =          RM 12,000
            YPC    :                                               =          RM   3,000
            Jumlah:                                               =          RM 15,000
            Perbelanjaan
            Tiket Kapal Terbang: RM 250  X 20 orang = RM 5,000
            Van di Sabah  : RM 300 x 3 unit                     = RM     900
            Hotel               : RM 250  x 10 unit x 3 hari     = RM  7,500
            Makanan         : RM 20 x 20 orang x 4 hari     = RM  1,600
            Jumlah            :                                                             = RM 15,000

10.0     PENUTUP
Dengan terlaksananya Program Profesionalisme  ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah dalam kalangan Warga Guru Bimbingan Dan Kaunseling Zon Pudu, di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif  Jawatankuasa Guru Bimbingan Dan Kaunseling Wilayah Pudu.                                          
Salam Maghrib
Selamat berbuka puasa ;)
 

Telegram Channel