12 May 2015

Lawatan Penanda Aras SMK Jalan 3, Bangi: Amalan Perkhidmatan UBK Terbaik


Lawatan penanda aras hari ini dijalankan di SMK Jalan 3, Bangi iaitu sekolah yang mendapat johan amalan terbaik perkhidmatan UBK peringkat kebangsaan pada tahun 2014. Projek Career Information Centre di sekolah ini berjaya mengikis UBK untuk pelajar yang bermasalah sahaja dan menarik minat pengunjung ke UBK dengan mendadak hampir 80% untuk meninjau program kerjaya. UBK sebagai one stop centre untuk program ini berjaya mencapai objektif. Di blog saya mengenai muat turun amalan terbaik program kaunseling boleh mendapat cerita penuh mengenai aktiviti yang dijalankan oleh UBK dan inovasi mereka hingga terpilih sebagai johan peringkat kebangsaan. Sistem yang dibina untuk mengenalpasti RIASEC seseorang telah dicipta oleh bekas pelajar Puan Azita Buyong dan memudahkan untuk mengetahui trait minat kerjaya melalui klik klik sahaja pada komputer dan analisis terus diketahui. Dengan kekuatan 5 kaunselor iaitu dua kaunselor cemerlang dan pengetua cemerlang kekuatan utama UBK ini ialah sokongan pentadbir terhadap apa sahaja program yang dijalankan oleh UBK. 

Antara tips yang dikongsikan oleh Puan Azita ialah mengenai pertandingan amalan terbaik, projek yang dijalankan hendaklah berlandaskan sesuatu teori dan dari teori itu maka satu inovasi dijalankan untuk menonjolkan profesionalisme GBK itu. Impak program mestilah meningkat dalam masa projek atau inovasi diperkenalkan sekurang-kurangnya dalam masa 3 bulan. Program mestilah mesra pengguna dan bonus jika pernah mendapat pengiktirafan.

Selamat Hari Jururawat! Soleha :)
Semoga berbakti dengan keikhlasan


Bergambar di hadapan Career Walk
Suasana lorong yang memuatkan nama IPTA, jenis kerjaya dan alumni sekolah
Sangat mesra pengguna kerana pelajar berpeluang untuk mencari maklumat kerjaya
Suasana di dalam bilik kaunseling
Dekorasi Sudut PPDa
Taman  Minda Sihat
Bilik yang terdapat dalam UBK
Sistem fail
Koridor yang memuatkan Career Walk
Bilik kaunseling yang luas satu bonus untuk menambahkan play therapy corner
GBK memberikan taklimat
 

Telegram Channel