26 May 2015

Pameran Sempena Hari Guru Peringkat JPWPKL

Tiga hari dari semalam, hari ini dan esok saya berulang alik ke Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Cheras. Program pameran Hari Guru dikelolakan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling yg diketuai oleh Ketua Sektor iaitu Cik Rosnah Abdullah. Semua AJK Majlis Guru Kaunseling JPWP dilantik sebagai AJK. Selaku AJK Pameran IPTS saya ditugaskan untuk menjemput 12 IPTS memeriahkan pameran ini. Pameran ini meriah dengan pameran dari IPTA, IPTS, Politeknik, IPG, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah teknik, bank , yayasan guru malaysia, jualan makanan, jualan batik, lukisan batik, lukisan mewarna, derma darah, kesihatan dan lain-lain.  Sekolah saya sendiri diminta mengadakan pameran dan sekolah memilih etos sekolah iaitu sapelele untuk diadakan pameran tersebut. Program bermula seawal pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang. Sekolah saya juga membawa rombongan seramai 40 orang untuk mendengar ceramah mengenai program Yayasan MARA. Slot diadakan hampir sejam dan pelajar mendapat sijil penyertaan dan makanan tajaan MARA. Pameran etos sapelele sekolah juga mendapat tumpuan. Sejak persembahan sapelele digunakan dimerata -rata tempat dan mendapat jemputan dari pelbagai pihak sama ada televisyen atau swasta, maka publisiti melonjak. Sekolah baru sahaja memenangi persembahan terbaik di Turki bulan April lalu dan semakin membuka mata orang lain untuk mengikuti dengan lebih dekat mengenai program ini. Hari ini saya lebih berkongsi gambar pameran tapak sekolah mengenai sapelele dan aktiviti lawatan ke IPTS oleh rombongan sekolah saya. Mungkin esok saya akan berkongsi gambar dari pempamer sekolah-sekolah lain pula.

Langit malam yang cerah
Semoga mimpi yang indah
Segarkan badan yang mengah
Seharian berpenat lelah


Sidang pagi yang sesak dengan pelajar
Memenuhi permintaan penonton yang datang
Guru muzik Puan Umi Salbiah yang memainkan peranan memperkenalkan sapelele
Bersama alumni sapelele bersama PK Kokurikulum
Memberikan penerangan sewaktu sidang petang
Majlis perasmian
Pasukan kadet polis membantu kawalan disiplin
Student MTD di booth MTD
Student SMK Cheras di meja IPTS
 

Telegram Channel