Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

21 May 2015

Penyelarasan Pengurusan Menangani Kes Histeria Di Sekolah

Hari ni ke Putrajaya pula menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Menangani Kes Histeria Di Sekolah bersama flying skuad JPN Selangor dan JPN WPKL. Kami berkongsi intervensi menangani masalah pelajar histeria. Flying skuad ini adalah ilham daripada En Abdullah Mad Yunus yang merupakan mantan pengarah JPWPKL dan kini merupakan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Buat masa ini hanya Selangor dan WPKL yang mempunyai flying skuad menangani histeria. Selangor merupakan pelopor flying skuad ini dan hasil dari cetusan idea En Abdullah juga yang berjumpa dengan Tuan Haji Zailan Bin Wagiman yang merupakan Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling JPN Selangor . Tn Hj Zailan sangat berpengalaman dalam bidang kaunseling dan menangani histeria dan mempunyai klinik kaunselingnya yang tersendiri di Sungai Buloh dan Saujana Utama. Semua ahli flying skuad WPKL mendapat didikan dan tunjuk ajar dari Tuan Haji Zailan. Selangor sudah mengeluarkan kit anti histeria, modul malah poster poster kesedaran warga sekolah. Memandangkan beliau akan bersara pada bulan Ogos ini, maka BPSH ingin menggunakan khidmat bakti sebelum bersara untuk menjalankan satu bengkel bagi panduan pengurusan histeria yang bukan semata-mata berbentuk panduan di kertas sahaja bahkan latihan dan teknik mengurus histeria kepada guru-guru kaunseling di seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun sebelum itu, flying skuad yang terlatih perlu diberikan pendedahan untuk membina satu modul untuk menjadi panduan bagi flying skuad yang seterusnya. Sesi hari ini sangat memberikan input yang berguna kepada saya. Masalah utama histeria ialah pelajar -pelajar yang stres dan mereka perlu diberi bimbingan dari aspek psikologi terlebih dahulu sebelum membenarkan illusi dan delusi menguasai diri. Sesi perkongsian menangani histeria dari JPN Selangor dan JPN WPKL menjadi panduan untuk BPSH Unit Kaunseling untuk melakukan tindakan seterusnya.

Pengurusan histeria 2015 akan menggariskan perkara-perkara berikut untuk perawat:
1) Confidence
2) Transfrence - here and now
3) Breathing - teknik bernafas yang betul
4) Sensoring - deria yang terlibat
5) Setting

Thank you for all the wishes
Alhamdulillah

No comments: