Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

30 May 2015

Pertandingan Inovasi IMT Murid Thailand

Pertandingan Inovasi Dan Kreativiti Murid Thailand Tajaan KPM di Sekolah Berasrama Penuh diadakan pad 30 Mei 2015 di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur. Program ini merupakan program yang diadakan pada 29Mei - 1 Jun 2015 khas untuk murid Thailand tajaan KPM sewaktu cuti sekolah. Saya dijemput sebagai hakim pertandingan ini yang membuka mata saya mengenai wujudnya kelompok pelajar Thailand yang dibiayai oleh kerajaan hasil MoU antara kerajaan Malaysia dengan Thailand. Antara sekolah berasrama penuh yang terlibat menempatkan pelajar-pelajar ini ialah dari SM Agama KL, SM Maahad Hamidiah Kajang, SBP Integrasi Rawang, SBPI Jempol

Seawal pukul 9 saya tiba di sini dengan menaiki komuter selama sejam dari Kajang ke Kepong Sentral...dah lama sangat tidak menaiki komuter rasanya berapa tahun lepas dan wow perkhidmatan komuter sekarang memang laju dan rekabentuk dalaman yang moden. Saya meneruskan perjalanan ke sekolah ini dengan teksi berharga RM 10. Bersama -sama 2 hakim lagi iaitu Cikgu Hong selaku guru cemerlang Kimia dan Cikgu Aziz guru dari SM Agama Persekutuan, Labu selaku guru Kemahiran Hidup dan Teknikal. Kami mengadili laporan kertas konsep terlebih dahulu. Memandangkan ini adalah program pertama, masing-masing belum arif bagaimana membina satu kertas konsep yang baik mengikut panduan pemarkahan. Hampir  3 jam juga kertas konsep diadili oleh kami, sebelum kami berhenti rehat dan bersambung untuk pembentangan inovasi di dewan. 

Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu sebelum masing-masing memperkenalkan pasukan mengikut undian yang telah diambil. Masa pembentangan selama 10 minit bagi setiap pasukan. Saya sangat kagum dengan penyampaian murid ini yang dapat menyampaikan dalam Bahasa Malaysia yang agak baik walau adakala dalam slanga Thailand mereka. Ada yang terlalu menggeletar dan ada yang penuh berkeyakinan. Inovasi dan kreativiti yang mereka bentangkan amat menarik. Masing-masing mempunyai kefahaman dan penjelasan bagi setiap inovasi yang mereka jalankan. Ada yang dapat menjawab dengan baik sambil memberi alternatif . Secara keseluruhannya bagi program kali pertama yang dijalankan ini saya merasakan ia satu platform mengasah bakat dan keyakinan mereka dalam pertandingan memandangkan mereka adalah bukan warganegara Malaysia maka kebanyakan pertandingan yang dianjurkan adalah terbatas penyertaan bagi pelajar bukan warganegara. Sekurang-kurangnya penyertaan yang diadakan ini dapat melibatkan mereka dalam aktiviti kokurikulum peringkat tertinggi. Dan seterusnya memberikan gambaran bagaimana guru-guru membimbing pelajar tersebut dari sekolah-sekolah yang berbeza. Kertas laporan juga menggambarkan hasil usaha sendiri dengan ejaan Bahasa Malaysia dan laras susunan bahasa yang agak sederhana penguasaan Bahasa Malaysia tetapi satu pujian untuk mereka. 

Setelah pengiraan markah dijalankan, pada pukul 5.45 petang hakim memberikan taklimat mengenai penambahbaikan kepada semua pelajar agar dapat memperbaiki cara kertas konsep dan pembentangan yang dijalankan. Bagi projek inovasi, adalah lebih baik jika pelajar dapat membina satu inovasi melalui satu permasalahan dan membina tajuk terlebih dahulu yang sesuai untuk inovasi bagi menangani satu permasalahan. Dari situ, satu tinjauan atau soal selidik perlu dijalankan agar inovasi yang dibina dapat membantu menangani permasalahan orang dan persekitaran yang terlibat dalam permasalahan. Setelah inovasi dibina, perlu diuji dan diketahui keberkesanannya .

Pukul 6.15 petang, program tamat dan setelah menyiapkan laporan dan dokumen saya meninggalkan kawasan ini setelah Maghrib dan menaiki komuter pada pukul 8.00 malam. Huhuuhu 9.00 malam tiba di Kajang dengan menikmati pemandangan malam menaiki komuter.

Karnival Sate 1000 Rasa 
Malaysia Book Of Record
Stadium Kajang
Penghakiman pembentangan
Inovasi kipas berherba
Pembuatan sabun
Water pump
Penghakiman kertas konsep

No comments: