Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

20 May 2015

Bengkel Ihtifal Murid Thailand Tajaan KPM

Mendapat surat jemputan semalam dari bahagian KPM mengenai ihtifal ...membuatkan saya terus google maksud ihtifal ..oh perhimpunan macam tu maksudnya . So program perhimpunan murid thailand tajaan KPM. Menarik mengenai perkara ini sebab saya sendiri tidak pernah mengetahui bahawa KPM ada menaja pelajar Thailand di sekolah -sekolah berasrama penuh di Malaysia. Jumlah mereka agak ramai mencecah 227 orang pada ketika ini dan ditempatkan di SBPI Rawang, SBPI Gombak, SBPI Jempol, SMAKL,SMA Maahad Hamidiah yang terdiri dari pelajar Tingkatan 2 hingga 5. Pelajar ini terdiri dari 6 kohort hasil dari persefahaman sewaktu Menteri Pendidikan Datuk Seri Hishamuddin. Dua kohort dah tamat tingkatan 5 dan menduduki SPM. Oleh kerana pelajar ini bukan warganegara, maka pertandingan koakademik tidak dapat mereka sertai untuk menambahkan aktiviti kokurikulum mereka. Aktiviti kokurikulum mereka setakat terbatas dalam kawasan sekolah sahaja dan tidak boleh menyertai pertandingan luar jika syarat am warganegara Malaysia. Biasanya sewaktu cuti sekolah, murid ini akan menyertai kelas tambahan. Oleh sebab itu pada tahun ini, kali pertama aktiviti koakademik dan pertandingan permainan dijalankan agar dapat memberi ruang dan peluang kepada murid Thailand ini menyertai pelbagai aktiviti dan mengasah bakat mereka dalam pelbagai pertandingan seperti azan, nasyid, bahas, tilawah Al Quran, hafazan, syarahan, pidato, inovasi dan kreativiti dan permainan seperti catur dan pelbagai lagi.  Oleh kerana projek ini kali pertama akan dijalankan di SMAKL pada 30 Mei hingga - 1 Jun nanti maka muzakarah pelarasan kerja perlu dijalankan. Bertempat di Bangunan Mustafa Kamal di Cyberjaya, pemandangan yang menarik sepanjang saya memandu dari Kajang. Maklumlah kali pertama saya memandu masuk ke Cyberjaya. Ditugaskan untuk projek inovasi dan kreativiti kami berbengkel di dalam kumpulan untuk persediaan sebelum program berlangsung.

GC48 UBK
The power of dream

No comments: