Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

16 May 2015

Selamat Hari Guru 2015: Guru Membina Ilmu Dan Menyempurnakan Akhlak.

Selamat Hari Guru !! Dengan tema 2015 Guru Membina Ilmu  Menyempurnakan Akhlak 

Guru : Merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan

Membina Ilmu : Individu yang membangunkan dan membentuk serta mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan.Guru mampu membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif). Ini kerana guru tidak terbatas kepada menyampaikan kandungan silibus sahaja dalam bilik darjah, malah perlu kreatif dan inovatif dalam membangunkan ilmu dalam kalangan murid seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui pengajaran guru berpusatkan murid serta penggunaan sumber secara berterusan.

Menyempurnakan: Warga pendidik berperanan menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Jesteru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Akhlak: Budi pekerti dan nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan. Guru menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid.


Tahun ke 15 di SMK Cheras bergelar guru dan menyambut sambutan Hari Guru. Alhamdulillah masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik untuk bergelar cikgu dan menjalankan amanah. Mesej bertalu masuk dari malam semalam hingga ke hari ini untuk mengucapkan hari Guru dari ibu bapa, kaum keluarga, kawan-kawan dan paling ramai mestilah dari para pelajar. Emak dikampung tidak puas setakat wish di voicemail whats app...hahaha pagi-pagi lagi menelefon sambil berdoa sesuatu yang baik dan cemerlang dalam kerjaya sebagai guru. Wahh kata-kata semangat ibu selalu membuatkan saya rasa sebak maklumlah kata-kata ibu satu doa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan anak walau di mana mereka berada. Tetiba saya rasa rindu sangat dengan akaun facebook saya yang entah dah jadi apa, kerana tidak aktif selama setahun setengah dan saya pun tak pasti saya ingat lagi tak password memandangkan saya tidak install langsung facebook dalam telefon  mahupun tab saya. Maklumlah dulu asyik mengadap fb untuk membalas mesej kat wall fb atau private mesej dan belum lagi yang ditag kepada kita setiap kali Hari Guru menjelang tiba. Namun sekarang tinggal nostalgia.... 

Bercakap mengenai harapan saya di usia 15 tahun bergelar pendidik untuk 2015:
1)Saya dapat menjalankan satu projek inovasi melibatkan PRS seperti penjenamaan semula ahli PRS ke satu kedudukan yang diperakui perkhidmatan mereka yang lebih berkesan di sekolah. 
2)Saya dapat menerbitkan koleksi penulisan ilmiah dan kajian tindakan menjadi buku penulisan ilmiah  untuk perkhidmatan kaunseling Zon Pudu sebagai rujukan
3) Saya dapat menyiapkan projek dan laporan kajian tindakan melibatkan perkhidmatan UBK disekolah dan impak kajian yang sangat positif.
4)Saya dapat menjalankan bengkel in house training untuk membantu GBK yang baru berkhidmat mengenai perkhidmatan kaunseling
5) Saya dapat menaiktaraf bilik kaunseling terutama dari aspek rupabentuk fizikal
6) Sekurang-kurangnya satu anugerah dalam apa sahaja pertandingan.

Orait harapan yang menjadi satu keazaman , di harapkan agar berhenti berangan , dan teruskan dengan tindakan. Doakan agar impian saya menjadi kenyataan...Saya akan update hasil harapan saya ini pada 16 Mei 2016 .In sha Allah.

Selamat Hari Guru
Bersama Keberkatan
Hari Israk Dan Mikraj

No comments: