Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

24 May 2015

Selamat Pengantin Baru!

Semalam adalah episod gembira untuk tokey kantin kami. Berkahwin dengan pilihan hatinya di Pudu Ulu yg berhampiran dengan kawasan sekolah. Orangnya masih muda tetapi sudah lama berbakti di SMK Cheras sejak menjadi pekerja kantin lagi hinggalah menjadi tokey kantin. Memandangkan dia berasal dari Negeri Sembilan, saya dan Rozi berpakat untuk menghadiri akad nikahnya dan meraikannya di majlis kahwin pengantin perempuan. Maklumlah hubungan kami memang baik macam adik dan kakak selalu berurusan makanan untuk projek selain dari seharian makan di kantin. Mendapat kad jemputan khas dari dia untuk kami guru guru kaunseling memang afdal la untuk memenuhinya bila berkelapangan. Memang macam rombongan dari sebelah lelaki pulak kami ni bila membawa bersama hantaran untuk pengantin lelaki dan bersama pengantin lelaki dari awal akad nikah lagi ..tahniah Amir! Semoga dipanjangkan jodoh hingga ke jannah.

A successful marriage
Requires 
Falling In Love Many Times,
Always With The Same Person

No comments: