Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

23 May 2015

Tips Cara Menulis Resume Lepasan SPM

Hari ini merupakan bengkel cara menulis resume dan menghadiri temuduga. Program ini diadakan di SM Sains Alam Shah dan saya menumpangkan 15 pelajar saya ke sana bagi mengambil input program  dan menjadi fasilitator untuk program di sekolah nanti. Maklumlah dengan bayaran sebanyak RM55 bagi seorang pelajar , sekolah hanya menghadkan seramai 15 pelajar sahaja mengikuti program ini. Dikendalikan oleh konsultan yang profesional Career Cube yang memberikan ceramah bersama manual modul yang bersesuaian, memudahkan pelajar mengikuti bengkel ini dan mempraktikkan terus untuk penulisan resume.Sebagai guru kaunseling, penulisan resume sesuatu yang memang boleh dibimbing kepada pelajar. Namun demikian cara menghadiri temuduga ialah sesuatu yang memerlukan pengalaman dari personalia yang biasa menguruskan interview untuk memberikan tips yang berguna kepada pelajar.

Susunan Maklumat Dalam Resume
1) Maklumat Ringkas Dalam Diri
2) Latarbelakang Pendidikan/ Akademik
    - Sekolah Menengah
    - Sekolah Rendah
3) Penglibatan Luar Kelas/Sekolah
4) Penglibatan Luar Akademik/ Jawatan
    Kepimpinan
    Kelab/Persatuan
    Sukan
5) Pencapaian Luar Akademik
6) Rujukan

Susunan setiap butiran perlu mengikut tarikh/bulan/tahun terkini diikuti bulan/tahun yang berikutnya
Semak tanda bacaan seperti noktah dan koma
Utamakan penglibatan dan pencapaian peringkat tertinggi seperti antarabangsa dan kebangsaan

Faktor penarik resume 
Bahasa yang digunakan merujuk kepada iklan bahasa yang dipohon
Format Arial 12 atau Times New Roman 12
Jumlah  muka surat = 2
Jenis kertas= A4 putih bertaip
Gambar = jika diminta

Contoh Penulisan Resume

FARAH BT FADZIL
Current Address: Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, 56000, Cheras, Kuala Lumpur
Permanent Address: 3-1-1 , Jade Tower, Seri Mas Condominium, Batu 3 1/2, 56000, Kuala Lumpur
Phone Number: 0182362789
Email : farah@gmail.com

EDUCATION
SMK Cheras, Kuala Lumpur, Accounting Stream, 2014 -2015
Ø  SPM: Will be seated
Ø  Current Result: 7As, 2Bs

SMK Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, 2011-2013
Ø  PMR: 8A

SK Cochrane, Kuala Lumpur, 2005-2010
UPSR: 5As


TRAINING
Interview Preparation Workshop, Career Cube, May 2015
 - Short Course In Preparing For Effective Scholarship Interview, Interview Dresscode, Rsume
             Writing and Interview Etiquette
Euphoria Camp, Counselling Unit, SMK Cheras, April 2015
           - Short Course about how to manage our stress
Young Leaders Workship, Counselling Unit,SMK Cheras, Feb 2015
           - Short Course about self motivation and leadership


ACTIVITIES AND INVOLVEMENT
  • President, Tourism Club, SMK Cheras, 2015
  • Vice President, Volley Ball Club,SMK Cheras,2015
  • Treasure, SLAD Club, SMK Cheras,2015
  • Vice President,Red Crecent Society, SMK Bandar Tasik Selatan, 2012

ACHIEVEMENT
  • Second Runner-Up , Tourism Quiz Competition, National Level, Swiss Garden Hotel, 2014
  • First Place, Tourism Quiz Competition, District Level, Putra Hotel, 2014
  • First Runner-Up , Career Explorace,District Level, SMK Convent, 2014
REFERENCE
Puan Jawahir Munir, Counselling, SMK Cheras, 012-2367890


Theraphy session
Sharing & bonding
With my dear sisters

                             

No comments: