16 May 2015

Walimatulurus Shahida..Tahniah!

Hari Guru yang bermakna pada tahun ini meraikan pengantin.Kenduri kahwin jatuh pada 16 Mei 2015. Kedua dua pengantin lelaki dan perempuan ialah bekas pelajar SMK Cheras dan saya agak rapat dengan pengantin perempuan memandangkan pelajar PRS Tahun 2004 dan aktif dengan karnival kaunseling kerjaya pada tahun itu. Saya kerap menghantar balik ke rumah jika dia stayback untuk menyiapkan buku skrap kerjaya arkitek. Buku skrap tu mendapat tempat naib johan untuk Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya peringkat WPKL. Memandangkan hari ini tak kemana, maka menghadiri perkahwinannya adalah satu kewajipan. Memandangkan ayahnya juga ialah bekas rakan sekerja di SMK Cheras, maka para jemputan juga terdiri dari muka muka yang familiar dari kalangan guru dan pelajar. Tahniah pengantin kalau dah jodoh tak ke mana ..memang lama betul mereka berpasangan sejak dari bangku sekolah hampir berbelas tahun. Semoga berbahagia hingga ke Jannah :)

Dinner with bff
Agenda Projek Alumni 2015
Semoga dipermudahkan

pasangan suami isteri sekelas 
Klik ex PRS 2004
 

Telegram Channel