22 June 2015

Anugerah ZooM Kehadiran Ke Sekolah Penggal Pertama


Hari ini merupakan penyampaian anugerah kepada kelas yang mempunyai kehadiran yang baik bagi penggal pertama. Terima kasih kepada PIBG yang meluluskan permohonan kertas kerja saya untuk menaja hadiah dan cenderamata kepada para pemenang. Projek ZooM kehadiran yang merupakan projek kajian tindakan saya untuk membantu pihak sekolah menangani masalah peratus kehadiran ke sekolah pada tahun lepas.

Berikut merupakan teks juruacara untuk majlis tersebut.

Majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Kamariah Bt Abu selaku pengetua sekolah untuk menyampaikan sijil dan cenderamata kepada pemenang Anugerah ZooM Galakan Kehadiran pelajar ke sekolah bagi penggal pertama persekolahan.

Mendahului senarai, ialah kelas 5S3 yang mempunyai kehadiran pelajar terbaik sepanjang penggal pertama . Dijemput wakil kelas 5S3 dan mentor Puan Noraini Jamaluddin dan Puan Norliza Borhan untuk menerima sijil penghargaan. Hadiah berupa pakej percutian ke FRIM, Kepong dengan menaiki canopy walk.

Seterusnya, dijemput wakil kelas 3A dan mentor Puan Elya Hafiza dan Puan Aida Azlina Ramli untuk menerima sijil penghargaan dan pakej percutian ke Pusat Sains Negara.

Seterusnya dijemput kelas 4K1 dan mentor Puan Soleha dan En Jasvir Singh untuk  menerima sijil penghargaan dan cenderamata.


Berikut merupakan kelas yang mempunyai kehadiran yang semakin meningkat sepanjang penggal pertama. Anugerah kehadiran Kelas Berpotensi jatuh kepada Ting 3B . Dijemput wakil kelas 3B  dan mentor Puan Faizah Rahim dan Puan Farah Hanum untuk  menerima sijil penghargaan dan cenderamata.

Seterusnya Anugerah kehadiran Kelas Berpotensi jatuh kepada 4K5 . Dijemput wakil kelas 4K5  dan mentor Puan Lee Soo Heong dan Puan Siti Amrah untuk menerima sijil penghargaan dan cenderamata.

Salam Ramadhan ke 5
Selamat Hari Jadi Kak Ema

Terima kasih iftar semalam
Semoga cemerlang dunia akhirat

Kelas 3A
Kelas 5S3
Kelas 4K1
Kelas 3B
Kelas 4K5


 

Telegram Channel