Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

17 June 2015

Bengkel Seni Terapi

Hari ini ke Kolej Yayasan Pendidikan Cheras untuk menghadiri bengkel Seni Terapi. Terima kasih kepada Yayasan Pendidikan Cheras kerana meluluskan permohonan saya untuk  menaja perbelanjaan bengkel pada hari ini. Bengkel ini dijalankan dengan kos sebanyak RM 70 seorang untuk 8 jam . Seramai 26 orang guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa PPW Pudu. Bengkel ini dijalankan oleh Dr Jasmaida Jamaluddin yang berpengalaman dalam mengendalikan kursus Seni Terapi. Kami dibimbing dengan 5 jenis modul untuk membantu memahami klien sewaktu sesi kaunseling dijalankan.Penceramah mempunyai modul yang dibina sendiri dan mendapat pengiktirafan dan anugerah inovasi dari KPM . Modul sebagai alat bantu yang digunakan untuk sesi kaunseling.

Program/Aktiviti
BENGKEL TERAPI SENI UNTUK GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH WILAYAH PUDU TAHUN 2015

Objektif
·        Melepaskan tekanan perasaan, tenangkan fikiran, meningkatkan kesedaran di tahap sedar, perubahan/tranformasi/anjakan pradigma
·        Membantu klien memahami isu  dan permasalahan yang dialami
·        Penerokaan terhadap emosi dan perasaan
·        Membantu klien mendapat celik akal
Pengelola
Jawatankuasa Guru Bimbingan dan Kaunseling  Zon Pudu
Tarikh
17 Jun 2015

Tempat
Kolej YPC ITWeb, Taman Maluri

Pengisian
  1. Taklimat dan Bengkel Terapi Seni
·        Pengenalan Terapi Seni
·        Body Mapping
·        Love Tracy
·        Lukisan Bertema
·        Secret Garden

























Ucapan tahniah dan galakan
Terima kasih kawan-kawan
Selamat Datang bulan Ramadhan
Solat Terawih mari amalkan



Penceramah memegng lukisan mandala. Klien akan mewarna lukisan mandala
Setelah mewarna, klien menceritakan mengenai mandala tersebut setelah memberikan
tajuk kepada hasil mewarna lukisan mandala.
Sesi pengenalan
Sesi kelompok kumpulan: Masing-masing melukis logo diri dan menampal
semua logo ahli dalam satu kertas A4. Ceritakan logo setiap orang dan jadikan satu cerita
Body Mapping mengesan kes berkaitan seksual dan kesakitan
Lukisan bertema: Melukis sesuatu yang menceritakan
kehidupan kita
Aktiviti secret garden: Penerokaan kendiri
Lukisan bertema: Imaginasi pokok yang dilanda ribut, kemarau, dan
bagaimanakah jika kamu sebatang pokok itu
(Atas Kiri: Lukisan bertema) (Atas Kanan: Mandala)
(Bawah: Body Mapping, Love Tracy)
Terima kasih Yayasan Pendidikan Cheras

8 comments:

Unknown said...

kalau diizinkan, boleh saya minta modul untuk tujuan rujukan?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Kamu boleh direct dgn Dr Jasmaida yg ketika program ini dijlnkn bertugas di LPPKN. Beliau mempunyai hak cipta terhadap semua buku terapi seni dan modul yg digunakan. Bayarannya agak berpatutan dgn konsultasi penggunaan modul bersama modul yg digunakan

Anonymous said...

Blh dpt contact sbb sy mmg merancang utk bengkel ni

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Saya ada nombor handphone Dr sahaja sbb contact via hp. Sila email saya nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com untuk saya berikan nombor hp secara personal kpd anda

Anonymous said...

assalam..modul ini pun sesuai untuk sekolah rendah kan?saya mencari maklumat untuk tugasan saya,, ;-) terima kasih

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Ya. Boleh digunakan untuk sekolah rendah dan menengah

Anonymous said...

terima kasih ;-)entri ini sangat-sangat membantu saya tapi,kalau tak keberatan,boleh tak kalau saya nak tahu lebih lanjut cara perlaksanaan untuk body mapping dan love tracy. terima kasih ;-)

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Body mapping ni adalah gambar rajah ttg bentuk badan manusia. Cthnya jika seseorg itu sakit..dia akan mewarnakan di part yg dia sakit. Saya juga pernah menggunakan body mapping ni sewaktu sesi kaunseling murid yg terlibat dgn gangguan seksual, murid tidak dapat menyatakan dgn baik maka dia boleh mapping kan part part yg mengalami gangguan seksual sbg tool untuk memulakan penerokaan lanjut.