9 June 2015

Fail PPB: SKT Guru Kaunseling 2015

Bagi fail Pelan Pembangunan Profesional Berterusan perlu dimasukkan juga SKT . Sasaran kerja tahunan guru kaunseling bagi tahun 2015 agak berbeza dari SKT 2014 memandangkan tahun ini kita menggunakan buku rekod baru dan fokus kepada 4 bidang utama berbanding 8 pada tahun -tahun sebelumnya. Oleh itu saya share di sini SKT Guru Kaunseling 2015 berdasarkan buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pada tahun 2015. Data L4 dan L8 juga akan berbeza pada tahun ini dan tunggu sahaja format yang baru akan dikeluarkan oleh MGKKL.

Sila klik link berikut untuk SKT 2016 http://nurhaizachemat.blogspot.my/2016/05/sasaran-kerja-tahunan-guru-bimbingan.html  memandangkan guru kaunseling WPKL terlibat dengan program Juara, SUIT dan penyelaras KSIB maka ada penambahan bagi SKT 2016

SASARAN KERJA TAHUNAN
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2015

SENARAI TUGAS UTAMA/ PERKHIDMATAN
PIAWAIAN/ STANDARD PRESTASI
SASARAN /MATLAMAT
JADUAL PERLAKSANAAN
SESI BIMBINGAN/
KAUNSELING















KONSULTASI IBU BAPA

Tugas hakiki dan mencapai 25% tugas guru kaunseling

Jenis Perkhidmatan:
1.      Bimbingan dan Kaunseling Individu 5 sesi x 41 minggu (205 sesi)

2.      Kaunseling/ Bimbingan Kelompok
2 sesi x 41 minggu (82 sesi)



Fokus : Mencapai 2% tugas kaunseling bersama ibu bapa
·       Kemahiran keibubapaan
·       Konfrens ibubapa

Matlamat:
Murid mendapat perkhidmatan kaunseling













Matlamat:
Mengadakan rundingcara dengan ibubapa mengenai permasalahan anak di sekolah

Sepanjang Tahun
















Sepanjang tahun
PERKEMBANGAN SAHSIAH










PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Fokus : 15 % tugas dengan menjalankan aktiviti wajib seperti surat arahan perekayasaan KPM
·     Program Orientasi
·     Bengkel Pengawas
-        Bengkel Kepimpinan
-        Ceramah Motivasi
-        Slot Sahsiah


Fokus 5% dari tugas dengan mengikuti standard piawaian modul PRS Kebangsaan
Matlamat:
Semua murid diberikan input dan pendedahan pembangunan diri dan perkembangan sahsiah terpuji agar meningkatkan kemenjadian murid



 Matlamat:
Semua ahli PRS diberikan input dan pendedahan pembangunan diri

 Aktiviti sebulan sekali











Sebulan dua kali perjumpaan
PENINGKATAN DISIPLIN


Fokus tingkahlaku:15 % tugas

-Ponteng sekolah:
Ceramah dari Inspektor Polis
Projek Zoom

· Tidak mementingkan masa (datang lewat)
Operasi Ponteng sesi pagi

   

   
Matlamat:
Membimbing dan memantau murid agar kes disiplin menurun dari aspek ponteng kelas, ponteng sekolah dan lewat ke sekolah.
Sepanjang masa
PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL

Fokus 10% tugas dengan mengikuti prosedur Program Minda Sihat KPM

Program minda sihat –
soal selidik DASS kepada semua murid Ting 4
 -bengkel Minda Sihat kepada   
  sasaran pelajar
-   Mengenalpasti murid yang mempunyai masalah kesihatan mental untuk dirujuk dan diambil tindakan



Matlamat:
Murid akan didedahkan input dalam bidang psikososial, kesejahteraan mental dan pelajar yang mengalami saringan DASS teruk mengalami penurunan di akhir intervensi

Feb– Saringan Minda Sihat 1
Mac – Bengkel Minda Sihat
Jun – Saringan Minda Sihat 2

PENGURUSAN KERJAYA MURID




















KELAB KERJAYA

Fokus 10% dari tugas dengan menjalankan aktiviti wajib perekayasaan UBK
-        Psikometrik
·       Motivasi belajar dan peluang
      pendidikan.
·       Hala tuju kerjaya
·       Mengikuti pameran
Pendidikan di luar.
·       Jemputan taklimat dari UPU. Matrikulasi, MARA dan IPTS.
·       Petandingan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Zon.
·       Kerjasama dengan IPTS/Pameran Kerjaya



Fokus 2 % dari tugas dengan mematuhi  dasar kokurikulum
Aktiviti Kelab Kerjaya yang diadakan 12 kali setahun

Menyertai pertandingan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Zon Pudu dan pertandingan luar

Menjalankan aktiviti berkaitan reachout info dan pameran kerjaya
Matlamat:
Murid tingkatan 1 dan 3 mempunyai data minat kerjaya dan kecekapan masing masing.

Murid didedahkan dengan maklumat peluang pendidikan dan kerjaya.











Matlamat:
Ahli Kelab Kerjaya dapat
Menjalankan aktiviti berkaitan dengan pengetahuan IPT, ujian psikometrik dan reachout kerjaya

Psikometrik:
Ting 1: Feb – Sept
IMK: Jun-Sept
IKP: Ogos-Sept
Program kerjaya: Mac, April dan Julai

















12 kali perjumpaan
setahun
INOVASI/ KAJIAN/ ARTIKEL

Fokus 1% Kajian Tindakan mengenai galakan kehadiran pelajar ke sekolah dengan penerbitan satu kajian tindakan
Matlamat:
Program yang dijalankan berdasarkan masalah pihak sekolah dan mendapat pengetahuan mengenai cara mengatasi masalah tersebut


Jan - Jun
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Fokus 10% dari tugas guru kaunseling dan menjalankan tugas seperti yang disenaraikan dalam bidang tugas jawatan tersebut dalam buku panduan guru.

·       Ketua Guru Bimbingan Dan
        Kaunseling
·       Setiausaha J/K UBKSMK Cheras
·       Setiausaha J/K Guru Penyayang
·       Setiausaha Projek Minda Sihat
·        Setiausaha Program Permata
·       
-             AJK Majlis Pengurusan Sekolah
·       AJK Jawatankuasa Kurikulum
·       AJK Kewangan Sekolah
·       AJK Pengurusan Aset Sekolah
·       AJK PPSDM Sekolah
·       AJK Dokumentasi Sekolah
·       AJK Lembaga Disiplin
·       AJK PT3 – Psikometrik
·       Penyelaras Spsk 08
·       Guru penasihat rumah Perdana


Matlamat:
Memastikan tugas yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum, HEM dan kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lancar.


Sepanjang masa
TUGAS LUAR (PPD/JAB/KPM)
Fokus 5% dari tugas guru kaunseling dan menjalankan tugas berdasarkan surat perlantikan jawatan.
·        Pengerusi Jawatakuasa Majlis
          Guru Kaunseling Zon Pudu
·        AJK Majlis Guru Kaunseling
         WPKL
·        Ahli  Skuad (Flying Squad) Zon
          Pudu
·        JU Smart Support Team Pudu
·        AJK Biro Pendidikan YPC

Matlamat:
Setiap tugas yang diberi akan dilaksana sebaik mungkin atas urusan tugas rasmi
Sebulan sekali

Writing is the only thing that,
When i do it
i don't feel i should be doing something else
#cp Gloria Steinem 



11 comments

Assalam.

Akak nak ucap tahniah dan syabas kpd Nurhaiza kerana sangat rajin dalam memasukkan macam2 maklumat berkaitan pengurusan B&K.. Akak selalu jadikan maklumat dlm blog nih sebagai rujukan dan panduan. Sangat2 membantu..Mohon dihalalkan ye..

Terima kasih.
Rozilah Abd Aziz
JB.

Terima kasih. Saya memang share untuk dikongsi. Tak perlu minta izin memang dihalalkan.

Sangat membantu dalam pengisian SKT online. Terima kasih cikgu..

Assalamualaikum dik ,

T.kasih share SKT ni dan boleh jadi panduan yang sangat membantu.
Mohon halal maklumat yang ada dan digunapakai.

Hai cikgu Haiza..thanks

K.haiza, terima kasih banyak2 , bnyak bantu sy sbgai guru baru...syukur jumpa.akak

K.haiza, terima kasih banyak2 , bnyak bantu sy sbgai guru baru...syukur jumpa.akak

 

Telegram Channel