4 June 2015

Kertas Kerja Projek Minda Sihat Ke FRIM, Kepong. "Jom Beriadah Dan Segarkan Minda"



Hari ini saya nak share kertas kerja mengenai intervensi Minda Sihat. Dah 3 bulan dari saringan pertama dijalankan, saya perlu menjalankan saringan kedua DASS kepada pelajar sasaran. Dua intervensi dengan Klinik Kesihatan Cheras dan satu intervensi sesi kaunseling diharapkan agar penurunan kes peserta Minda Sihat kerana telah dapat mengamalkan teknik sepanjang 3 bulan intervensi dijalankan. Memandangkan tidak lama lagi bulan puasa, maka aktiviti riadah ini perlu dijalankan sebaik sahaja buka sekolah dengan kerjasama dari staf Klinik Kesihatan Cheras.



KERTAS KERJA
JOM  BERIADAH & SEGARKAN MINDA
KE FRIM , KEPONG

1.0     PENGENALAN

          Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama dari Klinik Kesihatan Cheras mengadakan program Jom Bersenam dan Beriadah ke FRIM, Kepong kepada para pelajar sasaran projek Minda Sihat di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para pelajar tentang kesihatan mental. Melalui saringan kesihatan mental bagi mengenal pasti tahap stress, keresahan dan kemurungan yang telah dijalankan pada bulan Februari yang lalu, guru kaunseling telah dapat mengenal pasti murid yang mempunyai masalah mental contohnya tekanan perasaan yang berterusan, kemurungan dan masalah emosi dan tingkah laku. Sesi intervensi telah dijalankan dalam bentuk sesi kaunseling, bimbingan dan bengkel Minda Sihat yang dijalankan pada bulan Mac yang lepas mengenai cara-cara menangani stress dan mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku. Melalui teknik 7B antaranya bersenam dan beriadah, aktiviti ini dijalankan bagi para pelajar sasaran mempraktikan dalam kehidupan seharian mereka teknik yang betul apabila menghadapi stres.  Dengan ini, mereka merasai positif dengan persekitaran yang lebih ceria dan akan sentiasa didorong agar sentiasa bersenam dan beriadah dan mengamalkan cara hidup yang sihat dan lebih bersemangat untuk meneruskan tugasan harian.

2.0     OBJEKTIF
1)    Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang promosi kesihatan mental
2)    Menjalankan saringan Minda Sihat kali kedua di sekolah untuk mengenal pasti kes yang masih memerlukan intervensi khusus.
3)    Memberi kemahiran kepada murid sekolah cara –cara menangani stress
4)    Memberikan bimbingan mengenai aktiviti 7B yang perlu dipraktikkan oleh peserta Minda Sihat

3.0     TARIKH : 16 Jun 2015
4.0     MASA : 7.30 pagi – 2.00 petang
5.0     TEMPAT: FRIM, Kepong
6.0     KUMPULAN SASARAN:
           40 orang pelajar yang mendapat keputusan teruk dan sangat teruk bagi saringan
Ujian DASS kali pertama.

7.0     AHLI JAWATANKUASA
          Penasihat               : Dr Noor Nazeerah Halil Bt Abdul Razak
          Pengerusi               : Puan Kamariah Bt Abu
          Naib Pengerusi        : Puan Sapura Bt Amat
          Setiausaha              : Puan Nurhaiza bt Che Mat
         
          Jawatankuasa kerja
          Pendaftaran            : Puan Rozinani Awang
          AJK Modul              : Jururawat Najia
          AJK Pengangkutan  : En Che Mohamad Padali Bin Che Mat
          AJK Dokumentasi    : Cik Teresa dan Cik Darshini
                                                                     
8.0     AKTIVITI
Masa
Aktiviti

7.30 -8.00 pagi
Pendaftaran peserta di SMK Cheras
8.00 pagi
Perjalanan ke FRIM, Kepong
9.00 pagi
Tiba di FRIM, Kepong
9.05 pagi
Taklimat dari pegawai FRIM, Kepong
9.30 pagi
Bersenam pagi

9.40 pagi
Jungle Tracking bersama Jurupandu.
Aktiviti Natural Walk

11.00 pagi
Taman Ikan FRIM, Kepong
11.30 pagi
Saringan Minda Sihat Kedua
12.00 tengah hari
Makan tengah hari
12.30 tengah hari
Bertolak pulang ke SMK Cheras
1.30 tengah hari
Dijangka tiba di SMK Cheras

9.0     ANGGARAN KEWANGAN
Sumber Kewangan :
PCG Kaunseling                                                      =RM 420

Perbelanjaan:
Yuran masuk : RM 1 x 50 orang =          RM   50
Jurupandu    :                                            RM 120
Makanan      : RM 3 x 50 orang =            RM 150
Jumlah                                                                      = RM 420

10.0    PENUTUP
            Diharapkan agar program Minda Sihat ini berjalan dengan baik dan lancar.
Semoga peserta dapat mempraktikkan amalan 7B dengan berkesan dan
memperolehi skor ujian DASS saringan kedua yang lebih ringan dan baik.

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,


(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)
Setiausaha                                                                            Pengetua

MH066
#KUL-ICN :)

 

Telegram Channel