1 June 2015

Sistem Fail Pelan Pembangunan Profesional Berterusan (PPB) Dan Penilaian Bersepadu Guru


Cuti sekolah yang panjang ini akan digunakan untuk mengisi dan menyediakan dokumen yang diperlukan dalam sistem fail PPB seawal penyediaan fail yang berkaitan. Dialog prestasi sebelum cuti sekolah pada 28 April 2015 diadakan untuk menerangkan kepada semua guru bagaimana menyediakan fail ini. Selaku guru kaunseling, pengetua meminta saya memberikan tunjuk ajar bagaimana menyediakan resume dan penyediaan dokumen sokongan bagi penyediaan fail tersebut.

Powerpoint ini saya gunakan untuk panduan klik di sini sistem fail PPB untuk penyediaan fail. Pihak sekolah telah menetapkan standard format yang seragam dengan pembelian fail sebanyak RM10 seorang. Fail itu hanya digunakan untuk tahun semasa sahaja.Power point ini lebih kepada guru- guru yang mengajar manakala bagi guru kaunseling saya perlu mengolah panduan ini untuk disesuaikan dengan skop tugas guru kaunseling. Bagi yang tidak berapa faham juga, saya akan memasukkan dalam entri blog ini hari demi hari sebelum buka sekolah bagi penyediaan fail mengikut skop guru kaunseling yang disesuaikan sendiri oleh saya...dengan erti kata lain hahaha pandai pandai je saya ejas. 

Perkara yang penting dalam penyediaan fail PPB ini ialah
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1) Menyediakan curiculum vitae : Diperolehi dari eoperasi. Cuma 'copy' dan paste pada words.
2) Falsafah Pendidikan Negara
3) Skop Kerja: Bergantung Kepada Sekolah
4) Sasaran Kerja Tahunan

PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
1) Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan
2) Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3) Penyertaan Dalam Aktiviti PPB (apa sahaja yang macam kita masukkan dalam esplg)
    Bukti dalam bentuk surat jemputan/ gambar/sijil/email

  •    PLC, Kajian Tindakan dan Inovasi tidak perlu letak laporan
SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI DAN PROFESION
1) Senarai Tugas Dan Tanggungjawab: Kurikulum/ HEM/ Kokurikulum
2) Sumbangan Kepada KPM/JPN/PPD
3) Penulisan/ Penerbitan

BAHAN BUKTI DALAM PDP/KEPIMPINAN
1) Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar Dan Penilaian/ Perancangan Strategik
2) Contoh Hasil Kerja

ANUGERAH / PENCAPAIAN
1) Anugerah Perkhidmatan
2) Anugerah Dalam PDP/ Kepimpinan Dan Lain- Lain
3) Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain

Selamat mencuba!

1 Jun =15 Syaaban=Nisfu Syaaban
Congrats sis  ..
Adik -adik tumpang rezeki! ahaks 


 

Telegram Channel