Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

27 June 2015

Skop Tugas Guru Bimbingan & Kaunseling


Berdasarkan surat pekeliling perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah 2012 bertarikh 16 April 2012:

FOKUS PERKHIDMATAN B & K

1.              Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa  dan berfokus kepada program   dan aktiviti;

Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid

Peningkatan disiplin diri murid

Pendidikan Kerjaya murid

Psikososial dan kesejahteraan mental murid

Pengurusan Profil Murid

Pendidikan Pencegahan

Konsultasi keibubapaan

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


Fokus Pembangunan Sahsiah Diri Murid:
2.             Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (charector) murid dari aspek;
3.              Sikap penyayang (kepedulian)
Budi bahasa
Konsep kendiri
Kepemimpinan
Komunikasi
Kekemasan diri
Ketepatan masa

Fokus Peningkatan Disiplin Diri Murid
4.              Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala seperti berikut;
Perlakuan ponteng sekolah
Perlakuan berunsur jenayah
Perlakuan berunsur kelucahan
Perlakuan berunsur kurang sopan
Perlakuan berunsur vandalisme

Fokus Pendidikan Kerjaya Murid
5.             Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai  maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;

melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.

Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah rendah sehingga menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.

Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus ke kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi awam atau swasta.

Fokus Psikososial dan kesejahteraan mental murid

6.     Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;

Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi
Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif

Fokus Pengurusan Profil Murid
7.       Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid. Ia bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid seterusnya  tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan secara lebih berkesan.  Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;
           Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin
           Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah
           Menyediakan profil kerjaya setiap murid
           Menyediakan profil murid dari segi Kesejahteraan Mental/emosi

8.    Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga, latarbelakang masalah, kekerapan dan punca  masalah, status tindakan penyelesaian.

Fokus Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan
9.            Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk bahan inhalan.

10.      Fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol dan bunuh diri.

Fokus Konsultasi Keibubapaan:

11.         Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di   mana;

kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan,
melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.

Fokus Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
12.         Fokus ini adalah meningkatkan  kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu;
           Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS.
        Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan    
       ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ dengan;
a.            PRS sebagai role model kepada orang lain
b.            Memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif
c.            Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain


Murid Berkeperluan Khas

13.          Fokus ini memberikan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan khas kepada murid-murid berkeperluan khas  di sekolah. Fokus ini memberi penekanan dari segi kebajikan, kemudahan, soft skills dan hala tuju murid berkeperluan khas. Murid normal yang lain juga menerima, membantu dan sentiasa memberi pertolongan kepada murid - murid berkeperluan khas 


Penyampaian Outreach Perkhidmatan 
14.   Membuat sebaran kepada murid berkaitan perkhidmatan yang boleh diberi oleh   
    GBK  serta faedah yang boleh diperoleh daripada perkhidmatan bimbingan dan 
       kaunseling. Sebaran berkaitan peluang pendidikan dan kerjaya murid.

Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok

15.        Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi Sasaran Kerja Utama guru B & K.

.          Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P).


Pelaksanaan Program dan Aktiviti Murid
16.          Pelaksanaan program dan aktiviti murid yang merujuk kepada fokus perkhidmatan ini hendaklah dirancang dan dilaksanakan bersesuaian dengan matlamat yang ditetapkan.

17.          Selain itu, masa serta kerjasama pihak pentadbir, rakan guru yang lain perlu diperolehi bagi melaksanakan sesuatu aktiviti secara berkesan.


Menjalankan Tugas Luar

18.          Seorang guru B & K boleh dibenarkan menjalankan tugas luar iaitu selain daripada tugas hakiki di sekolah mereka dengan kadar 10 peratus setahun. Ini bermakna, 90 peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.

19.          Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B & K diarahkan;

Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam tempoh masa yang panjang.

Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala petaka di sesuatu tempat.

Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang ditetapkan dalam perkara ini boleh juga diberikan dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri terlebih dahulu.

20.          Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarah atau diminta oleh agensi atau badan lain termasuk KPM, JPN dan PPD.


Penyampaian (Outreach) yang berkesan
21.         Bagi memastikan agar perkhidmatan B & K adalah perkhidmatan yang mesra murid, maka guru B & K hendaklah;

Membuat sebaran secara berkesan berkaitan perkhidmatan, program dan aktiviti yang ditawarkan kepada murid.

Menawarkan aku janji (piagam pelanggan) manfaat yang boleh diperoleh daripada perkhidmatan B & K di sekolah.


Engagement  bersama murid, guru dan ibu bapa
22.          Bagi menentukan agar perkhidmatan ini menjadi istimewa, maka guru B & K hendaklah;

Mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan khususnya ibu bapa dan keluarga dalam menangani sesuatu isu berhubung murid.

Mengamalkan sikap penyayang dalam hubungannya dengan murid, rakan guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat.

Mewujudkan jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain termasuk murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat bagi mendapatkan maklum balas terhadap perkhidmatan yang diberi.


Kelas Ganti
23.          Guru B & K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak lebih 8 waktu seminggu.

24.          Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka hendaklah melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan perkhidmatan B & K.

25.          Guru B & K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti.


Jadual Waktu

26.      Tempoh masa GBK adalah sama dengan guru P&P. walaubagaimanapun , jadual bertugas bagi GBK di sekolah perlu lebih flexi. Hal ini bermakna sesi bertugas seseorang GBK di sekolah tidak terikat sama seperti masa bertugas giru P&P di bilik darjah. Ianya boleh disesuaikan mengikut keperluan tugas seharian guru  B&K

Sesi bertugas mereka hendaklah lebih fleksible kerana fungsi mereka termasuk aktiviti engagement bersama ibu bapa murid, agensi-agensi lain yang berkaitan termasuk pemimpin masyarakat dan komuniti luar sekolah di mana aktiviti tersebut hanyalah untuk kepentingan dan faedah murid mereka di sekolah

Perkapita Grant (PCG) Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah

27. PCG yang diperuntukkan kepada sekolah bagi BnK hendaklah digunakan sepenuhnya untuk semua perkhidmatan BnK yang berfokus kepada 4 bidang utama 

Sokongan Pentadbir Sekolah

28.          Dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan oleh guru B & K, sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah amat diperlukan. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat pemantauan serta memberikan maklum balas kepada guru B & K akan keberkesanan perkhidmatan mereka.




 Hari Terbuka SJKSC
 Unlock your kids potential :)













29 comments:

Anonymous said...

salam.. nak tanya apa tugas guru bimbingan & kaunseling ni kat sekolah ajar subjek apa ye di kelas mcm BM ke, BI ke, Sejarah ke? ataupun tak perlu masuk kelas just bagi kaunseling je ke?
terima kasih.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Guru kaunseling yang telah mendapat surat perlantikan guru kaunseling sepenuh masa bermaksud mereka tidak mengajar. Mereka jalankan sesi bimbingan dan kaunseling merangkumi 4 bidang utama iaitu pemantapan sahsiah, peningkatan disiplin, perkembangan kerjaya serta program psikososial. Mereka menjalankan sesi bimbingan di dalam kelas relief iaitu kelas ganti tanpa mempunyai jadual mengajar subjek mata pelajaran

Unknown said...

Bgaimna pla tugas GBK yg tdk spnuh ms? Sbb mngajar subjek spm & msuk kls 22x smggu

Nurhaiza Che Mat said...

Jika anda sudah mendapat surat perlantikan sepenuh masa, anda perlu memaklumkan status terkini anda kepada Unit Kaunseling JPN anda. Tetapi jika anda tidak pernah mendapat surat perlantikan sepenuh masa, maka anda dianggap guru akademik biasa dengan jadual mengajar hingga 22 masa. Di UBK anda hanya sebagai AJK UBK sahaja yang mana semua skop bidang tugas di atas bukan lagi menjadi tugas hakiki anda. Tugas hakiki anda ialah mengajar.

amanipoh said...

Salam,
Nak tanya yang 20 % tugas luar tu ada pekeliling baru ka?
Sebab tengok kat pekeliling Bil 12 / 2012 tulis 10% aje..
Mohon pencerahan kalu ada maklumat baru

Nurhaiza Che Mat said...

Salam. terima kasih atas teguran saudara. saya baru perasan kesilapan saya menaip maklumat mengenai perkara tersebut. Memang benar hanya 10% sahaja tugas guru kaunseling di luar bukan 20%.
Saya sudah betulkan maklumat tersebut dan terima kasih sekali lagi

Iman Saheri said...

salam...nk tanya..blh ke gbksm memegang jwtn sbg ketua rumah sukan? tq.

Nurhaiza Che Mat said...

Salam Iman

Mengikut buku panduan UBK tahun 2015 pada tanggungjawab pentadbir terhadap GBK pada muka surat 23 hanya menjelaskan bahawa memastikan GBK Sepenuh Masa tidak diberi jadual mengajar dan tugas lain yang boleh menjejaskan perkhidmatan bimbingan dan kaunselingnya seperti penyelaras kokurikulum, ketua jurulatih permainan, ketua penasihat kelab, guru biasiswa dan kerja-kerja pengkeranian yang lain.

Dari pernyataan ini ia menunjukkan bahawa sebarang perlantikan ketua selain dari program UBK seperti ketua penasihat Kelab Kerjaya dan UBK, Ketua penasihat Pembimbing Rakan Sebaya tidakiberi kepada GBKSM dan ini merupakan tanggungjawab pengetua kepada GBKSM untuk dipatuhi.

Abe Tar said...

Assalam. Boleh x bg srt pekeliling mngenai masa bertgs bg gbk. Masa ramai yg keliru adakah sehingga pkl 2 atau pkl 4. Tq

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Berdasarkan surat pekeliling perlaksanaan kaunselor sepenuh masa pd 6 mei 1997 menyatakan bahawa waktu bertugas ialah 8 pagi hingga 4 petang.
Tetapi surat siaran kpm bil 12 2012 mengenai perekayasaan perkhidmatan bnk pada lampiran jadual waktu no 31 dinyatakan tempoh masa bertugas gbk di sekolah sama dengan guru P&P. Ini bermaksud jika sekolah itu melaksanakan waktu punch out yg wajib untuk guru pkl 2 maka pukul 2 gbk itu perlu bertugas. Bagi sekolah teknik atau sekolah kluster mungkin berbeza. Di KL sendiri, jadual waktu wajib guru punch out berbeza antara sekolah. Wb jadual gbk adalah flexi mengikut kesesuaian tugas seharian gbk

shaidan aera said...

Ada ke situasi sekolah yang tak layak ada guru kaunseling? Ataupun semua sekolah wajib ada 1 guru kaunseling?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Kuota GBK ialah 1 nisbah 500 orang murid. Semua sekolah di bawah KPM wajib mempunyai GBK di sekolah.

shaidan aera said...

Tugas guru kaunseling lantikan sekolah, sama tak dengan guru kaunseling yg lantikan kpm?
Maksd saya walaupn dia lantikan sekolah, dia tetap perlu melaksanakan tugas2 guru kaunseling kan? Atau di sbbkn dia bkn profesion dr kaunseling ada pengecualian dalan pelaksanaan tugas sbg kaunselor skolah?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Guru kaunseling lantikan sekolah ialah guru yg mengajar sepenuh masa dan diberikan tugas khas untuk menjadi guru bimbingan di sekolah. Guru kaunseling lantikan kpm untuk sek men ialah guru kaunseling sepenuh masa yg tidak mengajar. Jika di sek rendah guru bimbingan lantikan kpm ada yg mengajar dan ada yg tidak. Beza yg ketara dari aspek KPI bidang tugas kaunselor sendiri. Guru lantikan kpm perlu patuh dgn arahan KPM untuk mengutip pelbagai jebis data dan menurut perintah apa shj arahan yg diminta oleh KPM. Namun demikian guru lantikan sekolah, mereka menjalankan sesi bimbingan dan menjalankan aktiviti wajib shj iaitu psikometrik dan tidak perlu mencapai KPI 4 fokus bidang yg perlu dijlnkn seperti guru lantikan KPM. Guru lantikan sekolah juga tidak perlu menulis buku rekod kaunseling dan sekadar menulis buku rekod pengajaran. Ini berbeza dgn lantikan kpm yg perlu mempunyai buku rekod kaunseling dan walaupun mengajar mereka menulis dua jenis buku rekod. Ini krn guru lantikan kpm ialah guru yg mempunyai profesion kaunseling dan dilantik atas keperluan perjawatan oleh kpm. Manakala guru lantikan sekolah ialah guru yg dianggap berpotensi oleh pihak sekolah untuk mengendalikan kes murid dan menjlnkan aktiviti hal ehwal murid. Mereka mungkin tidak ada kelulysan dlm bidang kaunseling dan digelar guru bimbingan. Biasanya guru lantikan sekolah dilantik pihak sekolah sementara menunggu gbk lantikan kpm hadir atau dilantii bagi membantu guru kaunseling yg sedia ada dan sek masih kekurangan gbk.

Artini said...

Sekiranya guru akademik ingin menjadi Kauselor sepenuh masa sekolah, apa borang atau Kursus yg perlu diikuti? Perlu mendapat sokongan dari ketua jabatan iaitu pengetua tak? Terima kasih

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Guru akademik perlu menyambung kursus dalam bidang kaunseling dan selepas graduat boleh memohon kpd JPN untuk perjawatan guru kaunseling. Tanpa kelayakan khusus dalam bidang kaunseling maka tidak boleh dilantik sebagai guru kaunseling sepenuh masa

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Sebagai penjawat awam..apa sahaja kursus yg diambil sewaktu dlm perkhidmatan memerlukan sokongan pengetua

Artini said...

Terima kasih. Boleh tahu Kursus kauseling itu mesti diploma atau degree di universiti ? Atau pun hanya Kursus yg ditawarkan oleh JPN? Ada Kursus seperti itu kah? Maksud saya ambil Kursus sambil mangajar atau pergi kursus sepenuh masa dulu.. Tq atas reply cikgu

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Kursus kaunseling boleh dijalankan sama ada untuk diploma atau ijazah asalkan kursus tersebut diperakui oleh lembaga Kaunselor Malaysia untuk melayakkan seseorang itu menjadi kaunselor berdaftar yang profesional. Dengan itu dia boleh menjalankan profesion kaunseling di sekolah, swasta, atau IPT malahan di mana-mana sahaja. Anda boleh mengambil kursus tersebut secara sambilan atau sepenuh masa

Unknown said...

Adakah hanya guru ijazah sahaja yang layak menjadi guru bimbingan?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Guru yang layak menjadi guru bimbingan buat masa ini ialah guru akademik yang mengikuti kursus 14 minggu dalam bidang kaunseling, diploma kaunseling untuk menukar opsyen kaunseling atau penuntut lepasan KPLI kaunseling dan ijazah kaunseling

SYAM said...

Boleh tak senaraikan skop tugas GBK Lantikan Sekolah.
Terima Kasih

Nur Baizura Mohd Yusof said...

Mohon pencerahan. Utk Program Sekolah Selamat, siapakah yang menjadi SU utk segala aktiviti berkaitan? Merujuk pd pekeliling tahun 2002..atau ada pekeliling baru?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Setiausaha Sekolah Selamat masih lagi guru bimbingan dan kaunseling.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

GBK lantikan sekolah madih lagi perlu menjalankan tugas perkhidmatan bimbingan dan kaunseling cuma berbeza KPI dengan guru bimbingan kaunseling sepenuh masa dari segi bilangan sesi individu dan kelompok yg perlu dicapai. GBK lantikan sekolah perlu menjalankan program kaunseling yg berkaitan dgn dasar sepwrti ujian psikometrik, program guru penyayang, ujian Minda Sihat. Jika GBK sepenuh masa akan memainkan peranan sbg setiausaha program kpd pelbagai program pengembangan tetapi GBK lantikan sekolah jika dapat menjalankan tugas yg memerlukan data dihantar ke KPM adalah memadai. Ini krn GBK lantikan sekolah terikat dgn jadual mengajar sepwrti guru akademik biasa dan mereka hanya membantu UBK utk sesi kaunseling dan juga tugas rasmi yg berkaitan dgn dasar KPM terhadap data data yg diperlukan dari UBK.

Yang inginkan kepastian said...

Mohon penjeasan , adakah seorang GBK sepenuh masa wajib mengikuti arahan jadual sebagai guru gantian dalam jadual mengajar yang disediaan melebihi dari waktu yang sepatutnya sehinggakan menjejaskan GBK sepenuh masa menjalankan tugas yang sebenar . Kerana apabila KPM mengarahkan bahawa GBK sepenuh masa boleh memasuki kelas maka ada sekolah yang mengambil kesempatan mengarahkan GBK sepenuh masa memasuki kelas dengan mengajar atas alasan mengikut keperluan sekolah serta dilengkapi dengan MMI mata pelajaran kelas yang perlu dimasuki ? Manakala jadual sebagai guru ganti pula disediakan oleh guru yang berlainan setiap minggu melebihi dari waktu yang sepatutnya GBK sepenuh masa ikuti dan adakalanya sehingga 4 - 6 kelas hampir setiap hari akibat dari Pengetua dan pentadbiran sekolah yang tidak memantau serta mengambil berat ketiadaan guru disekolah setiap hati ?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Isu ini merupakan isu yang penting untuk diambilberat oleh pentadbir sekolah jika mereka menerima mengenai surat perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan memahami maksud yang telah dihighlight oleh KPM mengenai tugas dan bidangkerja kaunselor. Memandangkan di sekolah, pengetua masih lagi mempunyai authoriti maka saya yang menurut perintah adalah tagline yang masih perlu diakur sekiranya GBK perlu relief kelas melebihi 8 masa seminggu.

Jika GBK diminta mengajar, saya sarankan agar GBK itu memohon surat arahan yang memintanya mengajar agar dapat melindungi GBK itu sendiri agar tidak dikatakan bahawa GBK itu yang sukarela ingin mengajar atau GBk itu yang sudi untuk mengambil alih tugas guru akademik. Ini kerana jika kompetensi GBK itu tidak dimaksimumkan untuk tugas GBK, maka lebih baik pihak PPD atau JPN menawarkan tempat bertugas yang baru kepada sekolah yang benar benar memerlukan GBK. Anda boleh berurusan mengenai status ini kepada pihak JPN anda. Ini kerana GBK bukan kuota bagi guru akademik.Ada juga sekolah yang memberikan jadual waktu tetap sebagai supervision walaupun bukan mengajar tetapi masa relief juga diberikan.

Apa yang perlu anda lakukan?
-Print semula surat perekayasaan dan highlightkan mengenai tugas anda
-Jangan sekali bersetuju untuk membantu mengajar subjek kecuali jka diarahkan dan surat arahan pengetua hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu untuk menunjukkan ini adalah arahan dan bukannya sukarela. Maka jika pemantauan oleh pihak nazir atau pegawai HEM andaikata KPI tugas hakiki tidak tercapai dan tidak terbuat, ia sememangnya bukan tanggungjawab anda. Pihak pentadbir yang perlu dipertanggungjawabkan.Anda boleh digerakkan ke sekolah lain yang lebih memerlukan GBK.
- Pada laporan LPBK, tuliskan data sebenar anda yang tidak mencapai KPI
- Pada buku rekod kaunseling, catatkan setiap relief yang anda perolehi. Memang benar relief adalah masa untuk menjalankan aktiviti bimbingan...namun jika terlampau kerap mendapat relief kelas yang sama, saya percaya anda membantu murid menyiapkan modul guru relief sahaja dan menjejaskan tugas harian anda untuk menjalankan aktiviti lain pula.
- jangan lupa pada SKT dan borang keberhasilan anda juga..catatkan agar apabila markah prestasi penilaian anda mendapat nilai yang tidak memuaskan, anda boleh meminta penjelasan atas skor manakah anda mendapat markah yang tidak memuaskan. Adakah kerana anda mengajar tidak bagus sedangkan anda tidak mendapat latihan intensif dalam pengajaran murid dan adakah perkhidmatan B&K anda tidak dapat mencapai markah yang baik kerana anda sememangnya tidak dapat mencapai KPI sebagai GBK sepenuh masa kerana anda sudah terbeban dengan tugas yang tidak disenaraikan dalam skop dan tugas GBK sepenuh masa dan bukan lagi tertakluk kepada GBK sepenuh masa di sekolah walaupun anda mendapat surat lantikan sepenuh masa di sekolah.

Saya harap penjelasan saya dapat membantu menjaga hak kita sebagai GBK sepenuh masa di sekolah.

Leo Darimi said...

Adakah jwtn kaunselor tergolong dlm jwtn pengurusan sekolah dn terlibat dlm mesyrt pngurusan sekolah?ada pekeliling berkaitn tak?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

berdasarkan kepada buku panduan perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tahun 2009 ada menyatakan kaunselor menjadi AJK dalam Majlis Perancang Sekolah pada ms 20 no 20 bg gbk sek rendah dan pd ms 21 no 20 pada gbk sek men. Namun pada tahun 2015 buku panduan yg baru tidak menyatakan ayat ini tetapi no 25 senarai bidang tugas gbk menyatakan guru kaunseling perlu melaksanakan tugas yg diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa. Memandangkan carta guru kaunseling direct berada di bawah pengetua, maka biasanya seorang ketua guru kaunseling akan berada dlm majlis pengurusan sekolah. Walaubagaimanapun ada sekolah yg tidak melibatkan guru kaunseling dlm majlis pengurusan. Dalam hal ni masih lagi atas dasar melaksana tugas arahan ketua jabatan.