31 July 2015

Jamuan Raya PRS

Jamuan Raya PRS


                                                 

Baru berpeluang hari ini untuk mengadakan pot luck untuk PRS. Dari awal Syawal lagi mereka bertanyakan jamuan raya dan duit raya dari UBK huhuhu. Dah takda tarikh yg sesuai. Walaupun jamuan raya sekolah secara mega akan diadakan Sabtu depan, tetapi bonding PRS untuk mengadakan jamuan antara keluarga PRS sahaja tetap dijadikan takwim tahunan. Hari ini jamuan raya PRS diadakan pada pukul 12.30 tengah hari hingga 3.00 petang. 

Alhamdulillah...beraya lagi
Selesai puasa 6 hari Syawal :)


Acara yang ditunggu -tunggu
Tuan rumah barisan guru kaunseling SMK Cheras

30 July 2015

Afterschool.my :Rujukan terkini

Afterschool.my :Rujukan terkini


Pernah dengar tak mengenai afterschool.my. 

Laman web yang membantu dan soal jawab mengenai pendidikan selepas SPM. Pada hari Isnin lepas En Mahbob wakil dari pihak afterschool telah datang ke sekolah untuk mengedarkan secara percuma Times Afterschool.my iaitu soalan ulangkaji SPM 2015 kepada semua murid tingkatan 5.  Buku soalan ulangkaji disediakan oleh panel guru yang berpengalaman. Untuk maklumat lanjut mengenai buku Afterschool.my soalan ulangkaji SPM 2015, boleh klik di laman web tersebut. Laman web itu juga menyediakan tools soal jawab untuk mengetahui mengenai dunia pendidikan. Berguna kepada sesiapa sahaja untuk murid, guru dan ibu bapa mengetahui info pendidikan terutamanya berkaitan dengan SPM, STPM dan pendidikan selepas tamat persekolahan. 

Al-fatihah ..
Buat Kak Zila 

29 July 2015

Kursus Kemahiran di ILP

Kursus Kemahiran di ILP


Pagi ini projek ke ILP di Jalan Kuchai Lama dan ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini. Selalu dengar mengenai ILP sahaja dan ia terletak di kawasan yang sangat strategik. Program ini merupakan anjuran Yayasan Pendidikan Cheras dan saya bertindak selaku penyelaras program. Program ini melibatkan tiga buah sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras iaitu SMK Cheras, SMK Puterijaya dan SMK Convent Jalan Peel. Melawat kawasan ILP dan melihat sendiri kemudahan dan bengkel yang dijalankan diharap dapat menarik minat murid. Sesi taklimat dan soal jawab juga berjalan dengan lancar menambahkan lagi kefahaman murid mengenai kursus yang ditawarkan di ILP. Setahun pengambilan ke ILP sebanyak dua kali.


Saya tertarik dengan kursus pendek yang boleh diambil di ILP untuk mendapatkan sijil kemahiran tertentu. Satu nilai tambah bagi yang berminat untuk meningkatkan kemahiran diri.

#romabakankabinet
YAB Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid 
Menteri Pendidikan 2015 

28 July 2015

Day Trip to Canopy Walkway: FRIM

Day Trip to Canopy Walkway: FRIM




Pagi yang indah, udara yang segar. Bagi memenuhi janji saya kepada murid tingkatan 5S3 yang mempunyai kehadiran ke sekolah yang paling baik bagi penggal pertama, saya membawa murid kelas 5S3 ke FRIM, Kepong untuk mengambil pakej nature walk dan canopy walkway. Bersama guru kelas mereka yang merupakan guru Bahasa Melayu, maka tugasan mereka ialah menulis karangan mengenai pengalaman mereka di FRIM. Kami dibawa masuk ke dalam hutan oleh Encik Din yang membantu kami dalam sesi hiking di hutan. FRIM mempunyai kawasan yang sangat luas dan pelbagai kemudahan lain. Sesi hiking berjalan dalam keadaan yang menyeronokkan bagi murid yang memang mempunyai daya tahan yang tinggi. Pengalaman baru berinteraksi dengan hutan sangat mengujakan bagi murid bandar...dan tidak sabar berjalan untuk mendaki ke canopy walkway. Perjalanan 20 minit pertama berjalan lancar hinggalah seorang murid mula tidak fit dan jurupandu terpaksa memperlahankan langkah semua murid. Akhirnya kami berpecah dua antara murid yang tahan lasak bersama guru kelas mereka dan saya bersama murid yang mula tidak fit. Jurupandu memberikan kata-kata semangat kepada murid ini manakala saya berpeluang berjalan dan mendaki dengan pace perlahan dan meninjau pemandangan hijau yang sungguh cantik. Sampai ke canopy walkway pulak kami bersatu semula, cabaran kedua iaitu seorang murid yang lain pula sangat gayat menaiki canopy itu hingga pucat lesi dan mula memarahi kawan-kawannya yang menyebabkan canopy itu bergoyang dengan kuat. Saya tidak mengetahui murid ini gayat dan berada dalam kumpulan saya, hinggalah saya tengok dia mula menjerit jerit marah marah dengan pucat lesi ohhh ada sesuatu yang tidak kena. Pada pelantar seterusnya, saya meminta dia berjalan di hadapan bagi memudahkan saya memantaunya. Saya terpaksa meminta jarak antara murid ini dengan rakannya sejauh 10 meter huhuhu bagi mengurangkan rasa goyangan pada canopy itu. Saya agak risau juga melihat ketensionan muka murid ini. Tetapi pujian harus diberikan kerana dia bersemangat untuk menghabiskan dan berjalan sendiri tanpa mengalah! Turun sahaja dari canopy walkway kami terus menuruni bukit hingga sampai ke sungai. Tetiba saya nampak seorang murid tengah menangis, rupanya dia sangat gayat juga di atas canopy tadi dan turun sahaja ke tanah dia menangis. Saya memintanya membasuh muka dengan air sungai dan menyatakan syabas! dia berjaya juga mengatasi rasa takut itu di atas tadi dan berjaya mengharunginya dan adalah sesuatu yang normal jika andai ada yang menangis kerana anda menahan hingga ke tahap maksimum rasa gayat tadi dan apabila ianya berakhir anda lega sebenarnya tetapi emosi anda sangat penat!

Sepatutnya kami bersambung dengan pakej nature walk dan muzium. Tetapi memandangkan kami hiking dengan masa yang lama huhuhu 2 jam 45 minit untuk mendaki dan menurun ke canopy walkway sahaja maka kami terlepas masuk ke muzium kerana telah tiba waktu rehat dan muzium ditutup. Manakala setengah murid tidak mahu meneruskan ke dalam hutan untuk pakej satu jam nature walk memperkenalkan pokok -pokok hutan yang ditanam kerana terlalu keletihan. Oleh kerana saya pernah mengambil pakej naturewalk, maka tiadalah keterujaan sangat untuk menyambung perjalanan. Begitu juga dengan cikgu cikgunya yang dah capik huhuhuhu.....no! no! no! 


Sakit kaki hingga ke malam
Selamat malam..




 






 



27 July 2015

Majlis Persaraan Kaunselor: Yong Mee Heng

Majlis Persaraan Kaunselor: Yong Mee Heng

Hari ini saya ke SMK Seri Mutiara untuk menghadiri majlis persaraan guru kaunseling Zon Pudu yang lebih dikenali dengan Cik Eliza. Seorang lagi guru kaunseling senior Zon Pudu yang bersara. Dengan ini hanya tinggal saya dan Kak Fazilah dari SM Teknik KL yang tinggal selaku  batch guru kaunseling sepenuh masa tahun 2000 di Zon Pudu. Banyak kenangan sentimental kami bersama, dan saya sangat selesa dengan Eliza. Seorang yang suka tersenyum, seorang yang menepati masa, suka membaca bagi mengisi masa terluang dan seorang yang baik hati. Itu pandangan peribadi saya selama 15 tahun saya mengenalinya. Di zaman 2000-2002 sewaktu kuota guru kaunseling seorang bagi satu sekolah, hubungan dan jalinan guru kaunseling di zon Pudu ini sangat rapat dan kami bekerjasama menjalankan program dan membantu antara satu sama lain di sekolah - sekolah Zon Pudu. Dengan kekuatan hanya 20 guru  kaunseling Zon Pudu ketika itu, setiap kali sebelum bermesyuarat kami akan saling bersalam dan memeluk antara satu sama lain mengikut jantina tanpa mengira bangsa dan budaya ini makin lama semakin sepi apabila bilangan guru kaunseling bertambah kepada 75 orang sekarang dan setiap kali mesyuarat dan program, muka yang berubah -ubah mengikut tuntutan sekolah. Dengan sendirinya kejelekitan itu semakin longgar. Tahun awal 2000-2004 kami kerap melawat ke sekolah kawan-kawan untuk membantu dan berjumpa untuk berbincang masalah. Maklumlah ketika itu, perkhidmatan konsultan begitu asing bagi kami pada waktu itu. Kebanyakan program Zon diusahakan sendiri.  Namun sekarang ini dengan media sosial yang meluas, hanya snap snap pic je masuk whats app group untuk bincang dan check apa yang tidak kena dengan sendirinya personal touch makin jauh...
Good luck Eliza...dan saya sangat suka dengan nyanyiannya pada majlis ini dan semoga ceria sentiasa


Biarkan bunga berkembang
Di atas tangkainya
Janganlah dipetik sayang
Nantikan merana

Bunga berkembang didalam hati
Tak mungkin lagi aku menghindari
Kasih dan sayang telah bersemi
Diriku seakan bermimpi

Sengaja aku nyanyikan
Lagu yang syahdu
Selalu aku kenangkan
Wajahmu yang sayu


Selamat hari lahir
Buat ayahanda yang jauh di mata

26 July 2015

Kertas Kerja Program Zoom: Galakan Murid Hadir Ke Sekolah

Kertas Kerja Program Zoom: Galakan Murid Hadir Ke Sekolah

Berdasarkan perancangan strategik UBK tahun ini seperti entri saya akhir tahun lepas bagi fokus program untuk menangani masalah ponteng murid, saya menyediakan kertas kerja untuk memohon bantuan kewangan dari PIBG dan sekolah bagi merealisasikan projek Zoom bagi mencapai objektif dan sasaran yang diharapkan. Yang menariknya, saya menamakan projek ini Zoom sehingga ia menjadi signifikan apabila berbincang mengenai ponteng atau ketidakhadiran murid,  Zoom akan menjadi sebutan. Kertas kerja ini disediakan di awal tahun lagi dan insentif murid disediakan berdasarkan peruntukan dari kertas kerja ini.



                                              KERTAS KERJA  PROGRAM  ZOOM:
GALAKAN MURID HADIR KE SEKOLAH 2015


1.0     PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Murid akan mengadakan pelbagai program pada tahun 2015 bagi menjayakan misi sekolah iaitu berusaha dengan penuh iltizam untuk melestarikan pendidikan  berkualiti untuk membangun potensi individu sebagai modal insan cemerlang negara dan mencapai visi sekolah untuk melahirkan insan terdidik untuk kesejahteraan negara masa hadapan. Dengan ini, pelbagai program dirangka untuk menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari agar pelajar tidak termasuk dalam golongan pelajar keciciran dari sekolah dan seterusnya terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat dan merugikan usia yang sepatutnya di bangku sekolah lagi. Antara program yang dirancang oleh Unit Bimbingan Kaunseling ialah program Zoom Kelas, Hati Ke Hati dan Talian Kasih.

2.0     Objektif :
1)    Agar dapat mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran pelajar yang rendah untuk diambil tindakan segera.
2)    Agar dapat membantu guru kelas untuk memotivasikan pelajar dalam kelas tersebut untuk hadir ke sekolah
3)    Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai peratus kehadiran yang paling tinggi dan mencecah lebih 80% setiap bulan.
4)    Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai perubahan peratus kehadiran pelajar yang lebih baik setiap bulan.
5)    Agar dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai perubahan hadir ke sekolah yang lebih baik untuk disampaikan anugerah


3.0     TARIKH
               Sepanjang tahun

4.0     AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi               : Puan Kamariah Bt Abu
                                             (Pengetua SMK Cheras)
          Timbalan Pengerusi : Puan Sapura Bt Amat
                                             (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
          Setiausaha              : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
         
          Penyelaras program          : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK Data Ponteng             : Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
          AJK Dokumentasi              : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK Sijil                            : Puan Raudah Bt  Abd Rahman
          AJK Pemilihan Anugerah   : Puan Rozinani Awang
                                                    Puan Nurhaiza Bt Che Mat
         
5.0     TENTATIF PROGRAM
1)    NAMA PROGRAM: ZOOM KELAS
BIL
PROSES KERJA
TANGGUNGJAWAB
TEMPOH
STATUS/
 PELAN KONTIGENSI
1
Mesyuarat Jawatankuasa
PK HEM
Semua guru kaunseling

1 Hari
AJK
2
Mengenalpasti kelas yang terlibat melalui buku kehadiran pelajar atau data

Guru Kaunseling
Setiap bulan
Guru Kelas
Guru Data
Guru Mentor
3



Merekodkan kelas yang terlibat untuk dijalankan sesi motivasi

Guru kaunseling



3 kali
setahun



Guru Kaunseling
4
Menyampaikan anugerah galakan bagi kelas yang terlibat setiap bulan
PK HEM
Guru kelas
Guru kaunseling
10 kali
Anugerah
bulanan

5
Menyampaikan anugerah kepada pelajar yang berpotensi
-peratus kehadiran yang baik
- peratus kehadiran yang lebih baik
Guru Kaunseling
10 kali
Anugerah bulanan


6.0     ANGGARAN PERBELANJAAN
Anugerah Galakan Kelas             3  kelas  x  10 bulan  x  RM 20     =        RM    600
Anugerah Galakan Pelajar           10 pelajar  x 10 bulan x RM 5      =        RM    500
Jumlah                                                                                                    =        RM 1,100

7.0     PENUTUP
Diharapkan agar program yang dijalankan akan berjalan seperti yang dirancangkan dan
menggalakkan pelajar untuk hadir ke sekolah dan seterusnya meningkatkan peratus
kehadiran sekolah yang baik



Disediakan oleh,                                                                            Disahkan oleh,


(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                                   (Kamariah Bt Abu)
Guru Kaunseling                                                                              Pengetua




 Happy weekend 
 Dream big. Create greatness. 
Success is within reach
It's yours for the taking
 

Telegram Channel