Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

28 July 2015

Day Trip to Canopy Walkway: FRIM




Pagi yang indah, udara yang segar. Bagi memenuhi janji saya kepada murid tingkatan 5S3 yang mempunyai kehadiran ke sekolah yang paling baik bagi penggal pertama, saya membawa murid kelas 5S3 ke FRIM, Kepong untuk mengambil pakej nature walk dan canopy walkway. Bersama guru kelas mereka yang merupakan guru Bahasa Melayu, maka tugasan mereka ialah menulis karangan mengenai pengalaman mereka di FRIM. Kami dibawa masuk ke dalam hutan oleh Encik Din yang membantu kami dalam sesi hiking di hutan. FRIM mempunyai kawasan yang sangat luas dan pelbagai kemudahan lain. Sesi hiking berjalan dalam keadaan yang menyeronokkan bagi murid yang memang mempunyai daya tahan yang tinggi. Pengalaman baru berinteraksi dengan hutan sangat mengujakan bagi murid bandar...dan tidak sabar berjalan untuk mendaki ke canopy walkway. Perjalanan 20 minit pertama berjalan lancar hinggalah seorang murid mula tidak fit dan jurupandu terpaksa memperlahankan langkah semua murid. Akhirnya kami berpecah dua antara murid yang tahan lasak bersama guru kelas mereka dan saya bersama murid yang mula tidak fit. Jurupandu memberikan kata-kata semangat kepada murid ini manakala saya berpeluang berjalan dan mendaki dengan pace perlahan dan meninjau pemandangan hijau yang sungguh cantik. Sampai ke canopy walkway pulak kami bersatu semula, cabaran kedua iaitu seorang murid yang lain pula sangat gayat menaiki canopy itu hingga pucat lesi dan mula memarahi kawan-kawannya yang menyebabkan canopy itu bergoyang dengan kuat. Saya tidak mengetahui murid ini gayat dan berada dalam kumpulan saya, hinggalah saya tengok dia mula menjerit jerit marah marah dengan pucat lesi ohhh ada sesuatu yang tidak kena. Pada pelantar seterusnya, saya meminta dia berjalan di hadapan bagi memudahkan saya memantaunya. Saya terpaksa meminta jarak antara murid ini dengan rakannya sejauh 10 meter huhuhu bagi mengurangkan rasa goyangan pada canopy itu. Saya agak risau juga melihat ketensionan muka murid ini. Tetapi pujian harus diberikan kerana dia bersemangat untuk menghabiskan dan berjalan sendiri tanpa mengalah! Turun sahaja dari canopy walkway kami terus menuruni bukit hingga sampai ke sungai. Tetiba saya nampak seorang murid tengah menangis, rupanya dia sangat gayat juga di atas canopy tadi dan turun sahaja ke tanah dia menangis. Saya memintanya membasuh muka dengan air sungai dan menyatakan syabas! dia berjaya juga mengatasi rasa takut itu di atas tadi dan berjaya mengharunginya dan adalah sesuatu yang normal jika andai ada yang menangis kerana anda menahan hingga ke tahap maksimum rasa gayat tadi dan apabila ianya berakhir anda lega sebenarnya tetapi emosi anda sangat penat!

Sepatutnya kami bersambung dengan pakej nature walk dan muzium. Tetapi memandangkan kami hiking dengan masa yang lama huhuhu 2 jam 45 minit untuk mendaki dan menurun ke canopy walkway sahaja maka kami terlepas masuk ke muzium kerana telah tiba waktu rehat dan muzium ditutup. Manakala setengah murid tidak mahu meneruskan ke dalam hutan untuk pakej satu jam nature walk memperkenalkan pokok -pokok hutan yang ditanam kerana terlalu keletihan. Oleh kerana saya pernah mengambil pakej naturewalk, maka tiadalah keterujaan sangat untuk menyambung perjalanan. Begitu juga dengan cikgu cikgunya yang dah capik huhuhuhu.....no! no! no! 


Sakit kaki hingga ke malam
Selamat malam..




 






 



No comments: