Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

22 July 2015

Kertas Kerja RIMUP Sambutan Merdeka Raya SMKC 2015

Saya baru sahaja membentangkan mengenai kertas kerja sambutan raya kombinasi projek guru penyayang, RIMUP Kokurikulum dan projek Sivik. Bila bentang depan boss, tambah pakej tu jadi plus projek KSIB iaitu kerjasama ibu bapa dengan menjemput ibu bapa dan warga emas untuk projek DWEN juga iaitu dasar warga emas negara. Well bila saya berbincang dengan PK Kokurikulum pula, ia menjadi add on projek Merdekaraya untuk panitia Sejarah pula sebab dalam bulan Ogos. Maka kertas kerja saya yang saya post pada hari Ahad lepas menjadi semakin panjang lebar kerana dari projek dalaman sekolah menjadi projek mega pula open house SMK Cheras.





KERTAS KERJA
 RIMUP SAMBUTAN 
 MERDEKA RAYA 2015

1.0     PENGENALAN
          Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan program yang dilaksanakan bagi melibatkan semua kaum di sekolah. Bagi SMK Cheras yang mempunyai peratus kaum Cina lebih kurang 48% , Melayu 50% dan pelajar India 2% program RIMUP amat penting untuk dilaksanakan. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif untuk mengadakan program sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dalam suasana masih berhari raya untuk diraikan oleh semua warga sekolah di peringkat staf sekolah, murid sekolah, dan pada tahun ini, pihak sekolah juga bercadang menjemput ibu bapa untuk projek kerjasama ibu bapa (KSIB) dan warga emas. Sambutan Hari Raya merupakan salah satu projek Sivik murid dan program Guru Penyayang yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di sekolah melalui aktiviti yang dilaksanakan seperti sesi ramah mesra, sesi makan bersama dan meraikan sambutan perayaan murid. Melalui jamuan, kaum lain dapat menikmati keunikan hidangan makanan tradisional Hari Raya kaum Melayu dan bersama –sama menimati juadah Hari Raya. Aktiviti kebudayaan pelbagai kaum juga diadakan seperti persembahan muzik Melayu, Cina dan India dari wakil badan beruniform sebagai persembahan selingan untuk pertandingan persembahan yang diadakan. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku sekolah lagi agar para pelajar dapat menghormati kaum lain dalam hidup bermasyarakat. Pelbagai hadiah juga akan disampaikan seperti hiasan kelas tercantik untuk sambutan Hari Raya, pertandingan stesen paling ceria, individu dengan pakaian tradisional terbaik dan kehadiran unit beruniform yang paling ramai bagi memeriahkan majlis Hari Raya. Oleh kerana Ogos merupakan bulan kemerdekaan, pihak sekolah menggunakan tema merdeka raya bagi menaikkan semangat 1 Malaysia.

2.0     Objektif
          1) Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara pelbagai budaya di sekolah.
2) Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan agama dan bangsa.
3) Menerapkan integarasi kaum dalam hidup bermasyarakat

3.0     TARIKH  : 8 Ogos 2015 (SABTU)
4.0     TEMPAT :  Kantin sekolah/ Dewan Sekolah/ Astaka Sekolah
5.0     AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi               :         Puan Kamariah Bt Abu
          Timbalan Pengerusi :         Puan Maznah Bt Musa
          Naib Pengerusi        :         Encik Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
                                                  Puan Sapura Bt Amat
                                                  Encik Raheman Ahmad                                  
          Setiausaha              :         Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          Naib Setiausaha      :         Cik Hufaidah Bt Zakaria
          AJK Pemantau        :         Puan Che Ma Rabitah Bt Hj Kamaruddin
                                        :         Puan Looi Lin Eng
                                        :         Puan Nur Asyikin Ho Bt Abdullah
                                        :         Puan Noor Aini Bt Ibrahim



BIL
AJK
TUGAS
1
AJK JEMPUTAN
Puan Rozinani Awang (K)
Cik Wong Mun Yee
Cik Nor Afiqah Bt Mohd Sidek
Puan Norhaniza Abd Jamil
Puan Rodiyah Mohamad
Pn Haslina Hashim


·       Menyediakan dan mengedarkan surat jemputan kepada VIP
·       Mengedar surat jemputan kepada ibu bapa/murid dan tetamu yang terlibat
·       Memaklumkan kepada AJK Jamuan Mengesahkan kehadiran tetamu dan ibu bapa
2
AJK PENDAFTARAN
Pn Raudzah Bt  A. Rahman (K)
Puan Jasbir Kaur a/p Karnail Singh
Pn Murni Mat Jali

·       Memastikan semua ibu bapa dan tetamu menandatangani di ruangan yang telah disediakan untuk program
Lain-lain yang difikirkan perlu
3
SAMBUTAN/PROTOKOL
Puan Noraida Mohamad (K)
Puan Sharin Hanum Abd Rahman
Puan Chua Gek Imm
Puan Jasmail Kaur a/p Mewa Singh
En Marodzi Bin Mehat
En Raheman Bin Ahmad
En Mohamed Jamil

·       Menyediakan upacara sambutan ketibaan tetamu
·       Memastikan kedudukan tempat duduk VIP, Pengetua, YDP PIBG dan PK mengikut protokol
·       Mengedar buku aturcara kepada VIP, guru dan tetamu
·       Menyediakan buku pelawat dan tandatangan VIP
4
AJK Pengacara Majlis
Puan Haslina Rahim (K)
Encik Rahimi Bin Abdul Karim

·       Bertindak selaku pengacara majlis sepanjang program diadakan
5
AJK Majlis Perasmian Program
Puan Murniyati Masari (K)
Puan Noor Alamiyah
Cik Jamaliah Azmirakarimah

·            Merancang gimik pelancaran program bersama PK Kokurikulum
·            Memastikan pelancaran berjalan lancar
6
AJK Guru Penasihat Badan Beruniform
PBSM :
 Pn Tipah Bt Ngah/ Pn Lee Wan Yee/ Pn Tan Nyok Moi
Pandu Puteri:
Pn Ratna Dewi/ Pn Maizatul Akma/Pn Lee Soo Heong/Pn Hashida
 Kadet Bomba:
En Mohd Nasrun / Pn Haliza Halid/ Pn Soraya Abdul Rafar/Pn Zahirah
PKBM:
Cik Nor Zalifah / En Ahmad Azran/ Pn Nor Haiza Jaine/ Cik Aida/ Pn Norida
KRS:
Cik Hamizah/ Pn Sakina/ Pn Zeti/Pn Aisyatul
Kadet Polis:
Pn Zizawani/ Pn Khamziyah/ Pn Solehah/Puan Kanagambigai
Puteri Islam:
Pn Tengku Laila/ Pn Hasma Zati/ Pn Normilah/Pn Sharihan
Seni Silat:
Pn Thahabian/ Pn Norliza Rafie/ Pn Siti Hajar/Puan Rozita Musa
Pengakap: Pn Farah/Pn Kavitha/ Pn Laili Azuwa/Puan Suhaibah/En ganesan
·       Mengambil bancian kehadiran murid ke sekolah pada hari tersebut
·       Berbincang dengan murid tema, hiasan stesen masing-masing dan pertandingan yang dijalankan
·       Menyampaikan maklumat mengenai aturcara program, menu dan sebagainya
·       Memastikan AJK Badan Beruniform dapat menjalankan tugas
·       Memastikan pasukan masing-masing dapat mengemas semula stesen masing-masing

 7

URUSETIA PERTANDINGAN
Pn Roszita Bt Md Toff (K)
Cik Noraini Jamaluddin
Puan Zalilah Bt Abdul Jalil
Puan Norliza Borhan
Pn Umizam Zaharah Bt Ismail



·       Menyediakan borang penghakiman dan mengenal pasti hakim pertandingan
·       Menempah dan menyediakan hadiah untuk semua penerima
·       Menyediakan cenderamata untuk VIP
·       Menyediakan dulang dan menyimpan di pejabat setelah selesai majlis
·       Menyusun dan mengendalikan penyerahan hadiah/cenderamata di pada hari tersebut
8
BACK DROP/ JURUFOTO
En. Che Mohamad Padali Bin Che Mat (K)
Puan Norazah




·       Menyedia, memasang dan menurunkan backdrop
·       Mengambil gambar sepanjang program
·       Mencetak gambar untuk dokumentasi
9
PERSEMBAHAN
Puan Norlaili Ani (K)
En Azrin B U Mat
Puan Azimah Ibrahim
Puan Umi Salbiah Bt Abdul Rahman
Cik Lie Kiet Wei
Pn Karamjit Kaur

·       Mengadakan pertandingan persembahan antara badan beruniform
·       Mengadakan selingan persembahan selama dua jam secara terbuka kepada hadirin atau dari murid sendiri
10
BUKU ATUR CARA
Puan Siti Amrah(K)
Puan Mahnun Ibrahim

·       Menyediakan buku aturcara program
·       Mengedarkan buku aturcara kepada peserta ibu bapa guru
11
DOKUMENTASI
Puan Aziana Bt Ruslan (K)
Puan Nafsah Bt Mohd Shah
Puan Suhaily Bt Mohamad Nadzri
Puan Nor Hidayatul Akhmal
Puan Nurul Hamiza

·       Mengumpul semua maklumat dan gambar yang diperlukan
·       Membukukan maklumat dan gambar yang terpilih
·       Menilai majlis yang telah dijalankan dengan menggunakan borang yang disediakan
·       Menyerahkan dokumentasi kepada Penolong Kanan untuk disimpan ( 2 minggu selepas )

12
KEBERSIHAN/KECERIAAN
Puan Daljit Kaur a/p Telog Singh (K)
En Muhammad Fadzil
Puan Normah Bt Othman
Cik Tuong Loy Mui




·       Memantau kebersihan kawasan sekolah
·       Menghubungi pekerja pembersihan bagi memastikan tempat pembuangan sampah bersih dan tidak berbau pada hari program
·       Meminta agar gotong-royong membersihkan sekitar kawasan sekolah pada hari Jumaat sebelum majlis tersebut
·       Lain-lain yang difikirkan perlu
13
DISIPLIN DAN LALU LINTAS
En. Masrizal b Abu Bakar (K)
En. Mohd Noor b Mat Deris
En. Jasvir Singh a/l Bikar Singh
En Chan Yoong Keong
En Mazlie

·       Memastikan tempat meletakkan kereta untuk tetamu, VIP dan guru-guru
·       Menyediakan murid untuk mengawal trafik dan mengawal tempat letak kereta
·       Memastikan disiplin terkawal supaya majlis dapat berjalan dengan lancar
·       Lain-lain yang difikirkan perlu
14
SIARAYA
En. Balasegar a/l Muniandy(K)
En. Nik Rahmat b Nik Mood





·       Menyediakan alat siaraya yang mencukupi (menyewa peralatan siaraya jika perlu)
·       Menguji peralatan yang akan digunakan sebelum majlis
·       Memastikan peralatan berfungsi dengan baik
·       Lain-lain yang difikirkan perlu
15
PERALATAN
En Mohd Hasbi Bin Ramli (K)
En Amiruddin Bin Mohd Yusoff
En Mohd Rizal Bin Mat Salim
En Mohd Nidzam Bin Mohd Yusoff
En Abdull Azis Bin Arbi

·       Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk program
·       Memohon pinjaman peralatan untuk kelicinan program
16
AJK Stesen Makanan Guru/PIBG
Puan Elya Hafiza Bt Ab Rahman (K)
Puan Narinder Kaur 
Puan Ang Choon Ai
Puan Khairul Akhmar Bt Omar
Puan Faiza Mamat
·       Membuat tempahan makanan berdasarkan bajet
·       Menyediakan menu dan stesen makanan untuk guru / PIBG/ ibu bapa

17
AJK Makanan Utama
Puan Aziyanti Bt Abu Khanipah(K)
Puan Nor Haizad Taharim
Puan Salina Mohd Isa
Puan Faizah Rahim
Pn Amila Abdullah
Puan Noor Amizah
Puan Noor Shaliza
·       Membantu pengagihan makanan utama ke badan – badan beruniform berjalan lancar
·       Membuat tempahan makanan
         

         
6.0     TENTATIF PROGRAM

9.30 pagi                     : Semua warga sekolah mengambil tempat masing-masing
                                     mengikut seksyen yang telah ditetapkan
10.00 pagi                    :  Pelancaran program RIMUP Merdekaraya
10.20 pagi                    :  Jamuan makan
11.00 pagi                    :  Persembahan antara badan beruniform
12. 00 tengah hari        ; Bersurai








7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN
          Sumber Pendapatan :
          PIBG                                                              =        RM    700
          Koperasi                                                         =        RM 1,000
          UBK                                                               =        RM    200
          Panitia Sivik                                                    =        RM    400
          Suwa                                                              =        RM 4,068
                                                                                          RM 6,368
          Perbelanjaan:
          Kos makanan               : RM 3  x  1356            =        RM 4,068
          Kos makanan guru/staf : RM 5 x     140           =        RM    700
          Kos makanan ibu bapa : RM 5 x 200                =        RM  1,000
          Banner                                                           =        RM    100
          Gimik pelancaran                                            =        RM    100

          Hadiah                                                           =        RM    580
          Pertandingan kehadiran terbaik    RM 100
          Pertandingan rumah terbuka  terbaik        
           Johan            RM 80
          Naib Johan   RM 60
          Ketiga           RM 40                              RM 180
          Pertandingan persembahan terbaik
          Johan           RM 80
          Naib Johan   RM 60
          Ketiga           RM 40                              RM 180
          Pertandingan pakaian bertema terbaik
          (Lelaki)        
          Johan           RM 30
          Naib Johan   RM 20
          Ketiga           RM 10                              RM  60
          (perempuan)
          Johan           RM 30
          Naib Johan   RM 20
          Ketiga           RM 10                              RM  60        
         

8.0     PENUTUP
          Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program
yang diharapkan dan seterusnya menggalakkan integrasi murid untuk
perpaduan dalam kalangan pelajar.

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,


(Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)


Selamat kembali ke sekolah
Puasa sunat Syawal bermula..





No comments: