Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

15 July 2015

Majlis Khatam Quran Dan Penyerahan Duit Hari Raya 2015


Majlis Khatam AlQuran diadakan hari ini di dewan sekolah dan pada tahun ini penyerahan duit raya kepada semua pelajar Islam yang hadir ke sekolah hari ini. Majlis dimulai dengan majlis khatam Quran dan disusuli dengan tazkirah dari ustaz Nasrun. Slot seterusnya ialah penyampaian duit raya kepada murid. Antara perbezaan dengan tahun tahun lepas dan tahun ini ialah kerana tahun lepas duit raya diserahkan kepada pelajar penerima zakat sahaja yang layak dengan amaun tertentu hasil dari kutipan dari guru -guru sekolah sendiri untuk murid yang layak. Pada tahun ini, pelajar yang layak tidak menerima secara direct di hadapan murud lain tetapi diserahkan dalam majlis anjuran penyerahan zakat agensi luar, atau diserahkan secara peribadi kepada murid itu sendiri oleh AJK Kebajikan. Bersalaman raya adalah aktiviti wajib yang ditunggu -tunggu. Sebelum bersurai setiap murid menerima pulut dan telur dan diakhiri dengan bersalam-salaman dengan semua guru. Selamat Hari Raya Warga Cherasian...Maaf Zahir Batin! Selamat bercuti...

Doa Ramadhan ke 28
Ya Allah, sempurnakanlah hidupku dengan melaksanakan amalan-amalan sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku  kepada -Mu di antara semua perantara. Wahai Yang tidak terganggu oleh permintaan orang-orang yang meminta. Amiin

No comments: