Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

18 July 2015

Sesi kaunseling murid dirogol

Selamat hari raya!
Mendapat mesej selamat hari raya dari seseorang, mengingatkan saya pada satu kes rogol yang dikendalikan oleh saya  beberapa tahun yang lepas.
Kes dirujuk oleh guru kelas kerana geram yang teramat sangat dengan murid kelasnya yang selalu ponteng sekolah dan hanya mendiamkan diri apabila disoal bertalu talu oleh guru kelasnya. Hinggalah satu hari saya sendiri melihat guru kelas ini menengkingnya dan meminta saya mengambil murid ini dengan segera kerana tidak tahan murid ini membisu seribu bahasa.


Pertama kali saya menjalankan sesi kaunseling..yes rapport sangat penting. Dia membisu seribu bahasa . Memberikan borang biodata untuk dilengkapkan dan yg menariknya murid ini merupakan anak kepada seseorang yang dikenali oleh  warga sekolah ini. Sesi pertama kaunseling murid ini banyak menundukkan muka dan menconteng kain kurungnya. Sesi kaunseling pertama hanya semata mata membina hubungan dan kepercayaan. Soalan terbuka dengan respon sangat minimum dan eye contact yang sangat minimum. Saya tau murid ini sukar memberikan kerjasama jika saya terus juga mengasak soalan. Sesi pertama berjalan dengan maklumat mengenai biodata keluarga sahaja iaitu anak kepada ibu tunggal yg menyara keluarga dan tinggal di perumahan rakyat. Tidak mempunyai kawan baik di sekolah ini menyukarkan usaha untuk meneroka cerita selanjutnya thru kawan kawan.Dari situ saya mendapat tahu bahawa murid merupakan pelajar baru di sekolah ini  yang datang ke Kuala Lumpur setelah ibu bapa bercerai. Mangsa tinggal bersama ibunya. Mangsa tidak menpunyai kawan baik di sekolah ini malah baru ingin menjalinkan persahabatan dengan kawan-kawan di sekitar kawasan perumahannya. 

Sesi kaunseling kedua diteruskan dengan sesi membina kepercayaan. Saya conquer sesi kedua dengan perkongsian pelbagai cerita dan nampak respon yg positif apabila dia mula memberi respon dengan eye contact yang lebih lama. Tetapi jari jemari masih lagi memegang kain kurungnya dan bermain main dengan kain kurungnya. Sesekali bergurau dengannya dia mula melemparkan senyuman, satu signal yg positif bagi kaunselor sebagai signal klien mula menerima untuk step seterusnya. Soalan  saya dijawab dengan respon yang lebih baik daripada sesi pertama yg amat ringkas dengan suara yang amat perlahan.

Sesi kaunseling ketiga pada hari yg lain..saya yakin murid ini sudah bersedia untuk saya meneroka lebih lanjut punca yang menyebabkannya tidak hadir ke sekolah. Saya sengaja meletakkan kerusi saya terlalu hampir dengannya hingga lutut kami bertemu. Dari mula saya mengulang ulang ayat etika kaunseling segala yang dikongsikan akan dirahsiakan. Saya menggengam tangannya dan meminta dia bernafas dengan baik. Saya hanya meminta dia memberikan kerjasama kepada saya yang akan membantunya. Saya mengulang.ayat  saya mengenai setiap murid ada masalah tetapi setiap masalah boleh dibantu jika dikongsikan. Jika tidak dikongsikan, ia tetap menjadi masalah sampai bila bila walhal masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Dia mengangguk tetapi tidak bersuara. Agak sukar murid melontarkan suara dan menyusun ayat. Saya menggunakan teknik soalan tertutup sahaja iaitu meminta murid memberi jawapan pada setiap soalan saya sama ada ya, tidak sahaja. Seperti
Adakah kamu bergaduh dengan kawan di sekolah?
Adakah kamu mempunyai masalah keluarga?
Adakah kamu mempunyai masalah dengan guru?
Saya akan berhenti sejenak dan menyakinkan murid lagi bahawa saya akan membantunya walau apa sahaja masalahnya dan berjanji tidak akan memberitahu sesiapa termasuklah ibunya apabila jawapan yang saya terima hanyalah gelengan kepala.

Adakah ada orang yang menyakiti kamu? Murid terdiam tetiba dan memandang saya tanpa mengangguk atau menggeleng. Well satu clue saya dah dapat then what?
Saya menggengam tangganya dengan lebih erat dan terasa getaran itu ditangannya dan mukanya seperti resah. Saya menggunakan tona yang rendah dan menyambung adakah kamu disakiti oleh orang lelaki ?Murid mula memandang saya tanpa berkelip…saya mula menyambung ayat saya. Cikgu akan tolong kamu. Bukan kamu seorang sahaja di sekolah ini yang ada pengalaman yang teruk..ada orang lain yang lagi dahsyat dari kamu tapi cikgu tidak akan tinggalkan kamu. Kita akan handle sama-sama. Kamu kena tolong cikgu supaya cikgu boleh tolong kamu. Then saya berkongsi pengalaman mengendalikan kes rogol,  kes pelajar mengandung dan sebagainya dan saya yakinkan dengannya tiada siapa yang tahu kerana guru kaunseling memang merahsiakannya dari orang lain.  Dan perlahan-lahan saya menembak satu soalan..adakah kamu dirogol? Tiba-tiba murid ini menangis teresak –esak dan saya terus memeluknya kerana saya pasti itulah jawapannya! Saya membiarkan murid ini menangis semahu-mahunya sehinggalah sesi penerokaan dijalankan. Mental saya agak letih untuk disesuaikan dengan gaya klien ini sewaktu sesi penerokaan.

Dari situ saya mendapat tahu bahawa murid merupakan pelajar baru di sekolah ini  yang datang ke Kuala Lumpur setelah ibu bapa bercerai. Mangsa tinggal bersama ibunya. Mangsa tidak menpunyai kawan baik di sekolah ini malah baru ingin menjalinkan persahabatan dengan kawan-kawan di sekitar kawasan perumahannya. Mangsa mempunyai seorang kenalan lelaki di kawasan perumahannya. Sewaktu hari kejadian, mereka berbual di tangga rumah pangsa itu sahaja sebelum lelaki itu mengajaknya masuk ke rumah untuk menyambung perbualan. Kejadian berlaku pada waktu siang ketika tiada orang di rumah mangsa. Ketika itulah murid dirogol dan diugut tidak menceritakan hal itu kepada sesiapa pun. Sejak itu mangsa mengaku tidak dapat tidur yang baik kerana peristiwa itu sering bermain – main di fikirannya tanpa pengetahuan sesiapa. Kelansungan untuk hidup memang rendah tetapi tidak sampai terfikir untuk membunuh diri.  Mangsa takut untuk menceritakan kepada sesiapa termasuk ibunya. Dari rumusan yang dapat saya buat ialah mangsa mudah mempercayai orag lain maklumlah dengan keadaan rupa fizikalnya yang sederhana dan pasif pula, klien akan mudah percaya dengan orang yang berminat untuk berkenalan dengannya. Pesalah pula merupakan orang yang mendekati mangsa terlebih dahulu. Pesalah menjalinkan hubungan yang baik dengan mangsa melalui beberapa kali dating bersama iaitu keluar dari rumah dan berbual –bual di sekitar perumahan sahaja. Kes ini berlaku hampir sebulan lebih, maka bagi saya memang bukti telah terhapus dan tiada saksi langsung di tempat kejadian. Namun demikian, pesalah itu tidak wajar melepaskan diri begitu sahaja dan sesuatu perlu diusahakan untuk pengadilan mangsa. Tamat sahaja sesi, otak saya ligat berfikir bagaimanakah cara terbaik untuk menyampaikan kepada si ibu. Murid merayu rayu kepada saya agar memegang janji tidak menceritakan kepada sesiapa…hmmmm. Dalam etika kaunseling, kerahsiaan akan dijaga selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada murid dan perlu dilaporkan segera jika ia mendatangkan kemudaratan kepada murid. Masalah saya sekarang , ialah memujuk murid untuk memaklumkan kepada ibunya kerana laporan polis perlu dibuat! Masalahnya apabila mangsa sendiri perlu mengingati dengan baik kronologi cerita dan mengenal pasti pesalah tersebut. Dan yang perlu saya beri masa sekarang ialah mangsa sendiri mengenali pesalah tersebut tetapi hanyalah kenalan biasa. Murid sendiri tidak pasti dimanakah tempat tinggal dan latar belakang pesalah tersebut!

Setelah tamat sesi ketiga, mangsa mula melari –larikan diri dari saya apabila saya ingin berjumpa. Walaupun kita selalu dengar, bahawa laporan perlu dibuat segera tetapi ia tidak semudah itu apabila kita mengendalikan kes ibarat menarik rambut di dalam tepung . Saya bimbang jika ibunya terus diterjah tanpa pengetahuan mangsa, ibunya pula memberikan reaksi yang negative maka yang menjadi mangsa tentulah klien walhal sokongan keluarga sangat diperlukan sekarang. Hampir seminggu saya cuba menyakinkan murid bahawa ibunya akan memberikan kerjasama yang baik kepada kami dalam mengendalikan kes ini. Akhirnya setelah seminggu, mangsa mengalah...

Now how I want to deal with her mother?
Cabaran terbesar apabila kita mengendalikan kes untuk disampaikan kepada ibu bapa. Ibu mangsa pula merupakan seorang yang dikenali oleh hampir semua warga guru disekolah ini. Sewaktu ibu khusyuk bekerja, saya mendekatinya dan memaklumkan bahawa saya ada kes yang perlu dibincangkan di Unit Bimbingan Kaunseling. Kelihatan keruh muka ibunya dan saya dapat menangkap signal itu yang ibu sudah dapat mengesyaki sesuatu yang buruk. Pukul 4 petang, apabila si ibu datang sahaja ke UBK, saya cuba dengan cara terbaik untuk memaklumkan kepada si ibu apa yang berlaku. 30 minit sesi berlangsung, si ibu hanya menangis sahaja dan memberikan respon dengan suara tersekat – sekat. Memandangkan si ibu dikenali oleh  warga sekolah, dia meminta agar dirahsiakan perkara ini dari sesiapa sahaja. Memandangkan ibu adalah ibu tunggal ia merupakan satu tamparan buatnya dalam menguruskan semua hal rumahtangga dan membesarkan anak secara sendirian tanpa idola bapa. Kelihatan penat emosinya apabila dimaklumkan dan saya pula perlu menjalankan hampir dua kali sesi konsultasi ibu untuk membantunya mengendalikan emosinya sendiri terhadap anak, terhadap pesalah dan amarahnya sendiri terhadap sokongan keluarga yang longgar.
Setelah itu, keluarga murid sendiri yang mengambil alih kes ini dan berurusan dengan pihak pihak tertentu seperti pihak polis dan pihak hospital. 

Namun setelah kejadian ini, kehadiran murid ke sekolah tidak menentu. Terlalu banyak mata pelajaran yang perlu ditelaah dengan mode kehadiran ke sekolah yang tidak menentu. Mangsa juga semakin menjauhkan diri dari rakan-rakan sekelas yang tidak banyak membantu memahaminya malah menjauhkan diri darinya juga. Dengan sikap murid sendiri yang pasif di sekolah, maka semua faktor faktor ini semakin menjatuhkan motivasinya untuk meneruskan zaman persekolahannya. Walaupun mangsa mengambil SPM, tetapi hasilnya memang tidak memuaskan.  Walaupun sesi kaunseling susulan dijalankan, ia hanya membantu mangsa untuk coping emosinya untuk menangani traumanya terlebih dahulu agar dapat tidur dalam keadaan yang berkualiti, mengembalikan keyakinan, memulihkan gaya pemakanan agar bertenaga dan tidak lesu, guru kaunseling lebih fokus kepada memulihkan aktiviti seharian yang menggangu kehidupan seharian agar tidak mengalami kemurungan. Dengan masalah tidur yang tidak menentu, mangsa sukar untuk bangun tidur di waktu pagi dan apabila berada di sekolah berada dalam mood bosan kerana semakin tidak memahami mata pelajaran, guru yang marah kerana tidak menyiapkan kerja sekolah dan kerja projek jiwa murid hanya semata-mata berada di sekolah kerana terpaksa. Hubungan yang hambar dengan rakan sekelas malah rakan di sekolah ini menyebabkan sistem sokongan emosi murid tidak berjalan dengan baik.  Namun demikian, murid mengambil jalan untuk meneruskan hala tuju hidup selepas SPM dengan mengikuti kursus kemahiran.

Sehingga kini kes ini memang tidak diketahui sesiapa pun malah dengan rakan sejawat saya sendiri ketika itu.  Saya berurusan dengan pihak Jabatan Pendidikan WPKL dan PK HEM saya sahaja untuk memberikannya excuse untuk tidak hadir ke sekolah dengan alasan bersebab tanpa ponteng untuk dua minggu setelah konsultasi bersama si ibu. Ibu mangsa masih berhubung dengan saya dan setiap kali terserempak dengan saya sewaktu hanya kami berdua sahaja bersama, ibu akan menceritakan kemajuan kes anaknya dengan linangan air mata. Hanya tiga tahun kebelakangan ini, si ibu kembali ceria bila bercakap mengenai kehidupan anaknya yang semakin baik dan kini sudah berumahtangga.

Selamat menjamu selera
Dari pagi hingga ke malam
Blurpp..blurpp..
# syukurselalu

No comments: