Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

23 July 2015

Program Juara Permata: Kaunseling Berfokus Cemerlang


Di bawah aktiviti Program Penilaian Bersepadu: Kaunseling Berfokus saya memilih 11 orang pelajar cemerlang Ting 5 sebagai murid sasaran berfokus untuk memperolehi cemerlang dalam SPM nanti. Walaupun data untuk program kaunseling berfokus tidak lagi dihantar seperti dahulu sebelum perekayasaan perkhidmatan kaunseling, tetapi saya masih lagi meneruskan projek Permata sekolah atas inisiatif bawah projek kaunseling berfokus cemerlang. Sayang pula meninggalkan sesuatu yang sudah kita mulakan atas inisiatif sendiri, oleh kerana itu pada empat tahun lepas apabila projek berkaitan kurikulum tidak lagi di bawah tanggungjawab guru kaunseling, dan pengetua meminta seseorang yang berkaitan dengan kurikulum mengambil alih teknik menjawab soalan SPM dan PMR ketika itu...perlahan-lahan saya tinggalkan tugas yang 100 % bawah tanggunjawab saya menguruskan teknik menjawab soalan SPM dan PMR ketika itu. Namun demikian projek Permata masih lagi di bawah tanggungjawab saya kerana idea penubuhan dan perjumpaan ibu bapa projek Juara Permata ini hasil inisiatif saya bersama pengetua Pn Sity Rohane ketika tahun 2008. 

Ada ibu bapa yang mengatakan, malah cakap cakap dari orang lain mengatakan mengapa murid yang sudah pandai ini perlu diberikan tumpuan? Murid yang lemah dan sederhana memang diberi fokus yang lebih selama ini untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka hingga terlupa kepada kategori murid ini. Saya lebih kepada mentor yang menguruskan emosi murid cemerlang ini di samping mengatur mentor guru yang berjumpa dengan murid ini mengikut temu janji antara mentor dan mantee bagi mata pelajaran yang masih lemah. Murid kategori lain juga dilayan sama rata tetapi dengan modul yang berbeza dan mereka tidak mempunyai mentor. Saya sentiasa berhadapan dengan masalah peribadi murid cemerlang kategori ini dalam mengurus emosi masing -masing. Saya pernah berhadapan dengan kes murid cemerlang yang black out apabila menghadapi ujian dan peperiksaan dan perlu dikonsult untuk menangani masalahnya. Ada juga kes murid cemerlang ini yang terlalu asyik dengan buku hingga tiada social life hingga menyebabkan murid mengalami masalah pasif dan ketrampilan diri. Saya juga pernah berhadapan dengan satu lagi kes murid kategori ini yang mempunyai masalah depress yang sangat teruk hingga saya terpaksa berkonsultasi dengan ibu bapa untuk merujuk kes ke psikiatris dan mengambil ubat-ubatan. Murid camerlang mempunyai satu corak tingkah laku yang sentiasa ingin menunjukkan kehebatan dan student yang perfect. Mereka tidak mahu menunjukkan kepada orang lain bahawa mereka bermasalah dan mereka pandai menyembunyikan masalah mereka. Mereka selalu hadir ke sekolah dan hanya apabila anda menjalankan sesi kaunseling kelompok dan mempunyai rapport dengan mereka, barulah mereka boleh terus ke sesi seterusnya untuk kaunseling individu. Oleh itu murid sasaran kaunseling berfokus cemerlang ini perlu mempunyai satu jadual perjumpaan berkala dengan guru kaunseling.

Yang menariknya tahun ini, projek Juara ini diperkenalkan oleh pengarah JPWPKL yang baru. Bagi sekolah-sekolah yang tidak pernah menubuhkan projek ini, segala-galanya nampak baru dan pula perancangan dari A hingga Z di tengah tahun. Tahun ini pengetua merancang strategi bersama pasukan Speed Up iaitu semua ketua bidang, saya selaku pengurus kumpulan Juara, setiausaha peperiksaan dan setiausaha program peningkatan akademik bagi membantu merangka program dan projek sebaik sahaja keputusan peperiksaan pertengahan tahun habis dianalisis. Oleh itu masuk bulan Julai sahaja, kami menggunakan jadual waktu Speed Up untuk mata pelajaran utama iaitu Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Matematik, Fizik, Kimia dan Perdagangan bagi meningkatkan peratus kelulusan dan kecemerlangan murid. Hampir tiga minggu projek ini berjalan dengan baik dan menampakkan fokus kepada kelemahan murid untuk dianalisa.

Pada mulanya projek Permata sekolah kami hanya menumpukan kepada 11 murid iaitu klien kaunseling berfokus cemerlang saya, namun apabila puan pengarah memberikan formula bilangan straight A yang sepatutnya disasarkan oleh sekolah menjadikan bilangan ahli Permata bertambah kepada 40 orang. Huhu cabaran untuk memastikan 40 orang ini memperolehi sekurang-kurangnya minimum 6A manakala batch pertama Juara Permata memperolehi straight A. Kertas kerja untuk projek Juara permata ini yang saya rancangkan pada awal tahun 2015 boleh ambil dari blog ini untuk panduan kawan-kawan kaunselor yang baru ditugaskan untuk menubuhkan projek team Juara di sekolah masing-masing. 




Perjumpaan guru kaunseling secara berkala dengan batch 1 Juara Permata
Pengetua membentangkan projek Speed Up dan Juara
Formula bagi meningkatkan peratus akademik murid
Jadual waktu untuk program speed up dan Juara
List mentor kepada group Permata Juara batch 1

7 Syawal 
Life goes on..
Whether you choose to move on and
Take a chance in the unknown
Or stay behind, locked in the past
Thinking of what could've been

No comments: