Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

21 July 2015

VLE Frog UBK SMK Cheras

Terus terang saya katakan , saya dah lama sangat tidak menjenguk ke VLE Frog. Kalaulah VLE Frog ini mudah diakses dalam handphone untuk update macam blog tu dah lama dah hari-hari saya update, memandangkan telefon saya tidak cukup pintar untuk membuka VLE Frog bagi update bahan, maka semakin lama semakin tak aktif. Tujuan saya update VLE ini sebab ada permintaan guru kaunseling dari sekolah lain yang ingin menjenguk site UBK saya di VLE Frog kerana mereka tidak mempunyai idea bagaimana membina site UBK untuk sekolah masing-masing. Ini hanyalah sebagai panduan sahaja tetapi bukanlah terbaik. Maklumlah VLE Frog ini bukan sewenang-wenang macam blog walker tu jenguk jenguk design blog orang lain. VLE Frog sangat terhad dan bergantung kepada sekolah itu sendiri dan admin site itu untuk sharing yang memerlukan prosedur klik klik yang lain pula rasanya yang mana saya sendiri tak khatam lagi bab tu :) hihi. So masing-masing syok sendiri buat site UBK masing -masing. Pengalaman saya membantu mengendalikan bengkel VLE Frog tahun lepas kepada guru kaunseling sekolah menengah , saya mendapati di Zon saya hanya dua sekolah sahaja yang mempunyai site UBK VLE Frog ini dan sekolah saya antara yang terbaik huhu pada masa itulah.  Saya harap bilangan itu bertambah tahun ini dan aktif atau tidak bergantung kepada sekolah anda sendiri bagaimana menggalakkan murid menggunakan VLE Frog dalam pdp. Jika tahun lepas sekolah saya boleh sahaja berada pada ranking ketiga atau top 20 tapi sekarang banyak pesaingan hingga tiada top 20 lagi. Ia memberikan dua petunjuk sama ada sekolah lain semakin aktif penggunaannya dan mengatasi kami atau sekolah kami yang makin lama makin kurang penggunaan VLE Frog.


1) Label site Unit Bimbingan Kaunseling memang dipaparkan oleh admin


2) Klik je label UBK tu ada paparan seperti ini

Klik folder pengurusan UBK ada paparan ini

Dokumen dalam folder pengurusan UBK

Gambar dalam folder pengurusan UBK

Folder kertas kerja

Dokumen dalam folder kertas kerja

Site Guru Penyayang dalam folder Guru Penyayang

Subtopik dalam folder Guru Penyayang

Subtopik dalam Folder Guru Penyayang

Folder PRS dengan pengisian biodata PRS

Folder saya sendiri dalam site UBK

Subtopik dalam folder saya


#Salam Aidilfiri #kosongkosong 
#demammakanbanyaktravelbanyak

No comments: