26 August 2015

Bengkel Guru Kaunseling Dan Guru Disiplin Menangani Masalah Ponteng Dan Salah Laku JPWPKL

Hari kedua bengkel perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di jalankan di Avillion Cove, Port Dickson. Hari kedua disini dimulai dengan sesi perkongsian di antara En Mohd Fauzan Bin Amran iaitu penolong pengarah kanan Unit Disiplin JPWPKL, diikuti dengan En Rofii Husin Unit Kaunseling JPWPKL, En Ghazali wakil JK Guru Disiplin dan Puan Katinah wakil JK Guru Kaunseling.
                                   
                                   

Setelah itu borang  kendiri diedarkan kepada guru kaunseling dan guru disiplin dari 23 buah sekolah yang terpilih untuk mengenal pasti sejauh mana usaha yang diadakan sekarang di peringkat sekolah bagi menangani masalah disiplin dan ponteng di sekolah masing -masing. Slot seterusnya diteruskan dengan menjalankan bengkel  dengan 9 kumpulan iaitu 5 kumpulan yg berbincang mengenai aktiviti yg dijalankan diantara guru kaunseling dan guru disiplin untuk meningkatkan kehadiran murid di sekolah. Manakala 4 kumpulan lagi yang terdiri dari JK Guru Kaunseling WPKL dan JK Guru Disiplin WPKL untuk membuat perancangan strategik mengenai kehadiran ke sekolah dan salah laku di  sekolah.
Setelah itu di sebelah petang merupakan sesi pembentangan dari 5 kumpulan yang berbincang mengenai pendekatan dan strategi untuk meningkatkan kehadiran ke sekolah.    

Sesi perbincangan berkumpulan
Sesi perbincangan berkumpulan
                                      

Hasil dari perbincangan berbengkel dalam kumpulan, setiap kumpulan perlu membuat pembentangan . Antara idea -idea yang dilemparkan ialah mengenai program bagi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan menurunkan salah laku murid ialah:

1) buku 3 5 & Parole iaitu sasaran kepada murid yang ponteng tanpa pengetahuan ibu bapa dan buku tersebut perlu ditandatangani oleh guru disiplin dan bercop dan ibu bapa dimaklumkan mengenai buku tersebut untuk menyemak kehadiran murid ke sekolah.
2) Sistem Lapor dan Pantau di mana guru mentor terdiri dari guru kaunseling atau guru disiplin. Buku log akan diletakkan sticker sebagai penghargaan jika hadir dan buku log tersebut merupakan buku laporan bersaiz A4. Jika tidak hadir, maka murid perlu membuat karangan sebagai dendaan. Buku log akan disimpan oleh mentor dan perubahan sikap yang positif akan diberikan ganjaran bukan sahaja kepada murid malah kepada mentor.
3) Sistem TELCON menerusi panggilan telefon kepada ibu bapa murid berisiko. Bayaran sistem ini akan diminitkan dalam yuran tambahan PIBG.





  1. Malam adalah slot luahan atau perkongsian mengenai masalah yang melibatkan antara guru disiplin dan guru kaunseling. Antara isu yang penting mengenai kolaborasi atau MOU antara dua buah sekolah bagi menangani masalah ponteng sekolah, kesalahan berat atau dibuang sekolah. Ini bermakna murid bermasalah akan saling bertukar antara dua sekolah tersebut sehingga murid itu menunjukkan tingkah laku yang positif pada tempoh masa yang ditetapkan , barulah boleh diterima masuk semula ke sekolah asal.
  2. Selain itu ialah SOP yang perlu dijaga oleh guru kaunseling mengenai pemantauan 6 bulan murid kes rayuan sekolah semula di mana murid tersebut perlu hadir bersama ibu atau bapa dan satu surat akujanji atau perjanjian komitmen antara ibu bapa dan pihak sekolah untuk hari pertama pendaftaran setelah diterima masuk ke sekolah semula . Perjanjian perlu diadakan bagi menangani masalah murid.
  3.  Isu APDM juga adalah isu yang serius kerana APDM perlu di key in sebelum pukul 9.00 pagi. Jika murid lewat walaupun selepas pukul 9.00 pagi, kehadiran masih dikira tapi pada register diletakkan L dan masih dikira hadir pada buku kehadiran manual biasa. 
  4. Bagi kes murid yang mewakili sekolah untuk program KPM dianggap hadir tetapi W iaitu wakil tetapi jika melibatkan program anjuran bukan KPM , dianggap tidak hadir.
  5. Dasar guru kaunseling sepenuh masa melibatkan guru yang tidak mengajar, tetapi bagi kes ketua guru disiplin sahaja yang mengajar kurang dari 20 masa, diharapkan agar ketua guru disiplin bagi semua sekolah JPWPKL mendapat waktu mengajar kurang dan tidak dibebankan dengan jawatan khas berat yang lain.
  6. Program usahasama dengan PIBK di kawasan kejiranan perumahan awam yang berdekatan dengan sekolah bagi isu murid ponteng dan prihatin dari penduduk kawasan tersebut.
  7. Seorang murid yang dibuang tidak diterima masuk ke sekolah lama semula jika menggangu ketenteraman guru dan murid sekolah tersebut.


Recall a happy time,
With this significant view,
Avillion Cove,Port Dickson.





 

Telegram Channel