25 August 2015

Bengkel Perekayasaan Pengurusan Disiplin Dan UBK WPKL

Hari ini masuk sekolah separuh hari hingga pukul 11.00 pagi untuk mengikuti program di Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan selaku fasilitator bengkel perekayasaan pengurusan disiplin dan kaunseling peringkat JPWPKL. Program ini melibatkan 23 buah sekolah di WPKL yang menghantar dua orang guru iaitu satu dari guru kaunseling dan satu lagi dari guru disiplin dari setiap sekolah yang terpilih. Objektif bagi wakil sekolah -sekolah tersebut ialah berbincang dan berbengkel mengenai program yang telah dijalankan di sekolah masing- masing bagi menangani masalah ponteng di sekolah mereka manakala bagi 20 peserta lagi terdiri dari AJK Guru Kaunseling Kuala Lumpur dan AJK Disiplin WPKL untuk berbengkel mengenai perancangan strategik menangani masalah ponteng dan disiplin.

Taklimat housekeeping di sebelah petang diadakan oleh En Fauzan selaku penyelaras program dan merupakan pegawai Unit HEM

Pada pukul 8.30 malam hingga 10.20 malam aktiviti ice breaking diadakan oleh Puan Katinah Bt Md Dom guru kaunseling yang mengendalikan sesi ini dan dibantu oleh 4 orang fasilitator guru bimbingan dan kaunseling. Aktiviti yang dijalankan bagi mengenali guru kaunseling dan guru disiplin di WPKL dan membina kejelekitan agar dapat bekerjasama dan berkomunikasi dengan lebih berkesan sepanjang bengkel yang akan dijalankan. Di penghujung ice breaking, kami membuat kejutan kepada peserta yang menyambut hari lahir pada bulan Ogos dengan membawakan kek coklat yang sangat sedap anjuran fasilitator program dan diiringi dengan nyanyian selamat hari jadi. 

Fasilitator bermesyuarat sebentar selepas tamat bengkel untuk memastikan tugas masing-masing.

Terapi memandu jarak jauh
Lalalalalala

                                      


 

Telegram Channel