21 August 2015

Day Trip Tamparuli-Pekan Nabalu-Kinabalu Park-Poring-Kundasang


Hari ketiga kami bertolak dari Kota Kinabalu ke Kundasang pada pukul 8.00 pagi. Dalam perjalanan kami singgah di Jambatan Gantung Tamparuli, lagu yang sangat popular dari suku kaum Kadazandusun. Jambatan Gantung ini masih dilalui oleh pejalan kaki dan sewaktu kami menggunakan jambatan ini, terdapat murid sekolah yang juga menggunakannya tanpa gayat sekali yang menunjukkan kebiasaan mereka menggunakan laluan ini berbeza dengan kami yang bimbang meniti jambatan ini yang bergoyang begitu kuat jika berjalan laju. 


                                         
      

                                         
Perhentian kedua di Pekan Nabalu yang boleh menyaksikan pemandagan indah Gunung Kinabalu tetapi memandangkan selepas gempa bumi, kelihatan batu batu putih dari jauh yang dahulunya kehijauan.Seakan menggambarkan kepada kami kecederaan parah yang dialami oleh gunung ini. Selepas puas menyaksikan panorama alam, kami ke gerai kraftangan Pekan Nabalu yang terkenal dengan kraftangan traditional. Pelbagai barang dijual seperti beg, keychain, alat muzik dan kraftangan kayu. Oh ya di sini juga terkenal dengan buah nanas yang manis dan membeli adalah satu kewajipan.

Pemandangan Gunung Kinabalu 
Menghayati pemandangan indah
                   

Pekan Nabalu

Pemanduan selama 30 minit yang berikutnya kami ke Kinabalu Park. Terletak di ketinggian 1,585 meter Kinabalu Park ini merupakan pintu masuk untuk ke Gunung Kinabalu. Perhentian ketiga ialah di Ladang Lembu Mosilou kira-kira 8 km dari Kundasang yang diusahakan oleh Desa Berhad. Lembu dari baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia.  perhentian seterusnya di Poring











Perhentian ketiga ialah di Ladang Lembu Mosilou kira-kira 8 km dari Kundasang yang diusahakan oleh Desa Berhad. Lembu dari baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia.  Sewaktu kamiingin bertolak dari sini, hujan sudah mula turun dengan angin yang kuat. Cuaca yang mencengkam! Saya berpeluang melihat bagaimana proses memerah susu lembu di stesen. Kelihatan lembu lembu tersebut telah dilatih untuk masuk ke dalam ruang memerah susu dan automatik memahami pergerakan keluar dari kawasan itu setelah proses memerah susu selesai. Berpeluang ke kedai untuk membeli produk susu lembu ini dan merasai keenakan produk tempatan berasaskan susu dari yogurt, susu, puding dan pelbagai lagi.






Perhentian seterusnya di Poring . Air panas yang mempunyai suhu berbeza bergantung kepada kolah yang digunakan. Kolam mandi digunakan untuk merendam kaki, merendam badan dalam kolah atau mandi. Ruang mandi yang agak terbuka untuk digunakan oleh sesiapa sahaja pelawat di situ. Memandangkan saya tidak berminat untuk merendam kaki, maka saya lebih berminat dengan tracking di dalam hutan sambil menikmati panorama indah hutan yang kehijauan untuk menuju ke air terjun yang berhampiran. 

Poring

Hiking ke Air Terjun



Memandangkan hari sudah beransur gelap walaupun pukul 6.00 petang kami meneruskan perjalanan ke homestay dan makan malam di tengah jalan.
Homestay di Kundasang

Superb view to enjoy
Subhanallah
 

Telegram Channel