22 August 2015

Day trip to Pulau Manukan, Sabah

Hari ini kami akan bertolak balik ke Kota Kinabalu dari Kundasang, Sabah untuk menaiki kapal terbang pada pukul 11.00 pagi.  Perjalanan 2 jam dan menunggu kapal terbang pula sempatlah saya update cerita mengenai trip kami di sini. Hari kedua selepas sesi lawatan ke Universiti Malaysia Sabah selama hampir 3 jam maka pada pukul 12.00 tengah hari, sempat lagi kami mengambil pakej ke Pulau Manukan, Sabah untuk menikmati pemandangan laut Sabah yang begitu mempesonakan. Menaiki bot selama 15 minit dari jeti dengan laut yg agak bergelora seperti adengan yg mencemaskan menaiki roller coaster. Huhu..snorkeling di laut antara satu sebab trip ini lengkap kerana Sabah terkenal dengan laut yang cantik dan gunung ganang yang cantik. Oleh itu ke gunung dan ke laut adalah sesuatu yang wajib dilawati jika anda ke Sabah. 

Disini juga terdapat chalet, namun demikian kerana jarak yang dekat dengan pantai hanya 15 minit menaiki bot maka Pulau Manukan ini tidak banyak menyediakan kemudahan chalet dan pulaunya kecil sahaja di mana anda boleh bersiar -siar dan mendapati dengan berjalan kaki 5 minit sahaja ke belakang anda dapat menikmati laut di sebelah belakang anda pula. Terdapat banyak restoran dengan pelbagai menu dan gerai makanan biasa juga terdapat di situ. 

Happy birthday
To Honey Bunny
Looking for the strawberry cheese pie :)

                             

Jom snorkeling
Sedia berlepas
                                          
 

 

Telegram Channel