9 August 2015

DWEN: Penghargaan Warga Emas

Sempena open house SMK Cheras program RIMUP Merdeka Aidilfitri 2015, UBK menjemput Warga Emas untuk bersama -sama memeriahkan suasana di sekolah. Oleh kerana projek DWEN di bawah Jawatnkuasa Unit Kaunseling dan guru kaunseling iaitu Cikgu Rozi bertindak selaku penyelaras DWEN (Dasar Warga Emas Negara), manakala guru kaunseling lain selaku AJK. Maka aktiviti penghargaan warga emas adalah aktiviti yang terbaik untuk dijalankan sewaktu majlis ini. Penghargaan slot selama 5 minit diberikan kepada Encik Mohamad Sidek Bin Dollah selaku bekas pengetua SMK dan bekas guru sekolah ini, untuk menyampaikan ucapan yang menyentuh mengenai kemerdekaan dan perpaduan berdasarkan pengalamannya. Selain itu, kami juga menjemput 2 orang lagi warga emas yang terdiri dari nenek murid SMK Cheras untuk turut hadir dan memeriahkan suasana dan diberi penghargaan di atas pentas oleh Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum (PK1) berupa wang tunai RM 100 seorang, barang iringan seperti kain pelikat atau telekung dan sijil penghargaan. Warga emas juga diraikan bersama tetamu kehormat dengan duduk semeja bersama untuk layanan VIP oleh pihak sekolah. 

Objektif majlis ini dijalankan agar warga sekolah iaitu murid, ibu bapa dan guru menyedari bahawa warga emas adalah insan yang masih boleh menyumbang nasihat dan produktif. Mereka wajar dihormati, tidak disisihkan dan dihargai sebagai ahli masyarakat yang masih menyumbang dalam masyarakat malah pernah menyumbang sewaktu muda mereka dan diuji masalah kesihatan sewaktu tua. Hargailah mereka selagi mereka masih hidup kerana setiap insan akan melalui pusingan hidup yang sama selagi masih bernyawa hingga ke tua. 

Son may grow into men
And grow out of their toys
But in the hearts of mother
You are still my little boy
Happy birthday Farietz
Turn 12 today
#demandcelebratewithKFC
#peminatsetiaKFCdarikecik




Penyampaian cenderamata oleh PK Tadbir & Kurikulum

Ucapan tema RIMUP Merdeka Aidilfitri
Penyampaian cenderamata

Penyampaian cenderamata

Jamuan makan di khemah ibu bapa dan guru
Majlis makan bersama VIP

Sesi fotografi bersama warga emas



 

Telegram Channel