5 August 2015

Isu Perkhidmatan Kaunseling Ogos/2015

Pagi ini ke UCSI pula untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Guru Kaunseling Kuala Lumpur di Taman Connought je. Hari ini adalah kali pertama Penolong Pengarah Bimbingan Dan Kaunseling Sektor Pembangunan Pengurusan Kemanusiaan JPWPKL memberikan taklimat kepada Jawatankuasa MGKKL WPKL.  

Antara perkara yang dibincangkan ialah:
1) Laporan aktiviti  GBK peringkat  Zon ke Unit Hal Ehwal Murid JPWPKL
2) Program Juara : GBK Sekolah Menengah selaku penyelaras
3) Audit negara akan turun ke sekolah
4) Sektor Pembangunan Pengurusan Kemanusiaan Bagi Unit Disiplin diterajui oleh En Fauzan
5) Buku panduan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling yang terbaru perlu diambil di JPWPKL. Buku panduan yang lama dengan sendirinya tidak digunakan lagi. Rujukan mengenai perkhidmatan kaunseling dirujuk pada buku panduan tersebut.
6) Pelaporan Bimbingan dan Kaunseling perlu dihantar iaitu
  • Laporan Perkhidmatan BnK dengan tapak key in yang baru menggantikan tapak L4/L8
  • Laporan Guru Penyayang
  • Laporan DWEN (bergambar)
  • Saringan Minda Sihat
7) Data di atas perlu dihantar oleh guru kaunseling kepada Zon pada 18 Ogos 2015 dan peringkat Zon menghantar kepada PPW  pada 25 Ogos 2015.
8) Gambar -gamabar program perlu disimpan untuk didokumentasikan
9) Pada 17 Ogos 2015, setiap sekolah Zon Pudu perlu menghantar wakil untuk key in pelaporan data di SMAWPKL.
10) Buku rekod perkhidmatan perlu dilengkapkan semua data yang diminta dalam buku rekod
11) Duit PCG Kaunseling perlu dihabiskan agar tidak ditarik balik 
12) Dalam perancangan agar program Guru kaunseling Sekolah Rendah bersama Guru Kaunseling Sekolah Menengah selaku mentor.

PBPPP
1) Mengendalikan sesi kaunseling boleh dikenal pasti melalui rujukan senarai buku daftar sesi kaunseling. Borang kepuasan pelanggan atau klien melalui borang penilaian boleh diwujudkan antara alternatif untuk mengetahui keberkesanan sesi kaunseling.

2) Kaunseling berfokus masih diteruskan dengan 3 bidang utama iaitu akademik, disiplin dan PPDa.

Psikometrik
1) Hasil dari ujian psikometrik perlu dibincangkan bersama guru mata pelajaran. Satu salinan perlu diberikan kepada Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum. 
2) Guru kaunseling mengeluarkan pelaporan untuk pihak yang sepatutnya. 

Amalan Terbaik Kaunseling Dan Disiplin
1) PPW perlu mencari wakil untuk kategori yang dipertandingkan mewakili PPW masing-masing.
2) Surat mengenai amalan terbaik telah diemailkan oleh JPWPKL dan sekolah yang berminat untuk menyertainya perlu menyediakannya dalam jangka masa 1-10 September 2015 untuk dipilih di peringkat PPW.

Lain -Lain
1) Kekosongan GBK di Asrama 1 Malaysia
2) Sektor Pengurusan sekolah yang bertanggungjawab dengan urusan pertukaran guru.22 guru kaunseling baru akan ditempatkan . Kekosongan tempat sebagai GBK di sesebuah sekolah bergantung kepada ABM sekolah tersebut. 
3) Surat perlantikan guru kaunseling sepenuh masa perlu disediakan oleh PPW.
4) Guru bimbingan sekolah rendah sangat diperlukan. Jika ada rakan guru yang mengikuti kursus 14 minggu untuk pendidikan kaunseling. lantikan boleh dibuat sebagai guru kaunseling di sekolah rendah. 
5) Data guru kaunseling yang bertukar atau berpindah , pentadbir perlu memaklumkan kepada Sektor Pengurusan Sekolah untuk diambil tindakan penempatan baru. 
6) Bengkel Perekayasaan UBK untuk MGK Negeri dan Disiplin Negeri di Port Dickson pada 25 -27 Ogos 2015.

Congrats Azfar!

2 comments

kursus 14M b&K dikira conversion course or not?

Lulus kursus 14 minggu BnK boleh dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa.di sekolah rendah.

 

Telegram Channel