19 August 2015

Lawatan Penanda Aras Kaunseling di SMK Tenghilan, Sabah

Hari ini rombongan guru kaunseling Zon Pudu berpeluang ke SMK Tenghilan, Tuaran Sabah yang merupakan tempat ketiga Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan tahun 2014. Jika pertengahan tahun kami berpeluang ke SMK Jalan Tiga, Bangi dan menyaksikan inovasi sistem minat kerjaya murid dan laluan kaunseling yg begitu gah hingga menarik murid untuk ke bilik kaunseling, di sini pula kekuatan kepada pelbagai jaringan dengan orang luar untuk mendapatkan tajaan  bagi mendapatkan  one stop centre bagi unit bimbingan dan kaunseling.  Bilik kaunseling di sekolah ini kecil sahaja dan koridor serta ruang kosong di hadapan bilik kaunseling telah diubahsuai dengan kos yg ditaja oleh pelbagai syarikat korporat bagi tanggungjawab sosial. Ruang ini dinamakan one stop centre dengan pelbagai info menarik mengenai kaunseling, kerjaya, motivasi dan hasil kreativiti tangan murid. Ruang ini juga terdapat pentas kecil untuk murid mengasah bakat dan menghiburkan. Terdapat tv plasma juga di situ dan kini tempat tersebut merupakan tempat yang paling dikunjungi oleh murid. Barisan ahli PRS yang mantap membangunkan kawasan sekolah dan dilatih oleh 10 AJK Guru PRS. UBK sekolah ini sentiasa menerima anugerah dari pelbagai pihak peringkat PPD dan JPN Sabah. Kuota ahli PRS diambil dari 10 peratus ahli yg cemerlang sahsiah dan cemerlang akademik, 70 peratus dari sederhana sahsiah dan sederhana akademik, 18 peratus yang high risk, dan 2 peratus dari murid istimewa. PRS mereka juga mempunyai alat mainan muzik dari buluh dan dimainkan oleh ahli PRS bersama rakan.
PRS mereka juga menyertai pertandingan Toyota Eco dan layak hingga ke peringkat antarabangsa di Jepun kerana inovasi yg dijalankan iaitu menukar rupabentuk terowong pejalan kaki yg buruk dan gelap menjadi sarang aktiviti tidak sihat kepada terowong yg ceria dengan terapi seni hasil lukisan murid murid yg sebahagian besarnya ahli PRS dan menukarkan taman sekeliling kepada taman yg ceria.
#dizzy#nosleep#idea
Dihadapan projek Toyota Eco

Sesi bergambar bersama warga UBK 

Taklimat dari Encik Stanley


Persembahan pemuzik PRS


Susunatur fail

Kreativiti PPDa juga diselitkan
TV Plasma disediakan untuk tayangan



Mendapat pengiktirafan MBOR

Contoh dokumnetasi pertandingan amalan terbaik

Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum


Ruang One Stop Center

CD Lagu hasil muzik dari PRS dan murid SMK Tenghilan
Terowong pejalan kaki yang dulunya suram telah dinaik taraf

Projek PRS dengan Toyota Eco
 

Telegram Channel