8 August 2015

Sambutan RIMUP Merdeka Aidilfitri 2015




Sambutan RIMUP Merdeka Aidilfitri berjalan dengan baik. Walaupun pada mulanya saya dah cuak dengan hujan lebat di awal pagi, namun pada pukul 8.00 pagi hujan beransur renyai dan kami memulakan program dengan bulan kemerdekaan . Seperti yang telah saya sebutkan dalam entri blog saya sebelum ini, program ini mempunyai 5 pakej iaitu projek RIMUP kokurikulum di mana guru kaunseling selaku AJK, Projek Guru Penyayang dimana saya master mind, Projek DWEN dibawah UBK juga di mana Cikgu Rozi selaku penyelaras, Projek KSIB kerjasama swasta dan  ibu bapa di bawah penyelaras UBK juga dan bulan kemerdekaan di bawah panitia Sivik. Oleh kerana 4 projek di bawah UBK, saya selaku setiausaha dan naib setiausaha ialah setiausaha kokurikulum. 
Projek hari ini ialah idea dari puan pengetua sendiri. Memandangkan idea asal saya hanyalah RIMUP melalui aktiviti mentor mantee dan Projek Guru Penyayang sambutan Aidilfitri secara tertutup dengan warga sekolah. Tetapi pengetua menambah pakej kepada 5 projek sekaligus menjadikan ia projek mega sekolah. Sejak dua minggu lepas, urusan saya di sekolah banyak fokus kepada projek ini sahaja. Alhamdulillah direalisasikan juga pada hari ini! 


Pendaftaran program

Persembahan bulan kemerdekaan
Sambutan perasmian
Sambutan perasmi
Ucapan VIP dan Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum
Pelancaran perasmian program
Pelancaran program
Pertukaran cenderamata antara Jabatan Penerangan
Photo booth inisiatif Cikgu Padali
Photo booth 
Pertandingan badan beruniform
Pertandingan persembahan badan beruniform
Pertandingan badan beruniform
Pertandingan mewarna
Jamuan makan bermula
Dekorasi khemah Hari Raya

Kehadiran terbaik: Kadet Polis
Anugerah busana perempuan terbaik
Insentif hadiah kelas 4K1 terbaik hiasan kelas dan unit pusat sumber
terbaik hiasan bilik khas tema Hari Raya Aidilfitri
Insentif hadiah busana lelaki terbaik
Pertandingan mewarna
Program KSIB: Ibu bapa selaku urusetia pertandingan
Juruacara berbilang bangsa

Guru dan ahli pasukan PKBM
Ahli pasukan Kadet Polis dan urusetia pertandingan mewarna


ATURCARA PENTADBIRAN
PROGRAM RIMUP MERDEKA AIDILFITRI
DAN
PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMK CHERAS



7.30 pagi
·        Pendaftaran murid di stesen mengikut badan beruniform masing – masing.
·        
7.50 pagi
·        Pergerakan semua murid ke Dataran Perhimpunan dan duduk di dalam khemah badan beruniform masing-masing

8.00 pagi
·        Program Bulan Kemerdekaan
8.45 pagi
·        Persiapan Jamuan Merdeka Aidilfitri
9.00 pagi
·        Persembahan Merdeka Aidilfitri 

·        Ketibaan tetamu jemputan dan ibu bapa
9.30 pagi
·        Ketibaan Tetamu Kehormat

           Tn. Haji Shah Bani Bin Saad
           Timbalan Pegawai Penerangan Kawasan
           Jabatan Penerangan Malaysia.


·        Nyanyian Lagu Negaraku

·        Bacaan Doa

·        Ucapan  Pengetua SMK Cheras

·        Ucapan  Tetamu Kehormat dan pelancaran program RIMUP Merdeka Aidilfitri
             dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015.
  • Gimik pelancaran program

·        Penyampaian cenderamata daripada Jabatan Penerangan kepada pihak
             Sekolah

·        Penyampaian cenderamata daripada Jabatan Penerangan kepada PIBG
·        Penyampaian cenderamata daripada Pengetua kepada Tetamu Kehormat.

·        Slot  Dasar Warga Emas Negara (DWEN):Penghargaan Terhadap Warga Emas

·        Memperkenalkan Encik Mohamad Sidek Bin Dollah selaku wakil DWEN yang hadir serta latar belakang

             Ucapan Encik Mohamad Sidek Bin Dollah

                  Penyampaian hadiah kepada Warga Emas

10.00 pagi
·        Jamuan Merdeka Aidilfitri bermula

10.30 pagi
·        Pertandingan Persembahan Merdeka Aidilfitri 


11.45 pagi


12.20 tengah hari
         
            gotong royong membersihkan rumah terbuka.


·        Penyampaian Hadiah
   -  Pertandingan Mewarna Sehati Sejiwa
              - Busana Tradisional Terbaik
              - Kehadiran Badan Beruniform Terbaik
              - Rumah Terbuka Tercantik
              - Rumah Terbuka Paling Sopan dan Mesra  Tetamu
              - Rumah Terbuka Juadah Paling Pelbagai
             -  Rumah Terbuka Juadah Paling Istimewa
             -  Persembahan Badan Uniform  Terbaik


12.50 tengah hari
·     Bersurai






     Keep calm
     Alhamdulillah berjalan baik
     Terima kasih warga Cherasian!
 

Telegram Channel