11 August 2015

Taklimat Fasilitator Program Perekayasaan Perkhidmatan Kaunseling Dan Disiplin JPWPKL

Barisan fasilitator program : JK Disiplin dan Kaunseling JPWPKL

Pagi ini saya mendapat relief untuk kelas 5V1 pada masa pertama dan kedua. Saya baru berkira nak memberikan tazkirah pada kelas ini memandangkan antara kelas yang mempunyai kehadiran yang tidak mencapai sasaran 85% peratus dan zoom masalah murid yang selalu tidak hadir ke sekolah dalam kelas ini. Belum habis masa kedua, saya menerima surat dari JPWPKL ke taklimat fasilitator program perekayasaan perkhidmatan kaunseling dan disiplin peringkat negeri JPWPKL pada pukul 8.30 pagi. Namun objektif saya untuk relief kelas ini tercapai. Well, keluar lagi hari ini dan sempat saya mesej pegawai JPWPKL kerana kehadiran saya yang lewat kerana baru menerima surat.

Taklimat mengenai perjalanan program yang akan kami jalankan di Port Dickson pada 25 hingga 27 September nanti. Sasaran program ini kepada JK MGK Negeri dan JK Disiplin Negeri seramai 20 orang untuk berbincang penambahbaikan program 2015 untuk dimurnikan pada tahun 2016. Manakala 64 orang peserta lagi terdiri dari guru kaunseling dan guru disiplin sekolah-sekolah yang terpilih kerana mempunyai rekod kehadiran ke sekolah yang terendah dalam PPW masing-masing. Melalui aktiviti bengkel yang akan dijalankan dapat mengenalpasti masalah, punca dan aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut untuk mengatasi masalah ponteng di sekolahnya. Selain itu, aktiviti pembentangan yang akan dijalankan memberikan idea kepada para peserta alternatif lain yang boleh digunakan untuk membantu murid sekolahnya. 

Hujan lebat, basah kuyup
Bersin..bersin..bersin
Wooo bad sign..

Draf borang pemastian kendiri

Jadual program
Pegawai Unit Disiplin dan Unit Kaunseling JPWPKL
 

Telegram Channel