Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

28 September 2015

Pemurnian bahan pertandingan pengurusan kaunseling terbaik JPWPKL

Pagi ni sekolah ditutup dan semua orang bercuti tetapi saya dan Padali ke Asrama 1Malaysia untuk projek memurnikan bahan pembentangan dan dokumentasi pertandingan pengurusan kaunseling terbaik. Laluan mudah bagi kami apabila hanya kami yang wakil untuk pertandingan pengurusan terbaik. Ini bermakna tiada pesaing langsung. Dan menambah menariknya hingga kepala saya berdenyut apabila pegawai PPD dan JPN berminat dgn inovasi e dashboard untuk menyertai pertandingan amalan terbaik program kaunseling. Wah dari dua pertandingan yg kami sertai iaitu satu di bawah BPSH dan satu lagi di bawah Bpsk dan sekarang permintaan menjadikan 3 kategori pertandingan. Persoalan yg perlu ditimbang tara yg manakah perlu ditarik ke pertandingan amalan terbaik samaada projek Zoom atau inovasi edashboard. Para penilai meminta projek Zoom sebagai amalan terbaik manakala saya lebih berminat untuk menjadikan edashboard sebagai amalan terbaik memandangkan projek inovasi ini boleh berdiri dengan sendirinya dan meningkatkan peluang kejayaan untuk dua kategori pertandingan. Orait jumpa lagi 30 September untuk penilai dari pegawai JPN dan PPW memilih secara muktamad siapa yang patut terpilih.

Sign of stress
Headache !!

No comments: