5 September 2015

Persiapan Pertandingan Pengurusan Kaunseling

Semalam ialah dateline yang diberi oleh pegawai kaunseling PPW Pudu untuk menghantar penyertaan bersama bahan sokongan pertandingan pengurusan kaunseling terbaik. Pertandingan ini mula dijalankan pada tahun ini peringkat kebangsaan dan saya tidak dapat merujuk kepada sesiapa pun bagaimana penyediaan kreativiti untuk dokumentasi dan bahan sokongan pertandingan pengurusan kaunseling. Maka pandai pandailah menyediakan bahan berdasarkan penilaian pemarkahan berdasarkan entri blog saya sebelum ini di bawah tajuk pemarkahan penilaian pertandingan amalan terbaik dan pengurusan kaunseling terbaik. Sempat menyiapkan dokumentasi penyertaan sebelum dateline dan sekarang kami sedang menumpukan kepada keceriaan dan rupa baru bilik kaunseling yang lebih segar mata memandang dengan susunatur dan hiasan baru. Sekarang tunggu untuk peringkat saringan jika ada rezeki kami ke peringkat seterusnya. Doakan yang terbaik untuk kami :)


Di bawah ini saya share abstrak dokumentasi kami.

ABSTRAK
          Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Cheras diterajui oleh 4 orang guru kaunseling sepenuh masa yang berpengalaman yang terdiri dari Puan Nurhaiza Bt Che Mat selaku ketua guru kaunseling yang bertugas di sesi pagi bersama Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat, Puan Rozinani Bt Awang selaku guru kaunseling sesi petang bersama Puan Raudzah Bt Ab Rahman yang juga guru kaunseling sesi petang. Pengurusan perkhidmatan UBK SMK Cheras adalah di tahap cemerlang berdasarkan pemantauan dan penilaian peringkat KPM, JPWP dan pihak sekolah sendiri. Pelbagai pengiktirafan yang diterima sama ada bagi anugerah kepada guru kaunseling mahu pun sebagai sebuah unit iaitu anugerah terhadap UBK sendiri. Kepercayaan pihak pentadbir kepada guru kaunseling juga adalah tinggi berdasarkan jawatan-jawatan khas yang utama di sekolah diterajui oleh guru kaunseling. Guru-guru kaunseling juga aktif dalam menjalankan kajian tindakan untuk penambahbaikan terhadap dasar sekolah. Selain itu, pelbagai aktiviti dan program dijalankan oleh guru kaunseling adalah inisiatif dari UBK sendiri selain dari aktiviti wajib yang dijalankan. Inisiatif program yang diusahakan sendiri merupakan kelainan dari UBK sekolah lain yang menyebabkan UBK SMK Cheras sering menjadi rujukan sekolah-sekolah di JPWPKL seperti projek Zoom, projek Operasi Sistem Lewat, program pemantapan sahsiah dan projek Minda Sihat. Kepakaran yang ada pada guru kaunseling sekolah ini disumbangkan dalam JK Guru Kaunseling Pudu dan JK Guru Kaunseling WPKL. UBK SMK Cheras juga sering mencipta kreativiti dan inovasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan UBK kepada warga sekolah. Antaranya Sudut Dan Laluan Minda Sihat sejak tahun 2013, mencipta blog UBK sejak 2012 dan blog perkhidmatan kaunseling guru kaunseling sendiri dan yang terkini dalam proses mencipta sistem untuk memudahkan rujukan murid kepada guru kaunseling.

Jom Matta Fair!


2 comments

puan..boleh share komponen penting yang ubk SMK Cheras tekankan untu pengurusan kaunseling terbaik?


Keberhasilan ada 35 markah yang itu yang paling ditonjolkan terutamanya 2 projek utama perkhidmatan yang dijalankan UBK iaitu ZooM dan Operasi Lewat dengan cerita secara terperinci dua projek itu mengenai impak dan nilai tambah dibawah bidang peningkatan disiplin murid. Bagi kajian tindakan juga akan menyentuh mengenai dua projek ini dan inovasi pula lebih kepada pengurusan data 4 kaunselor di bawah satu dashboard. Yang penting borang panduan pemarkahan pertandingan ini yang saya dah upload dalam entri sebelum ini kena follow skema itu.

 

Telegram Channel