Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

15 September 2015

Sekolah Ditutup Isu Jerebu




Saya baru sahaja meluahkan kebimbangan dengan tahap bacaan IPU dan baru sahaja semalam saya membatalkan projek PRS ke Hulu Langat hari Rabu ini kerana banyak melibatkan aktiviti outdoor tetapi meneruskan aktiviti PRS Tingkatan 5 dengan aktiviti indoor sahaja di dalam dewan di Resort Hulu Langat. Tetapi memandangkan hari ini sekolah ditutup berikutan arahan KPM pada malam tadi yang menviralkan arahan tersebut, maka hari ini sekolah ditutup. Dengan secara rasminya saya terpaksa membatalkan juga projek indoor PRS dan redha sahajalah duit deposit booking sejak bulan lepas lupus begitu sahaja. Namun apabila sekolah di Selangor juga diarahkan ditutup,maka saya memohon jasa baik pihak resort menimbangkan keadaan kami. Alhamdulillah pihak kem membenarkan kami menanguhkan tanpa lupus bayaran deposit RM 1,000. Pagi ini bersiap ke sekolah seperti biasa dan menunggu di hadapan pintu pagar sekolah untuk memaklumkan kepada murid agar mereka boleh balik ke rumah memandangkan sekolah ditutup. Mungkin masing-masing tidak menonton televisyen atau mendengar radio bahkan tidak mempunyai media sosial maka terlepas pandang. Hampir 10 orang juga saya meminta mereka balik bersama penjaga yang sudah semestinya juga tidak perasan sekolah ditutup. Kesempatan yang ada hari ini, kerja macam hari biasa hingga pukul 4 petang, kami geng guru kaunseling pulun persiapan pertandingan inovasi yang akan dipantau oleh ketua sektor Bpsk hari Khamis nanti. 

Yang menariknya hari ini di surat khabar dan online akhbar ada menunjukkan murid -murid sekolah saya yang memakai mask sewaktu balik sekolah semalam. Mask tersebut diedarkan secara percuma kepada murid-murid sekolah.



Lunch with bestie 
Leisure at Ayam Kampung Medan
After a long time...


No comments: