20 September 2015

Seminar Hala Tuju Kerjaya 2015

 

Seminar Teknik Menjawab Peperiksaan SPM & Halatuju Kerjaya 2015 yang dianjurkan oleh DBKL yang membuat kelas tambahan Nadi di sekolah - sekolah terpilih telah berlangsung di Institut Latihan Dewan Bandaraya yang terletak di Cheras. Hari ini saya dijemput untuk menjalankan slot ceramah berkaitan dengan hala tuju kerjaya murid SPM. Menyampaikan ceramah berbantukan powerpoint menyebabkan saya perlu menggoogle pelbagai bahan interaktif slaid share dan update powerpoint terkini mengenai pelbagai sistem halatuju murid selepas SPM. Dalam entri blog saya sebelum ini, saya fokus mengenai SPM Serendah 3 kredit dan gagal : Institusi Untuk Dituju. Maka selepas ini saya sedang mengumpul bahan untuk SPM Minimum 5 Kredit : Institusi Untuk Dituju. Majoriti murid yang hadir hari ini ialah dalam kalangan murid kategori ini dari analisa soal jawab yang ringkas. Yang penting walau apa sahaja result yang murid perolehi, ada sahaja jalan untuk menyambung pelajaran bak kata pepatah di mana ada kemahuan , disitu ada jalan walaupun murid tersebut gagal SPM.


Allah,
If I hurt others 
Give me the strenght to apologize
And...
If others hurt me 
Give me the strenght to forgive



 

Telegram Channel