13 September 2015

Surat Siaran KPM 17/2013. Isu Jerebu


Hari ini ialah hari yang paling busy melihat IPU indeks dari semasa ke semasa sejak pukul 5 petang. Cuaca diluar yang semakin teruk hingga waktu tengah hari umpama dah pukul 6 petang. Apabila berita memaparkan bahawa jika IPU 200 sahaja sekolah boleh ditutup, maka saya terus mencari surat siaran yang terkini. Sebagai guru kaunseling, ia merupakan satu dilemma apabila jerebu melanda. Ini kerana banyak program minggu ini yang memerlukan pergerakan keluar sekolah dan ada yang membawa murid. Pernah berlaku isu jerebu ini dahulu, saya terpaksa bertarik tali dengan pihak konsultan kem sama ada proceed tapi dengan risiko jika tarikh itu tiba - tiba IPU naik maka aktiviti tidak dapat dijalankan atau tangguh tetapi perlu memberikan keputusan 3 hari sebelum program atau duit deposit akan hangus. Jika menggunakan surat siaran terdahulu, IPU untuk tutup sekolah ialah 300 dan menghentikan aktiviti kokurikulum ialah 250. Tetapi surat siaran terkini ini jumlahnya lebih rendah iaitu 150 sahaja maka aktivti kokurikulum dihentikan untuk kegiatan luar. Hari yang sangat memerlukan komitmen saya mengadap whats app personal dengan boss dan murid murid yang terlibat dengan aktiviti luar sekolah minggu hadapan. Kawasan Cheras ini IPU sudah berada pada tahap 100 lebih dan dengan pengumuman di televisyen, guru dan murid tertanya-tanya status terkini.

Outing with my dear sis
Calebrate her graduation
Thank you sis,  for the treats!









 

Telegram Channel