Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

18 October 2015

AMALAN TERBAIK KAUNSELING WPKL 2015: PROGRAM ZOOM

B                            

            Hari minggu saya yang agak stress menyiapkan bahan untuk pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan Wakil WPKL bersama power point untuk persembahan. Ini kerana pada awalnya sekolah saya hanya memasuki pertandingan Pengurusan Terbaik Kaunseling hingga terpilih ke peringkat mewakili WPKL. Namun inilah dinamakan rezeki apabila satu komponen program dalam Pengurusan Terbaik Kaunseling telah diminta oleh pegawai kaunseling JPWPKL untuk ditarik sebagai satu amalan terbaik kaunseling dan dipertandingkan di bawah kategori Amalan Terbaik Kaunseling bagi mewakili WPKL. Pada mulanya saya menolak dengan baik kerana tidak mampu menyiapkan dalam masa 2 hari untuk disiapkan lainlah jika 2 minggu, namun memang dikatakan rezeki apabila pegawai kaunseling JPWPKL menghubungi BPSH dan dimaklumkan boleh menghantar bahan sewaktu pertandingan iaitu 2 minggu lagi...huhu maka takkanlah nak menolak lagi. Walaupun masa yang diberi ialah dua minggu tapi pengumpulan data, penulisan ilmiah dan penyediaan power point memang menuntut komitmen saya maklumlah amalan program ini dari komponen markah 10 sahaja dalam pertandingan pengurusan perkhidmatan kaunseling menjadi 100 markah apabila ditarik ke pertandingan amalan kaunseling terbaik. Artikel ini sebenarnya dipenuhi dengan carta dan gambar-gambar yang tidak lekat apabila dicopy paste begitu sahaja. 

ABSTRAK


Projek . Zoom In merupakan program bagi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah bagi tahun 2015. Menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling berbanding hukuman disiplin untuk menarik murid hadir ke sekolah. Berdasarkan teori Maslow mengenai motivasi manusia akan meningkat jika dihargai dan diberikan pengiktirafan disamping keperluan kasih sayang maka  aktiviti . Zoom In yang dijalankan. . Zoom In yang dijalankan ialah  . Zoom In Kelas, . Zoom In Guru Tingkatan, . Zoom In Ibu Bapa dan . Zoom In Murid. Melalui projek . Zoom In Kelas dan . Zoom In Guru Tingkatan, insentif berupa sijil penghargaan dan hadiah iringan diberikan kepada murid dan guru. Manakala melalui . Zoom In Murid, murid rasa dihargai dan disayangi kerana diambil berat melalui pendekatan hati ke hati manakala bagi . Zoom In Ibu Bapa, konsultasi ibu bapa melalui talian kasih dan cakna meningkatkan keberkesanan komunikasi bagi memantau perkembangan murid. Melalui perlaksanaan program . Zoom In, ia berjaya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah sebanyak 88 peratus berbanding 82 peratus sahaja. Melalui nilai tambah aktiviti lawatan dwibulanan pada sasaran kelas tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM pada tahun ini, semua kelas kecuali 5K5 berjaya meningkatkan kehadiran murid di tingkatan lima berbanding corak kehadiran murid tingkatan lima tahun lepas yang merundum. Begitu juga pada nilai tambah program . Zoom In Murid Program Minda Sihat pada 5 kelas terakhir Tingkatan 4 berjaya melonjakkan kehadiran murid berbanding tahun lepas.

B     AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING

1.0          IDEA / INOVASI

                    Unit Hal Ehwal Murid akan mengadakan pelbagai program pada tahun 2015 bagi menjayakan misi sekolah iaitu berusaha dengan penuh iltizam untuk melestarikan pendidikan  berkualiti untuk membangun potensi individu sebagai modal insan cemerlang negara dan mencapai visi sekolah untuk melahirkan insan terdidik untuk kesejahteraan negara masa hadapan. Dengan ini, pelbagai program dirangka untuk menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari agar pelajar tidak termasuk dalam golongan pelajar keciciran dari sekolah dan seterusnya terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat dan merugikan usia yang sepatutnya di bangku sekolah lagi. .
                    Dalam Surat Siaran KPM Bil 12 tahun 2012: Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling,di Sekolah bertarikh 16 April 2012 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah menegaskan bahawa guru bimbingan dan kaunseling memberi keutamaan kepada program dan aktiviti yang berfokus kepada pembangunan dan pengembangan sahsiah murid, peningkatan disiplin murid, pendidikan kerjaya murid dan psikososial dan kesejahteraan mental murid. Antara intervensi yang dirancang oleh Unit Bimbingan Kaunseling untuk fokus peningkatan disiplin murid ialah program . Zoom In. Intervensi yang dirancang untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan mencegah gejala ponteng sekolah yang melibatkan 4 sasaran utama iaitu . Zoom In Kelas, . Zoom In Guru Tingkatan, . Zoom In Murid melalui aktiviti Hati Ke Hati dan . Zoom In Ibu Bapa melalui Talian Kasih. Program ini dijalankan kepada semua murid dari peralihan hingga ke Tingkatan Lima di SMK Cheras. Walaubagaimanapun aktiviti . Zoom In dengan aktiviti tambahan dijalankan pada murid tingkatan 5 dan tingkatan 4 dari kelas pertengahan hingga ke kelas kemahiran. Ini kerana tingkatan 5 dan tingkatan 4 dari kelas-kelas terlibat merupakan penyumbang kepada kehadiran murid ke sekolah yang rendah.
                              Berdasarkan teori motivasi pendidikan iaitu motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam kelompok kumpulan, motivasi merupakan penggerak kepada kejayaan kumpulan. Dengan adanya motivasi, wujud kerjasama antara satu sama lain. Ia juga berlaku apabila keperluan manusia dipenuhi dan diberikan ganjaran. Berdasarkan teori Maslow, motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat dan kreativiti individu. Persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan itu.  Keperluan untuk mendapatkan hubungan yang mesra dan kasih sayang juga diperlukan. Dalam konteks pendidikan, guru perlu memmberi tunjuk          ajar dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik. Dengan cara ini, murid akan merasa diterima, dihormati, serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti kecil dan mereka mempunyai   keanggotaan dalam komuniti itu untuk meningkatkan motivasi.

1.1          Objektif

1) Agar dapat mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran murid yang rendah untuk diambil tindakan segera.
2) Agar dapat membantu guru kelas untuk memotivasikan murid dalam kelas yang mempunyai peratus kehadiran murid 80 peratus ke bawah dalam bulan tertentu untuk hadir ke sekolah
3)Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai peratus kehadiran yang paling tinggi dan mencecah lebih 90% setiap bulan.
4) Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai perubahan peratus kehadiran murid yang lebih baik setiap bulan.
5) Agar dapat mengenal pasti murid yang perlu menjalani intervensi dengan guru kaunseling dan konsultasi keibubapaan dengan murid tersebut.

1.2          Keperluan Semasa
                    Memandangkan pada tahun lepas kehadiran murid ke sekolah sekitar
                    82% sahaja, maka kami mensasarkan kehadiran murid ke sekolah pada                       tahun ini ialah 85% dan ke atas melalui program . Zoom In

1.3          Praktikal
                    Program . Zoom In ini sangat praktikal dijalankan oleh mana –mana
                    sekolah walaupun sekolah di pedalaman mahu pun di bandar besar. Ia
                    juga praktikal diadakan di sekolah berasrama penuh hinggalah ke sekolah                   menengah harian biasa.


2.0          KREATIVITI INOVASI

2.1          Penyelesaian Masalah
Projek . Zoom In ini memberikan pihak sekolah strategi penyelesaian masalah bagi meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah melalui pendekatan psikologi dan kaunseling. Strategi disasarkan kepada sasaran tertentu dengan program tertentu bagi meningkatkan impak kehadiran murid ke sekolah. Impaknya pihak sekolah berjaya meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah pada Januari hingga September 2015 dengan 88 peratus berbanding pada Januari hingga September 2014 dengan hanya 82 peratus.

2.1.1  . Zoom In Murid
Strategi         :Pendekatan Hati Ke Hati
Objektif         : Menjalankan intervensi kepada murid yang menerima surat               amaran ponteng sekolah untuk membantu mereka       
                     menangani masalah.

Penyelesaian Masalah:     
                    Guru dapat meneroka masalah murid dengan lebih terperinci                untuk mendapatkan bantuan kepada murid yang                                        memerlukan dan membimbing mengenai permasalahan
                    murid.

2.1.2   . Zoom In Kelas
Strategi         : Anugerah . Zoom In Cemerlang, . Zoom In Lonjakan dan . Zoom In                               Harapan
Objektif         : Meningkatkan motivasi murid untuk ke sekolah dan                                 seterusnya menggalakkan kawan sekelas untuk hadir ke
                      sekolah bagi meningkatkan peratus kehadiran murid dalam
                      kelas melalui intensif sijil, hadiah dan lawatan.
Penyelesaian Masalah:
                     Murid akan sentiasa memotivasikan kawan-kawan untuk
                     hadir ke sekolah bagi mendapatkan intensif.

2.1.3 . Zoom In Guru Tingkatan
Strategi         : Anugerah . Zoom In Cemerlang, . Zoom In Lonjakan dan . Zoom In
                      Harapan
Objektif         : Meningkatkan motivasi guru tingkatan sendiri sebagai                                 mentor untuk menggalakkan murid ke sekolah melalui
                       insentif sijil anugerah khas untuk guru tersebut setiap kali
                     murid kelasnya menerima anugerah kelas.
Penyelesaian Masalah:
                    Guru yang berasa dihargai dengan penyampaian sijil                               anugerah di tapak perhimpunan akan bermotivasi mendekati               murid- muridnya dengan lebih berkesan kerana ingin
                    mengenal pasti masalah murid di dalam kelasnya yang tidak             hadir ke sekolah dan menjalinkan rapport yang baik dengan
                    ibubapa.

2.1.4 . Zoom In Ibu Bapa
Strategi         : Talian Kasih dan Cakna
Objektif         : Meningkatkan hubungan komunikasi dengan ibu bapa bagi                          kes murid tegar ponteng dan menziarahi ke rumah murid                                 jika tidak dapat menghubungi melalui telefon dan surat.
Penyelesaian Masalah:
                      Dapat menjalankan aktiviti konsultasi keibubapaan melalui                                hubungan yang dibina.

2.2          Nilai Tambah
          Jaringan Dan Jalinan Dengan Hubungan Luar
Bil
Agensi
Aktiviti

1
Klinik Kesihatan Cheras
UBK menjalinkan kerjasama sejak 2012 dalam projek Minda Sihat dan Kesihatan Remaja hingga kini dan mendapat sumbangan kepakaran kemahiran dan khidmat nasihat dari pakar klinik setiap tahun. Sekurang-kurangnya usahasama dijalinkan sebanyak 5 projek dalam setahun.

2
Yayasan Pendidikan Cheras
Menjalinkan pelbagai projek pendidikan dan aktiviti kaunseling dengan kerjasama dan sumbangan kewangan dari YPC sejak 2002 apabila mendapat status anak angkat YPC dan Puan Nurhaiza Bt Che Mat merupakan AJK Biro Pendidikan YPC.
3
Management And Science University
Menjalinkan kerjasama dalam bentuk kemahiran soft skill kepada murid dan kerjaya dengan sekurang-kurangnya 4 projek setahun bersama MSU.
4
Kolej INTI
Kolej UCSI
Kolej YPC-IT Web
Kolej One Academy
Merupakan kolej yang sering memberikan tajaan kepada UBK SMK Cheras dalam bentuk pengangkutan dan makanan untuk lawatan murid. Kerjasama dalam bentuk menang – menang kerana murid tingkatan 5 SMKC melanjutkan pengajian di kolej –kolej ini.

2.3          Mesra Pengguna dan Menarik Minat 
          Program . Zoom In ini mudah dilaksanakan oleh guru kaunseling walau di mana sahaja mereka bertugas. Perlaksanaan program ini menarik minat semua golongan iaitu murid kerana insentif yang diberikan, menarik minat guru kerana pengiktirafan juga diberikan kepada mereka melalui sijil anugerah untuk guru tersebut, dan menarik minat ibu bapa kerana guru akan berinteraksi secara langsung dengan ibu bapa mengenai masalah anak terutama bagi kes nombor telefon dan alamat yang tidak betul diberikan oleh murid.
.
3.0          PELAKSANAAN INOVASI

3.1          Kaedah
Operasi Perlaksanaan Program . Zoom In
BIL
PROSES KERJA

1
Mesyuarat Jawatankuasa oleh guru kaunseling, guru disiplin dan penyelaras tingkatan

2
Memaklumkan kepada warga sekolah iaitu guru dan murid mengenai perlaksanaan program . Zoom In.

3
Mengenalpasti peratus kehadiran murid ke sekolah melalui buku kehadiran kelas. Dari sumber utama tersebut, . Zoom In murid, . Zoom In kelas, . Zoom In guru dan . Zoom In ibu bapa akan dijalankan



3.2          Sasaran
Semua murid SMK Cheras dan semua guru SMK Cheras

3.3          Pengurusan Sumber
Inovasi yang dijalankan memerlukan perbelanjaan untuk membiayai insentif penerima anugerah yang dibiayai sepenuhnya oleh PIBG sekolah. Manakala aktiviti lawatan ke kolej dibiayai sepenuhnya oleh pihak kolej dari aspek pengangkutan dan makanan. Bagi aktiviti bersama Klinik Kesihatan Cheras, kami mendapatkan tajaan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Menggunakan sumber tenaga dari guru kaunseling, guru disiplin dan guru tingkatan khususnya dan semua guru amnya.


4.0                IMPAK INOVASI

1.0          Keberhasilan Inovasi
Graf 1
Peratus kehadiran murid ke sekolah pada Jan-Sept 2014 ialah 82 peratus berbanding peratus kehadiran murid ke sekolah bagi Jan-Sept 2015 ialah 88 %
Graf 2

Dari graf 2 di atas, menunjukkan murid tingkatan 5 pada tahun ini berjaya melonjakkan
kehadiran murid ke sekolah berbanding kehadiran mereka sewaktu di tingkatan empat.
Kecuali satu kelas sahaja yang tidak dapat meningkatkan kehadiran iaitu kelas K5 di
mana peratus kehadiran murid di tingkatan empat lebih tinggi dari peratus kehadiran
murid di tingkatan lima. Ini kerana 5K5 merupakan kelas sasaran untuk murid yang dibuang sekolah dari sekolah lain, kes murid yang keciciran dari aliran akademik selama bertahun-tahun dan hanya ke tingkatan 5 untuk mengambil peperiksaan dan murid dari sekolah lain yang tidak mempunyai aliran yang sama untuk ditempatkan di kelas lain. Ini kerana 5K5 ialah kelas mata pelajaran wajib sahaja. Ini menyebabkan kes murid dari sekolah lain yang mendaftar masuk, dan terus tidak hadir selepas itu walaupun baru seminggu persekolahan dan ada yang baru sehari sedangkan pendaftaran dan kehadiran sudah dikira. Namun melalui program . Zoom In, penurunan kehadiran murid 5K5 dapat dikawal sehingga dua peratus berbanding 5K5 tahun 2014 mengalami penurunan hingga empat peratus. Jika dibandingkan graf 2 dengan graf 3 iaitu tingkatan 5 2014, perubahan corak kehadiran murid sangat jelas menunjukkan perubahan sikap murid –murid tingkatan 5 2015 kerana kehadiran murid dari tingkatan 4 semakin baik apabila berada di tingkatan lima kelas peperiksaan SPM hasil kejayaan program . Zoom In. Melalui program . Zoom In dan nilai tambah kerjasama dengan IPTS untuk lawatan murid secara dwibulanan, ia jelas menunjukkan motivasi murid tingkatan 5 perlu sentiasa diransang.

Graf 3

Graf di atas menunjukkan kehadiran murid tingkatan 5 tahun lepas 2014 yang semakin menurun dibandingkan dengan kehadiran murid sewaktu mereka berada di tingkatan 4 2013. Walhal tingkatan lima adalah kelas peperiksaan SPM.









Graf 4 menunjukkan bahawa Gred Purata Peperiksaan Percubaan SPM dari 6.0 mengalami penurunan yang lebih baik iaitu 5.8. GP sekolah semakin baik apabila semakin menurun. Gred Purata Peperiksaan SPM pada 2014 ialah 5.3 dan sekolah menganggarkan pada 5.0 Gred Purata boleh dicapai pada tahun 2015-10-28





Graf 5

Data di atas menunjukkan graf peratus kehadiran murid ke sekolah untuk tingkatan 4. Kelas yang di . Zoom In secara agresif ialah 4K3, 4K4,4K5, 4V1 dan 4V2 iaitu lima kelas yang terakhir dari senarai kelas tingkatan 4 yang menyumbang kepada penurunan peratus kehadiran murid ke sekolah. Pada tahun ini, semua kelas sasaran ini berjaya ditingkatkan kehadiran murid ke sekolah berbanding tingkatan empat tahun lepas melalui program . Zoom In dan nilai tambah program Minda Sihat untuk sasaran murid tidak hadir ke sekolah.



Graf 6


Berdasarkan graf 6, dari segi kualiti kehadiran murid, didapati peningkatan kualiti kehadiran murid dari Januari  hingga September 2015 berbanding Januari hingga September 2014. Murid –murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah lebih ramai dan melonjak sekali ganda berbanding tahun 2014. Begitu juga dengan bilangan murid yang hanya sehari tidak hadir ke sekolah dan murid yang tidak hadir 2 hingga 3 hari ke sekolah lebih ramai pada tahun 2015 berbanding 2014.

Graf 7

Berdasarkan graf 7, didapati salahlaku murid ponteng juga semakin berkurangan sekali ganda berbanding tahun lepas. Penurunan kes ponteng sekolah dengan surat amaran 1 hanya 178 berbanding 313 tahun 2014. Begitu juga dengan surat amaran kedua dan surat amaran ketiga dikeluarkan, didapati mengalami penurunan yang menunjukkan murid salah laku ponteng sekolah semakin berkurangan berbanding tahun 2014.

4.2 Bukti Yang Disahkan Dan
4.3 Pencapaian Inovasi

          Kajian tindakan program . Zoom In disahkan mencapai impak yang baik kerana mendapat sijil pengiktirafan dari PPW                        Bangsar Pudu kerana memberikan impak yang besar dalam                        membantu meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.

                    Selain itu, guru kaunseling Puan Nurhaiza Bt Che Mat  juga dijemput           selaku fasilitator di peringkat Jabatan Pendidikan WPKL untuk mengendalikan        bengkel perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan unit disiplin       kepada guru kaunseling dan guru disiplin sekolah di JPWPKL yang mempunyai     peratus kehadiran murid yang rendah. Puan Nurhaiza memberikan bimbingan      bagaimana menjalankan perancangan taktikal dan operasi mengikut model     . Zoom In dalam meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.

http://lh3.googleusercontent.com/-Wc18s8f48CM/Vg6ygIDFXmI/AAAAAAAAZJ8/65q5tL9zOq4/s320/img1443803347154.jpg
Sijil penyertaan disampaikan oleh En Rohaidatul Akhmal Bin Rosedi selaku pegawai kaunseling PPW Bangsar Pudu kepada guru-guru kaunseling SMK Cheras dalam menghasilkan kajian tindakan yang memberikan impak yang tinggi dalam menangani masalah disiplin di sekolah.
https://lh3.googleusercontent.com/-CHMyi6RmBOk/VeBTJsrMJjI/AAAAAAAAYY0/pNcWvjxRB7A/s320/IMG-20150828-WA0059.jpg
Puan Nurhaiza selaku fasilitator Bengkel Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan
Dan Kaunseling JPWPKL dalam menangani masalah ponteng murid di JPWPKL
kepada guru disiplin dan guru kaunseling sekolah yang mempunyai peratus kehadiran yang rendah.

                    4.4     Tempoh Dan Kesan

                              Dalam masa 3 bulan sahaja, impak program ini akan jelas kelihatan
                              meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Manakala bagi murid
                              kelas yang baik memberikan impak hanya sebulan sahaja.
                             

                              Kesan jangka pendek
                              Meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah bagi                                             meningkatkan peratus kehadiran kelas.

                              Meningkatkan motivasi murid di dalam kelas untuk mengambil                                         peduli setiap murid di dalam kelasnya dari aspek perubahan                                            tingkah laku yang negatif untuk memaklumkan kepada guru                                                 tingkatan atau guru kaunseling.
                             

                              Kesan jangka panjang
                              Apabila program ini menjadi budaya kerja semua guru tingkatan                                         maka pengurusan kehadiran murid lebih baik sama ada dari aspek                                   mengikut prosedur yang betul untuk pengiraan kehadiran murid di                                 buku register kelas

                              Bagi murid pula, pelan tindakan . Zoom In ini merupakan satu amalan                                       sekolah yang akan menjadi budaya untuk hadir juga ke sekolah                                     dan menurunkan peratus murid menerima surat amaran kerana                                       tidak mahu melibatkan diri dengan . Zoom In Ibu Bapa mereka.



4.5     PENGLIBATAN
          Program . Zoom In ini melibatkan penglibatan yang menyeluruh dari semua guru. Ini kerana berdasarkan konsep guru penyayang, setiap guru merupakan mentor dan setiap kelas mempunyai guru tingkatan dan guru mata pelajaran yang lain selaku mentor. Oleh itu anugerah . Zoom In diberikan kepada guru tingkatan dan mentor yang berjaya memotivasikan murid ke sekolah dan menguruskan kehadiran muridnya dengan prosedur kehadiran yang betul.


5.0     PENUTUP
         
          Melalui program yang dirancang, pihak sekolah telah berjaya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Sasarn sekolah yang meletakkan 85 peratus kehadiran murid berbanding 82 peratus kehadiran murid tahun lepas telah melonjakkan ke 88 peratus kehadiran murid ke sekolah. Program ini akan diteruskan ke tahun hadapan dengan penambahbaikan aktiviti yang dijalankan bagi memaksimumkan potensi dan sumber yang ada. Pihak sekolah berharap sasaran 90 peratus kehadiran ke sekolah pada tahun hadapan akan tercapai.


 Countdown Sarawak
When your mind get stress








   







A

No comments: