21 October 2015

Hari lahir yang bermakna

Happy birthday to me..
Kegembiraan yg berganda ganda menyambut hari jadi saya hari ini. Pertama saya begitu teruja apabila mengetahui tarikh saya ke Sarawak ialah pada hari jadi saya. Sarawak ialah satu satunya negeri di Malaysia ini yang tidak pernah saya jejak. Impian nak ke Sarawak ada saja halangan hinggalah di usia ini menjadi kenyataan dan di hari jadi saya.

Pengalaman di Sarawak menjadi lebih manis apabila saya dan team UBK SMK Cheras menjadi johan dalam pertandingan inovasi Hari Psikologi KPM kategori sistem maklumat dengan projek sistem e dashboard kaunselor sekolah. Dan hadiah itu diumumkan dan dianugerahkan hari ini sempena hari jadi saya.

Melengkapkan kemanisan itu lagi apabila En Pilus pegawai kaunseling dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM telah memberikan mesej tahniah kepada saya selaku pembentang pertandingan Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Kebangsaan KPM pada 19 Oktober 2015 kerana projek Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah telah layak ke peringkat akhir untuk dipertandingkan pada 29 hingga 31 Oktober 2015 di Institut Aminuddin Baki di Bandar Enstek. Pada hari ini mencurah curah ucapan tahniah dari pelbagai group whatsapp bersama ucapan selamat hari jadi dari pagi hingga ke tengah malam.

Alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan saya dan kecemerlangan saya

Permulaan yang cemerlang
Semoga pengakhiran yang cemerlang
Dunia dan akhirat




 

Telegram Channel